Bab 49

13.7K 554 32
                                    

Hari berganti hari dan sudah masuk hari ketiga Aira masih belum sedarkan diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari berganti hari dan sudah masuk hari ketiga Aira masih belum sedarkan diri. Rutin Tengku Adriel juga sudah berubah. Habis saja waktu kerja, dia akan pulang ke rumah untuk mandi makan dan solat. Kemudian seperti biasa, dia akan ke hospital untuk temankan Aira sepanjang malam. Pagi pula selepas subuh, dia akan pulang ke rumah untuk bersiap ke tempat kerja.

Walaupun isterinya dalam keadaan yang memerlukan dia, tapi Tengku Adriel tetap menjalankan kerjanya di pejabat. Tambahan pula, dia sudah memegang jawatan sebagai CEO. Dia tidak mahu mengambil sikap sambil lewa dalam hal kerja.

Penat memang penat, tapi dia tak kisah. Kalau balik rehat dirumah pun, dia akan sentiasa rindu dengan bayangan isterinya dirumah. Jadi dia sanggup berulang alik dari hospital dan rumahnya semata-mata untuk temankan Aira.

Tapi hari ini dia tidak pulang ke rumahnya sebaliknya ke rumah keluarganya. Tengku Hanisah sendiri yang memintanya pulang ke rumah untuk mereka buat solat hajat bersama selepas maghrib. Dia hanya menurut saja, dan selepas solat dia boleh terus ke hospital seperti malam biasa.

"Amin ya rabbana aalamin..." Tengku Azzam meraup muka selepas selesai mengaminkan bacaan doa. Dia juga mengetuai solat jemaah mereka untuk maghrib dan solat hajat pada malam ini.

Kemudian Tengku Azzam berpaling ke arah anaknya yang masih tenggelam dalam dunianya sendiri.

"Riel okay?" soalan Tengku Azzam menyentakkan Tengku Adriel dari lamunannya. Dia pandang pula wajah bapanya yang sayu sebelum menggeleng perlahan.

"I'm not papa. Riel tetap rasa semua ni salah Riel." Jawab Tengku Adriel sambil tapak tangannya menekup mukanya.

"No. Its not your fault. Its never be. Terima ini sebagai salah satu ujian untuk kita sekeluarga."

"Tapi Aira dah call Riel banyak kali. Kalau Riel tak silent phone masa dalam meeting, mungkin Riel masih sempat nak selamatkan Aira!" Tanpa sengaja, Tengku Adriel tertinggi suara dihadapan bapanya.

Tengku Azzam tersenyum perit. Dia tahu bagaimana rasa bersalah anaknya itu terus terusan menghempap diri.

"Jangan sebut perkataan kalau seolah-olah kita menidakkan takdir Allah, Riel. Papa faham apa yang kamu rasa, tapi sekarang Allah tengah uji kamu. Sejauh mana Riel nak menolak takdir dengan terus menyalahkan diri sendiri. Sejauh mana Riel nak terus kalah dengan syaitan yang selalu menghasut untuk tidak mempercayai ketentuan Allah." Lembut Tengku Azzam menasihati anaknya.

Zapp! Hatinya tersentap dengan kata-kata yang terkeluar dari mulut Tengku Azzam. Tengku Adriel meraup muka dan beristighfar berkali-kali memohon ampun atas keterlanjurannya tadi.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now