Bab 65 (TAMAT)

22.4K 951 129
                                    

Bibirnya terukir senyuman manis memandang wajah polos si kecil yang berada dalam gendongannya

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Bibirnya terukir senyuman manis memandang wajah polos si kecil yang berada dalam gendongannya. Alhamdulillah Aira selamat melahirkan seorang khalifah Allah dibumi ini pada jam 11.35 malam tadi. Matanya memandang pula si isterinya yang terlelap keletihan.

Sepanjang proses di labour room semalam, Tengku Adriel setia menemani Aira dan memberi sokongan. Tumpah air mata lelakinya apabila melihat besarnya pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan anaknya.

"Abang..."

Suara halus isterinya menyentakkan lamunannya. Kakinya melangkah menghampiri katil Aira.

"Good morning, mummy." ucap Tengku Adriel sebelum melabuhkan ciuman didahi Aira. Manakala Aira tersenyum lemah. Ini merupakan pengalaman pertamanya tapi syukur dengan izin Allah, semuanya dipermudahkan. Katil Aira dinaikkan supaya Aira berada dalam posisi duduk.

Kemudian Tengku Adriel duduk di birai katil pula.

"Sayang nak cuba pegang baby?" Soalnya dan dibalas dengan anggukan dari isterinya.

Dengan perlahan-lahan Tengku Adriel meletakkan baby yang sudah dibalut dan dibersihkan oleh nurse ke dalam pangkuan Aira.

"Assalamualaikum permata hati mummy.." ucap Aira dengan rasa yang sebak. Air mata bahagianya menitis apabila dapat menatap wajah anak yang selama ini dikandungnya. Dengan kuasa Allah, hilang rasa sakitnya selepas melihat wajah suci ini.

Tengku Adriel tersenyum. Dia sendiri juga rasa apa yang Aira rasa saat mengazankan anak mereka. Kehadiran si kecil ini dah melengkapkan keluarga kecil mereka. Tangan dirangkul ke pinggang Aira. Erat.

"Terima kasih sayang. Tak terbalas jasa sayang melahirkan anak kita. Semoga Allah sentiasa melindungimu fiddunya wal aakhirah." ucapnya syahdu. Dalam hati dia panjatkan syukur kerana diberi peluang menjadi ketua keluarga untuk cinta hatinya.

"Sama-sama abang. Dah memang tanggungjawab Aira sebagai isteri untuk lahirkan anak-anak abang." Balas Aira dengan senyuman manisnya.

Bunyi ketukan pintu menyentakkan mereka. Tengku Adriel membetulkan selendang di kepala Aira sebelum melangkah ke pintu. Buka saja pintu, kelihatan seorang nurse perempuan yang datang dan dia terus mengizinkan untuk masuk.

"Puan Aira dah bangun? Macam mana? Dah cukup gain energy?" Soal nurse itu dengan ramah. Kesan ubat bius yang diberikan semalam juga membuatkan Aira mengantuk selepas selesai melahirkan bayinya. Habis tenaganya dikerah.

Aira tersenyum sebelum menjatuhkan kepalanya. Dah lebih 6 jam dia tidur.

"Okey, sekarang masa untuk baby menyusu. Pertama kali kan? Jadi saya akan tunjuk step by step cara menyusu. Tengku pun boleh belajar sama." ujar Nurse itu.

Tengku Adriel dan Aira masing-masing fokus dengan setiap apa yang diberitahu staff nurse, dari awal cara kedudukan bayi ketika menyusu sampailah untuk bagi bayi sendawa dan keluarkan angin. Ini merupakan pengalaman pertama mereka.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن