Bab 53

13.2K 551 19
                                    

Tengku Adriel melangkah keluar dari lobi hospital

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Adriel melangkah keluar dari lobi hospital. Di luar ramai wartawan sudah menunggunya untuk mengorek berita berkenaan isterinya yang tengah hangat diperkatakan di media sosial. Tengku Adriel hanya menayang riak beku sebab dia sendiri boleh agak situasi macam ni akan berlaku.

Dia sudah ketatkan kawalan di bilik isterinya dan mujur saja pihak hospital tak benarkan wartawan untuk masuk kedalam. Takut mengganggu pesakit yang lain.

Nampak saja kelibat Tengku Adriel, wartawan-wartawan itu terus menyerbu dan mengelilingi Tengku Adriel tapi ditahan oleh beberapa orang bodyguardnya.

"Tengku, betul ke isteri Tengku terlibat dengan kemalangan maut?"

"Boleh ulas sedikit tentang keadaan isteri Tengku?"

"Berapa lama isteri Tengku menghidap masalah mental?"

Tengku Adriel mengetap rahang dan tangannya dikepal erat. Kalau tak fikirkan status dirinya sekarang, memang pecah muka orang yang tanya soalan bodoh itu. Langsung tak hormat privasi orang. Tapi dia masih boleh mengekalkan muka tanpa riaknya. Nafasnya ditarik dalam sambil mata memandang sekeliling manusia-manusia itu.

"Saya bagi amaran untuk semua yang ada dekat sini. Sesiapa yang berani cuba membuka cerita tentang isteri saya akan terima padahnya. I don't care who you are or who's behind you. Saya boleh mengeluarkan saman kepada mana-mana pihak media yang keluarkan berita tentang saya tanpa izin. I say what I said!" kata Tengku Adriel dengan tegas.

Kot di tubuhnya dibetulkan sebelum dia melangkah ke depan. Bodyguard yang mengawalnya menolak wartawan yang menghalang jalan untuk memberi laluan kepada Tengku Adriel ke keretanya.

Beberapa orang wartawan tidak puas hati dengan jawapan dan amaran Tengku Adriel cuba mengejarnya tapi terlambat apabila Tengku Adriel terus menghidupkan enjin keretanya dan keluar dari perkarangan hospital.

Dia tak pergi ke syarikatnya malah menghala ke syarikat TZ Security.

Sampai saja di Syarikat itu, Tengku Adriel terus melangkah melintasi lobi dan menuju ke lif. Dia perasan staff-staff disitu terkejut dengan kedatangannya dan ada yang berbisik sesama sendiri. Tapi diabaikan saja mereka itu.

TING! 

Bunyi detingan lif menandakan dia sudah sampai di Tingkat 7. Tanpa membuang masa, Tengku Adriel meneruskan langkahnya ke bilik pengurus. Kedatangannya disambut oleh pembantu peribadi yang duduk berhadapan bilik itu. Tengku Adriel hanya mengangguk sekilas sebelum terus menguak pintu.

Purfff!

Tersembur air yang diminum dari mulut Tengku Zafran. Terkejut dengan kedatangan sahabatnya ini.

Tengku Adriel membuat muka pelik.

"Kau ni kan! Bukan nak bagi salam dulu, selamba ja main terjah masuk bilik aku. Nasib baik aku tengah minum air. Mahunya aku buat benda tak senonoh..."

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now