Bab 41

15.3K 533 24
                                    

"Aminn

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aminn." Tengku Adriel meraup wajah sebaik sahaja mengaminkan bacaan doa. Kemudian dia memusingkan tubuh menghadap isterinya pula. Kening berkerut apabila melihat Aira yang masih mengelamun dalam dunianya sendiri dengan wajah yang sugul. Tangannya juga masih dalam posisi menadah doa walaupun dia sudah menghabiskan doa.

"Sayang?"

Panggilan Tengku Adriel menyentakkan Aira dan mengembalikannya ke alam nyata. 

"Ya abang?" jawab Aira dengan mata bundarnya memandang Tengku Adriel.

"Nak baca doa sampai esok ke?" perli Tengku Adriel dengan bibir tersenyum senget.

"Huh? Eh, Aminn." Aira mengaminkan doa sebelum dia tersengih comel. Malu pula sebab kantoi mengelamun masa baca doa. Entah kenapa dia asyik terfikirkan apa yang Mak Su Lina dan Mak Joyah kata petang tadi. Dia tak pernah pula pergi check di klinik tapi macam mana kalau betul dia mandul dan tak dapat bagi zuriat pada suaminya? Adakah Tengku Adriel akan cari penggantinya?

"Auch!" Terkejut Aira apabila pipinya dicubit oleh Tengku Adriel. Tak la sakit tapi lebih kepada terkejut.

"Isteri abang tengah fikir apa ni? Wanna share with me, princess?" Soal Tengku Adriel sambil jari mengusap lembut pipi Aira yang memerah. Cubit manja sikit pun dah merah!

Aira berfikir sama ada patut ke tak dia tanya suami dia tapi hatinya memilih untuk percayakan Tengku Adriel. Jadi keputusan yang betul adalah tanya saja.

"Abang... Aira terfikir macam mana kalau.." Aira mengemam bibir sebelum menyambung ayatnya.

"kalau Aira tak boleh mengandung? Setiap suami mesti nak ada zuriat sendiri kan? Macam mana kalau Aira tak boleh bagi abang zuriat? Abang akan cari perempuan lain ke?" soal Aira dengan bibir tercebik. Lahh dia yang tanya soalan, dia yang sedih.

Terkedu Tengku Adriel mendengar soalan-soalan isterinya. Dia sudah boleh agak yang isterinya pasti tengah fikirkan hal petang tadi. Tapi dia tak salahkan Aira kerana Aira berhak untuk overthinking dan tugasnya sebagai suami kenalah berbincang secara terbuka dan meyakinkan isterinya untuk tidak terus terjerumus dalam fikiran yang berunsur negatif.

"Sayang, sayang kena faham satu benda tentang perkahwinan. Perkahwinan bukan semata mata untuk dapatkan zuriat tapi untuk kita rasa tenang, gembira dan harmoni dengan pasangan. Anak pula adalah penyeri rumah tangga seseorang, bukanlah kalau tak ada anak maksudnya tak ada seri dalam rumah sebab anak itukan rezeki dari Allah. Kita hanya mampu merancang, tapi apa yang akan jadi berbalik kepada Pencipta kita kerana Dia yang menentukan segala apa yang terjadi dalam hidup kita." terang Tengku Adriel panjang lebar. Disusun ayat untuk lebih memudahkan isterinya faham.

"Maksudnya abang okey ke kalau kita tak ada anak sampai bila-bila? Abang janji takkan tinggalkan Aira?" Soal Aira lagi. Dia takut sangat andai Tengku Adriel pilih untuk tinggalkannya suatu hari nanti.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now