Bab 5

17.3K 618 12
                                    

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Tengku Adriel Iskandar mengambil bagasinya lalu melangkah keluar ke ruangan menunggu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Tengku Adriel Iskandar mengambil bagasinya lalu melangkah keluar ke ruangan menunggu. Kelihatan ramai orang berpusu-pusu di lapangan tersebut. Ada yang menunggu ketibaan ahli keluarga dengan wajah yang gembira dan ada juga yang berjalan laju mencari gate penerbangan masing-masing.

Cermin mata hitam masih kemas melekap dimatanya. Tengku Adriel hanya mengenakan T-shirt hitam, jeans hitam dan jaket kulit yang tersarung kemas di tubuhnya. Dengan pakej mukanya yang sedia kacak, sekali pandang dah macam artis ya!

Penuh bergaya Adriel berjalan sambil jarinya menaip sesuatu di telefon bimbitnya.

Keluar dari pintu lobi, mata melilau mencari sosok tubuh seseorang. Dari jauh, seorang lelaki bertubuh tegap sedang bersandar di tepi kereta BMWnya dengan memakai kemeja putih berserta lengan yang dilipat sehingga siku. Manakala dua butang atasnya sengaja dibiarkan terbuka. Fuhh hottzzz!

Tengku Adriel melangkah menghampiri jejaka tersebut.

Apabila jejaka itu perasan kehadiran Adriel, dia lantas tersenyum.

"Welcome back to Malaysia, bro" ucap Raja Mikael. Mereka berpelukan gaya brotherhood.

"Thanks dude." balas Tengku Adriel dengan bibir tersungging senyuman nipis kepada rakan baikknya itu. Sepatutnya Pak Mail iaitu pemandu keluarga Tengku Adriel yang akan menjemputnya dilapangan tapi last minit Pak Mail bagitahu papanya ada mesyuarat yang tak dapat dielakkan. Disebabkan itu, Tengku Adriel meminta pertolongan rakannya Raja Mikael. Nasib baik Raja Mikael baru lepas habis meeting.

"Long time no see. Aku ingat kau memang dah tak nak balik Malaysia." ujar Raja Mikael. Mereka jarang berjumpa disebabkan Raja Mikael juga sibuk menguruskan syarikat milik keluarganya.

"Mama aku pun dah bising sebab lama tak balik. So, this time i'm back for good though." kata Tengku Adriel sambil bibir mengukir senyuman senget.

"Seriously Riel?" Raja Mikael memandangnya tidak percaya.

"Ya bro, sampai bila aku nak biarkan papa aku bekerja. Dia pun dah berumur. So aku sajalah satu-satunya harapan untuk mentadbir The Legacy." ujar Tengku Adriel sambil fikirannya juga ligat memikirkan hal itu.

"Alhamdulillah, kau buat keputusan yang bijak. Aku tahu kau boleh handle Riel dan tak mustahil one day syarikat kita boleh bekerjasama." balas Raja Mikael.

"By the way, kau nak balik terus atau nak singgah makan dulu."

"Aku balik terus kot. Mama aku dah sedia masak kat rumah semata-mata nak sambut aku balik." tergelak kecil Adriel teringatkan mamanya yang beria menyuruh dia pulang terus ke rumah sebab dah masak makanan kegemarannya.

Setelah itu, mereka masuk ke dalam perut kereta BMW Raja Mikael dan keluar dari lapangan terbang tersebut.

Setelah itu, mereka masuk ke dalam perut kereta BMW Raja Mikael dan keluar dari lapangan terbang tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now