Bab 35

17.2K 543 31
                                    

Tangan mengelus lembut rambut lebat Aira

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Tangan mengelus lembut rambut lebat Aira. Mata juga tidak lepas dari memandang wajah polos isterinya yang tertidur pulas diatas dadanya. Penat dengan aktiviti panas mereka tadi. Sesekali bibirnya mengucup bibir mungil Aira yang terbuka sedikit. Comel!

Selepas selesai makan malam dan night cinema, mereka menginap di cabin cruise VVIP yang telah disediakan. Ingatkan nak berehat saja tapi lain pula yang jadi bila isterinya terlalu menggoda. Bibir Tengku Adriel tersenyum senget, tak perlu Aira susah-susah nak pakai seksi.

Her existence only can be a distraction to him.

Telefon berdering menyentakkan lamunannya. Tengku Adriel mencapai iPhone yang berada di atas meja kecil bersebelahan katil. Dikerling sekilas isterinya yang tidur sebelum menjawab panggilan.

"Hello Zaf."

"Riel, I have a good news. Aku dah detect ip address bangsat-bangsat tu. Sorry ganggu kau honeymoon tapi kita kena cepat take action sebelum hilang jejak diorang." Kata Tengku Zafran dengan serius. Peluang tak datang berkali kali, jadi mereka kena susun strategi sebaiknya.

Tengku Adriel menyengetkan bibirnya. "Okay, inform Lucas dengan Mika esok pukul 10 jumpa di office aku. Kali ini, aku takkan biarkan mereka terlepas."

"Noted. Apa-apa hal esok kita bincang balik. Gerak lu." Tengku Zafran terus mematikan panggilan mereka.

Tengku Adriel meletakkan semula iPhone di atas meja sebelum memejam matanya. Pelukan di pinggang isterinya dieratkan.

Pintu bilik pejabat Tengku Adriel dibuka dari luar

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Pintu bilik pejabat Tengku Adriel dibuka dari luar. Kelihatan Tengku Adriel , Raja Mikael dan Tengku Zafran sudah berada di ruang discussion. Lucas tersengih dan masuk tanpa rasa bersalah.

"Aku cakap nak jumpa pukul 10 kan? Kau asal lambat?" Soal Tengku Adriel sambil mata tajam memandang sahabatnya Lucas.

"Sorrylah. Aku tidur lambat semalam, push rank." Balas Lucas dengan selamba. Dia mengambil tempat duduk bersebelahan Tengku Zafran.

Manakala Tengku Adriel hanya menggeleng kepala perlahan sebelum pandangannya beralih ke arah Tengku Zafran.

"Zaf, kau boleh proceed dengan maklumat yang kau dapat."

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt