Bab 50

13.8K 532 14
                                    

Di petang yang harmoni, Rafiq keluar dari kedai runcit sambil makan ais krim dengan gembira beserta nyanyian kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di petang yang harmoni, Rafiq keluar dari kedai runcit sambil makan ais krim dengan gembira beserta nyanyian kecil. Tiba-tiba sebuah kereta Velfire hitam berhenti dihadapannya. Terkejut dia apabila tiga orang lelaki yang lengkap berpakaian suit keluar dari kereta itu dan menuju kearahnya. Mereka memegang tangannya sehingga ais krimnya terlepas dan jatuh ke tanah.

"Bodoh! Ais krim aku jatuh! Kau orang siapa haa?!" Tempik Rafiq tapi mereka tidak mengendahkan jeritannya malah dia dihumban masuk kedalam kereta Velfire itu.

"Woii! Lepaskan aku lah bodoh!" Jeritnya lagi. Akhirnya salah seorang lelaki itu memukul di belakang lehernya sehingga dia pengsan tidak sedarkan diri. Siapa suruh bising sangat!

Selepas setengah jam perjalanan, mereka akhirnya tiba di satu rumah banglo mewah yang jauh dari kediaman manusia. Di halaman rumah ada beberapa sport cars dan superbike.

Turun saja dari kereta, dua orang bodyguard itu mengheret Rafiq yang masih belum sedarkan diri ke ruang tamu rumah di hadapan tiga pasang mata yang tajam memandang mangsa mereka.

"Kami dah dapat dia, Tengku. Tapi tadi saya pukul dia sebab dia bising sangat." kata bodyguard itu.

"Ambil air." ringkas saja arahan Tengku Adriel.

Mereka kemudian mengambil sebaldi air sejuk dan menjirus ke arah Rafiq sehingga dia tersedar. Kesejukan air itu dah menyambungkan sarafnya, bangun saja badannya terus rasa menggigil. Tambah pula dengan ruang tamu yang berpenghawa dingin.

Buka saja mata, pandangannya terus bertembung dengan mata hitam Tengku Adriel yang memandangnya tajam.

"Tengku Adriel... m-macam mana?" gumamnya perlahan sambil memandang pelik ke arah tiga orang yang duduk disofa sambil menyilang kaki. Gaya boss!

"Macam mana aku boleh jumpa kau?" Tengku Adriel berdecit. Sinis.

Flashback pagi tadi...

Tengku Adriel baru saja selesai solat subuh di wad Aira. Tiba-tiba iPhonenya berbunyi menandakan panggilan masuk. Melihat nama Tengku Zafran, terus digesek skrin untuk mengangkat panggilan tersebut.

"Riel, kau busy ke?" soal Tengku Zafran di talian sana.

"Taklah, aku baru lepas subuh. Ada dekat wad isteri aku lagi. Kenapa?"

Tengku Adriel melangkah ke arah sofa yang terdapat dalam bilik itu dan menyandarkan tubuhnya.

"Aku dah jumpa lelaki yang langgar Faris haritu. Susah sikit sebab number plat lori yang dia guna tu fake. Jadi aku guna gambar yang kita dapat dari dashcam kereta Aira untuk kesan dia through social media. Dan ada satu komen tu kata dia pernah nampak lelaki tu keluar masuk rumah flat lama dekat Titiwangsa." Terang Tengku Zafran panjang lebar.

Tengku Adriel terus menegakkan tubuhnya.

"Kau pasti maklumat tu betul? Takut nanti tersalah orang pula."

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now