Bab 21

18.6K 631 15
                                    

Aira melangkah ke bilik pejabatnya dengan wajah yang ceria

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aira melangkah ke bilik pejabatnya dengan wajah yang ceria. Rata-rata pekerja yang berselisih dengannya tadi mengucapkan tahniah atas perkahwinannya. Pekerja lelaki yang sebelum ini cuba nak masuk line Aira turut berasa kecewa kerana Ms Queen mereka dan berjumpa dengan pilihan hatinya tapi tengoklah siapa pilihan Aira Fardella. Bukan calang-calang orang ya. Kalau tahu saingan mereka itu Tengku Adriel Iskandar, pewaris The Legacy Group memang dari awal dah angkat bendera putih.

Ada yang tak sangka dalam diam Aira bercinta dengan Tengku Adriel Iskandar. Aira yang mendengar hanya memberikan senyuman, tak ada keperluan pun nak buka cerita tentang pernikahannya itu.

"Seronok la kau kan? Dapat jadi menantu The Legacy. Tak sangka aku, tengok muka terpaling acah alim tapi rupanya...perempuan murahan." Terangkat kepala Aira tatkala mendengar cemuhan yang ditujukan kepadanya. Kelihatan Fatihah yang sedang menyandar sebelah badannya pada pintu bilik Aira.

Aira menjulingkan mata keatas. Nak apa pulak perempuan ni? Sehari tak kacau kerja dia tak boleh hidup agaknya.

"Aku ada banyak kerja nak buat. Kalau kau datang sini sekadar nak menyalak, baik kau balik bilik kau dan siapkan kerja kau" balas Aira dengan suara yang mendatar.

"Aku pelik la kan, Tengku Adriel tu baru je balik Malaysia dan projek dengan The Legacy tak sampai beberapa bulan tapi kau dah kahwin dengan dia. So, dah sah- sah kau gunakan badan kau untuk goda dia!" selar Fatihah. Sebelum ini dia dah rasa tak puas hati dengan kejayaan Aira tapi sejak berita perkahwinan Aira dan pewaris The Legacy dihebohkan dalam media, makin benci dia dengan Aira. Semua orang hanya pandang Aira!

"Macam mana? Best tak layanan Tengku Adriel? Berapa dia bayar kau untuk satu malam?" soal Fatihah sambil memandang Aira dengan riak wajah yang jijik.

Aira mengetap giginya mendengar hinaan itu. Dia bukanlah seorang yang cepat melatah atau marah kerana sejak kecil dia diajar untuk bersabar dengan ujian hidupnya. Tapi apabila maruah dia sebagai seorang perempuan muslimah diperlekehkan, dia takkan berdiam diri.

"You know what, truly hateful people are the ones who are incapable of loving themselves. So, they take out their insecurity and anger on others." Berubah terus riak wajah Fatihah mendengar kata-kata pedas yang keluar dari mulut Aira itu. Terasa satu tamparan hinggap di pipinya.

"And because of that, you're very pitiful, dear." Muka Aira hanya menayangkan riak wajah yang kosong. Belajar dari suami sendiri ke tu?

"Let's say kalau betul lah aku goda Tengku Adriel dengan badan aku. Then what? Apa yang kau boleh buat? Aku dah pun kahwin dengan dia. So, kalau setakat kau tuduh aku, bawa fitnah pasal aku. For God's sake, I'm still living and breathing peacefully. I don't even mind on what would you thinks. Itu hak kau nak fikir apa pun. Tapi cuba kau fikir? Apa sebenarnya yang kau dapat kalau kau burukkan aku? Nothing. You got nothing, Fatihah. So please leave while I'm being nice to you." Ha tudiaa. Double triples kill heatshot terus! Jangan disangka setenang-tenang Aira, tak ada taring yang bersembunyi disebalik muka polosnya.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now