Bab 11

16.4K 613 24
                                    

Kereta diparkir memasuki garaj di rumah keluarganya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kereta diparkir memasuki garaj di rumah keluarganya. Semalam Puan Leha menelefon Aira untuk menyuruhnya pulang kerana ada hal penting yang ingin dibincangkan. Patuh dengan arahan Puan Leha, Aira pulang juga ke rumah pada hujung minggu.

Keluar dari kereta, matanya tertangkap satu kereta mewah BMW yang tak pernah dilihat berada di hadapan rumahnya.

'Makcik ada tetamu ke harini' gumam hati Aira. Malas ingin memikirkan hal itu, dia terus melangkah ke pintu rumahnya.

"Assalamualaikum" Aira memberi salam sebaik saja pintu rumah dibuka.

Terdengar suara Aira memberi salam, tiga pasang mata yang berada di ruang tamu memandang ke arahnya. Puan Leha, Kak Dania dan seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan lewat 40-an berpakaian kemas dengan suit kerja. 

"Aira... mari duduk sini" panggil Puan Leha lembut sambil menepuk sofa di sebelahnya. Terkebil-kebil mata Aira memandang Puan Leha. 'Dah kenapa makcik ni, ada tersalah makan ubat ke sampai cakap dengan dia bukan main lembut lagi' bisik hati Aira pelik. Manakala Dania pula hanya membuat muka toya sambil mengasah kukunya.

Selepas melabuhkan punggungnya di sofa, dia memandang wajah Puan Leha yang tersenyum penuh makna. Aira sendiri tidak tahu apa makna disebalik senyuman itu. Tidak mahu berteka teki, dia terus mengajukan soalan kepada Puan Leha.

"Ada apa makcik panggil Aira ya?  Dan siapa encik ni?" Aira merasa kurang selesa apabila mata lelaki tua ni galak memandangnya dari atas sampai bawah dengan pandangan yang bernafsu.

"Ehem, ini Dato Imran. Sebenarnya, dia datang sini ada hajat baik untuk melamar Aira jadi isteri dia" Ujar Puan Leha dengan suara yang sehabis lembut. Sejak bila pula mak singa ni berubah jadi mak kucing.

Terbuntang mata Aira mendengar kata-kata Puan Leha.

"A-apa maksud makcik? Aira? Jadi isteri dia?" tergagap-gagap suaranya bertanya. Gila! Lelaki ini dah hampir sebaya dengan arwah papanya. Takkanlah nak ambil Aira jadi isteri.

"Ya, dia dah jatuh sayang dengan Aira. Jadi dia minta izin untuk berkahwin dengan Aira lagipun.." belum sempat menghabiskan ayat, kata-katanya laju dipintas oleh Aira.

"No! Aira tak setuju! Aira baru 24 tahun dan Aira takkan sesekali kahwin dengan pakcik ni!" tanpa sedar dia meninggikan suaranya dihadapan tetamu.

Terenjut bahu Puan Leha kerana terkejut. Selama dia bela anak tirinya, Aira seorang yang sentiasa patuh dan tidak pernah membantah kata-katanya. Gigi diketap sambil mata mencerlung tajam ke arah Aira. Geram kerana Aira berani malukan dia didepan Dato Imran.

"Garang... I like..." ujar Dato Imran sambil bibir tersenyum sumbing ke arah Aira dengan sebelah mata dikedip kearahya. Dasar Dato miang!

Puan Leha lantas mengubah reaksi mukanya sambil tersenyum manis memandang Dato Imran.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now