Bab 20

19.9K 728 3
                                    

Permandangan laut kelihatan begitu tenang dilihat daripada balkoni bilik resort

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Permandangan laut kelihatan begitu tenang dilihat daripada balkoni bilik resort. Mata cantik Aira bersinar saat pantulan daripada cahaya matahari yang terbenam terpancar kemukanya. Tengku Adriel membawa Aira bercuti ke Pulau Redang sebagai destinasi bulan madu mereka selama 3 hari. Itupun setelah puas dipaksa oleh Tengku Hanisah. Sebagai anak yang mendengar kata orang tua, Tengku Adriel hanya menurut tanpa membantah.

Walaupun sudah menjadi suami isteri, namun hubungan mereka masih sama seperti di awal perkahwinan. Tengku Adriel versi sekarang seperti bongkah ais yang berada di Antartika. Sangat beku dan amat susah untuk diruntuhkan. Aira masih menjalankan tugas seorang isteri kecuali tanggungjawab yang satu itu. Tengku Adriel juga tak pernah membangkitkan hal itu kepadanya.

"Aira.."

Panggilan Tengku Adriel menyentakkan lamunannya. Aira pusingkan badannya dan kelihatan Tengku Adriel sandarkan bahagian kiri badannya di pintu gelangsar.

"Ya".

"Aku nak tanya sikit"

Aira menaikkan keningnya menunggu Tengku Adriel meyambung bicara.

"Kenapa kau tak minta aku bertanggungjawab kalau betul la memang aku dah rosakkan kau?" Sejak pulang dari rumah keluarga Aira haritu, dia asyik fikirkan hal itu apabila ternampak Dania. Dia masih ingat lagi macam mana Dania menyerangnya 5 tahun lepas di bilik hotel itu.

Tengku Adriel yakin dia tak sentuh Aira pun malam itu, malah keesokan harinya dia ingat semuanya. Aira mengajaknya berjumpa di café pada waktu malam, namun selepas beberapa minit kepalanya seakan berpusing selepas dia minum air yang dihidangkan. Tak mungkin dia boleh sentuh Aira dalam keadaan dia tidak sedarkan diri tapi kenapa Aira mengatakan sebaliknya.

'Apa yang kau cuba sorokkan dari aku, Aira?' gumam hati Tengku Adriel. Mata hitamnya memandang kosong ke wajah cantik Aira.

Gulp! Aira menelan air liur.

"S-saya..." Aira buntu. Patut ke dia cakap Tengku Adriel tak perlu bertanggungjawab sebab tak ada apa-apa yang berlaku pun pada malam itu. Dia belum ada kekuatan untuk ceritakan hal yang sebenar.

Melihat Aira yang keresahab, Tengku Adriel mengangguk sekilas. Tahulah dia Aira belum bersedia untuk ceritakan hal sebenar.

"Saya minta maaf." Ucap Aira perlahan.

Melihat Tengku Adriel yang tidak memberi apa-apa reaksi, dia mula mencari akal untuk mengubah topik. 

"Awak, saya lapar la. Malam ni kita nak makan di mana?" tanya Aira dengan suara yang ceria. Malam ni  merupakan malam terakhir mereka di sini. Tengku Adriel mengerling jam di tangan. Dah nah masuk waktu maghrib.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now