Bab 42

15K 557 27
                                    

Selesai majlis bacaan tahlil dan doa selamat, semua tetamu beredar ke khemah untuk menjamu selera pula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai majlis bacaan tahlil dan doa selamat, semua tetamu beredar ke khemah untuk menjamu selera pula. Tengku Adriel masih setia menunggu Aira di luar rumah sambil bermain telefon bimbitnya sehinggalah ada satu suara yang menegurnya.

"Is.."

Tidak menjawab panggilan itu. Dia hanya mengerling sekilas sebelum matanya kembali fokus ke telefonnya.

Tasya mengetap bibir apabila dirinya dilayan acuh tak acuh. Dia membetulkan tudung dan baju kurungnya. Tak dinafikan Tengku Adriel kelihatan sangat tampan dimatanya hari itu. Berseluar jeans hitam cutting dan dipadankan dengan baju melayu purple lilac. Dah macam model iklan baju raya!

"Is nak pergi makan ke? Tasya pun tak makan lagi. Apa kata kita makan sama-sama? Boleh sembang-sembang sambil catch up tentang life masing-masing." ajak Tasya dengan suara yang gemersik kalbu. Kemain lunak takmau kalah.

Tapi sayangnya ajakan dia dibalas sepi. Pergi cakap dengan pokok jelah Tasya, at least kalau angin lalu pokok tu bergoyang lah juga ada respons. Nak ajak Tengku Adriel versi ais ni lambat lagi dia nak respons. Tasya merengus sebal.

"Is! awak dengar tak saya cakap ni?" soal Tasya dengan suara yang sedikit tinggi. Geram betul apabila Tengku Adriel memalaunya. Baru Tasya ingin menyambung, kedengaran satu suara lembut dari belakang.

"Abang..?"

Serentak itu kedua dua mereka menoleh ke arah suara tersebut. Terukir terus senyuman di bibir Tengku Adriel melihat Aira yang melangkah menghampiri mereka.

"Lamanya sayang kat belakang. Buat apa je?" soal Tengku Adriel sambil jarinya meraih tangan Aira.

"Tadi makcik-makcik tu ajak Aira sembang. Penat Aira nak melayan, nasib baik la mama tolong cover." jawab Aira. Kemudian dia menoleh pula ke arah perempuan yang dia nampak bersama suaminya tadi.

"Er... ni siapa abang?"

Tasya mengukir senyuman palsu kepada Aira.

"Hai, saya Tas.." belum sempat mahu perkenalkan dirinya, kata-katanya dicantas oleh Tengku Adriel.

"Tak penting pun. Bukan siapa-siapa, yang penting sekarang jom teman abang pergi makan." Tangan Adriel menarik tangan Aira untuk berlalu dari situ.

"Tapi dia.." Aira yang rasa serba salah menunduk sedikit badannya sebagai tanda maaf kepada Tasya. Sejak bila suaminya jadi tak menyabar pula ni? Sejak ada langau yang jenis muka tak malu datang nak hinggap kat suami orang.

Tasya berdecit sambil matanya mengecil memandang pasangan yang melangkah menuju ke bahagian makanan. Menyampah!

𐙚˙⋆.˚ ᡣ𐭩

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now