Bab 18

18.4K 641 9
                                    

Makan malam dirumah pada malam itu terasa meriah walaupun hanya berempat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Makan malam dirumah pada malam itu terasa meriah walaupun hanya berempat. Tengku Hanisah la yang paling gembira menerima ahli baru dalam keluarga mereka, habis dibuka cerita tentang perangai tak semenggah Tengku Adriel masa kecil-kecil dulu.

Sesekali Tengku Azzam juga turut menyakat isterinya itu sampai muka Tengku Hanisah berubah masam. Aira pula hanya tersenyum dan ketawa kecil melihat gelagat masing-masing. Dia hanya menjawab apa yang ditanya kerana masih belum terbiasa dengan keluarga itu.

"Riel tak ada plan nak honeymoon kat mana-mana ke?" hampir tersedak Tengku Adriel mendengar soalan mamanya itu.

"Belum ma. Riel takut tak sempat sebab banyak kerja kat office."

Pap! Ditampar lengan anaknya itu beserta jegilan mata. Tak habis-habis fikir kerja kat office.

"Aduh, sakit la mama." Manakala Tengku Adriel pula menyeringai mukanya. Boleh tahan kuat juga bisa tangan Tengku Hanisah ni. Tangan kirinya naik mengusap lengannya yang ditampar.

"Kamu tu baru sehari tau kahwin. Kalau nak fikir pasal kerja memang takkan habis. Sekali-sekala bawa la Aira berjalan pergi honeymoon. Ni asyik kerja saja dalam kepala otak, sama lah macam papa tu." dah keluar dah kuasa membebel mak-mak siap pakej menjeling dua beranak itu. Tengku Azzam yang mendengar namanya dipetik terhenti terus suapannya.

"Aik, anak bertuah awak yang buat hal. Abang pula yang kena?"

"Anak bertuah saya tapi anak kesayangan abang." Tengku Azzam hanya menggeleng perlahan kepalanya. Isterinya itu ada saja jawapan untuk dibalas, jadi lebik baik dia diam. Kalau bercakap pun, akhirnya dia juga yang disalahkan. Perempuan mana pernah salah kan.

"Aira bila start kerja sayang?" tanya Tengku Hanisah. Suaranya berubah lembut bila bercakap dengan menantunya ini.

"Minggu depan mama. Aira apply cuti seminggu."

"Haa dengar tu! Isteri kamu cuti sampai seminggu yang kamu sibuk nak masuk kerja cepat-cepat dah kenapa? Mama tak kira, Riel pun kena cuti sama dengan Aira."

"Takpa ke mama? Riel tak ada apply cuti seminggu, nanti boss Riel marah habis dia potong gaji Riel. Kesian laa dekat isteri kesayangan Riel tak cukup makan bulan ni sebab gaji sikit." Ujar Tengku Adriel dengan riak muka sedih. Sempat lagi nak loyar buruk budak Adriel ni.

Tengku Hanisah menjegil mata ke arah anaknya itu. "Menjawab menjawab! Sekarang pun boleh apply, boss tak bagi juga tahulah mama nak buat apa nanti" matanya mengecil memandang Tengku Azzam. Manakala Tengku Adriel sudah ketawa terbahak-bahak. Suka sungguh menyakat mama papanya itu. Tengku Azzam pula hanya pasrah saja. Walaupun dia merupakan CEO The Legacy namun isterinya itu tetap berada diatasnya. Bukan takut bini, tapi sayang bini la katakan.

Aira hanya tergelak kecil. Tak sangka begini rasanya hidup berkeluarga. Saling bergurau sesama sediri untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Selepas ibu bapanya meninggal, dia hilang tempat bergantung. Hanya Mak Siti yang sentiasa menemaninya. Hatinya dicengkam rasa sebak teringatkan nasib dirinya dan tanpa sedar air mata menitis di pipi mulusnya.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now