Bab 43

14.5K 586 42
                                    

Di sebelah malam, semua ahli keluarga duduk berkumpul di ruang tamu sambil berborak santai selepas seharian penat bertungkus lumus menguruskan majlis kesyukuran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di sebelah malam, semua ahli keluarga duduk berkumpul di ruang tamu sambil berborak santai selepas seharian penat bertungkus lumus menguruskan majlis kesyukuran. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Semoga Opah dipanjangkan umur dan sihat selalu.

Tika itu, Aira dan Tengku Hanisah berada di dapur bagi menyediakan makanan dan mimuman untuk mereka minum sambil bersembang di depan.

"Aira, tolong mama ambilkan puding roti dalam peti." arah Tengku Hanisah sebelum tangannya mencapai pinggan.

"Baik mama."

Aira mengeluarkan puding roti yang dibuat Tengku Hanisah petang tadi dan meletakkan di atas meja.

"Wahh, nampak sedap la." kata Aira dengan mata yang bersinar. Nampak gebu elok dan cantik saja kejadiannya.

"Baru nampak tau, belum rasa lagi." Tengku Hanisah memotong puding roti berbentuk petak kecil supaya semua boleh dapat merasa. Kemudian dia meletakkan 2 potong puding roti kedalam pinggan kecil dan menyuakan kepada Aira.

"Nah, ni untuk Aira. Cuba rasa tengok, tapi kena tuang kuah kastard dulu dekat atas tu baru sedap." Tengku Hanisah menghulur pula kuah kastard yang sudah tersiap hidang dalam mangkuk.

"Thank you mama." ucap Aira dengan rasa teruja. Dia menuang kuah kastard lalu mengambil sedikit puding dan dimasukkan kedalam mulut. Terpejam matanya apabila merasa puding dan kuah kastard itu bergabung dan cair dimulutnya.

"Emphh.. sedapnya! Pandai mama buat. Nanti mama ajar la Aira buat." ujar Aira sambil memandang mama mertuanya.

"Boleh sayang. Nanti kita buat sama-sama ya?" Balas Tengku Hanisah dengan senyuman manis. Aira pula hanya mengangguk.

"Ada nak kena buat apa-apa lagi ke mama?"

"Emm.. kat depan dah ada air teh dan kopi, makanan pula dah ada kek lapis, muffin dengan puding roti. Cukuplah tu untuk semua rasanya."

Tiba-tiba kedengaran satu suara yang memasuki dapur.

"Mak Lang, air kopi dekat depan dah nak habis. Minta tolong buatkan boleh?" soal Megat Adwa iaitu sepupu Tengku Adriel sambil menunjukkan teko yang hampir kosong.

"Takpa, Aira boleh buatkan." laju Aira menawarkan dirinya.

"Okey, nanti dah siap Aira bawakan ke depan ya? Adwa, tolong Mak Lang angkat puding roti." ujar Tengku Hanisah dah alang-alang ada lelaki yang datang, boleh tolong angkatkan makanan.

"Boleh Mak Lang. Thanks Aira." balasnya Megat Adwa ringkas. Dia pun berkenalan gitu-gitu je Aira sebab dia tahu Aira seorang yang pemalu. Lagipun Aira tu isteri sepupunya dan dia juga seorang suami, macam tak manis kalau rapat sangat.

Selepas mereka keluar, Aira memulakan kerja untuk membancuh kopi panas. Tiba-tiba dia disergah dari belakang.

"Suka eh kau bila semua orang kat rumah ni layan kau elok. Mentang-mentang laki kau kaya, dah berlagak sampai lupa asal usul kau yang dari entah ceruk mana."

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now