Bab 44

15.6K 567 16
                                    

Pintu dikuak dan Tengku Adriel membawa Aira duduk dibirai katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu dikuak dan Tengku Adriel membawa Aira duduk dibirai katil. Kemudian dia melepaskan tangan Aira dan meraup wajahnya. Dia marah. Ikutkan hati tadi, dia ingin membalas semula perbuatan mereka tapi dia takkan sesekali naik tangan pada wanita. Kalau mereka lelaki, dah lama makan buku lima dia tadi.

Tengku Adriel tersentak apabila disapa sentuhan lembut di bahunya. Dia menoleh ke arah isterinya.

"Abang okey?"

"No, can i hug you princess?"

Aira mengukir senyuman manis sebelum mendepakan tangannya. Dia mengangguk sekali memberi izin suaminya untuk memeluknya.

Perlahan-lahan Tengku Adriel masuk ke dakapan hangat itu. Tangannya melingkar di pinggang Aira dan wajahnya tersembam di ceruk leher Aira. Tenang. Bauan vanilla dari tubuh Aira yang sentiasa menjadi kegemarannya buat dia sentiasa mahu lemas dalam dakapan Aira.

Aira memeluk tubuh suaminya erat. Dia tahu suaminya tengah menahan kemarahan dihati. Seketika keningnya berkerut apabila terasa pedih di luka tapak tangan kanannya namun dibiarkan saja. Tika ini, Tengku Adriel lebih memerlukannya. Kemudian tangan kirinya naik mengusap belakang tubuh Tengku Adriel.

"I'm sorry sayang. I'm sorry.." gumam Tengku Adriel perlahan di leher Aira.

"Kenapa abang minta maaf? Abang tak ada salah pun tapi Aira yang patut ucap terima kasih dekat abang sebab percayakan Aira." tangan kiri Aira naik pula mengusap lembut rambut lebat suaminya.

Tengku Adriel menolak sedikit tubuh Aira untuk meleraikan pelukan. Mata cantik Aira ditatap dengan penuh rasa cinta.

"Of course, abang dah janji yang abang akan sentiasa percayakan sayang." Tangan meraih tangan Aira dan digenggam erat.

"Abang.." baru ingin menyambung tapi suara Aira yang meringis sakit menghentikannya.

"Ssst.. tangan Aira sakit" kata Aira perlahan.

Tengku Adriel mengetap rahangnya apabila melihat kesan luka dan darah yang hampir kering di tapak tangan isterinya.

"Siapa buat?" Soal Tengku Adriel dengan suara yang dingin.

Aira menggigit bibirnya keresahan. Dia kalau boleh tak mahu panjangkan masalah. Kalau dia cakap Mak Su yang tolak dia sampai tangannya terkena serpihan kaca yang pecah, mahu mengamuk lagi suaminya nanti.

"A-aira t-terjatuh tadi," jawab Aira tergagap sambil matanya menunduk memandang tangan yang berada dalam genggaman suaminya.

"Eyes on me, sayang" perlahan tapi tegas suaranya.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now