Bab 8

16.4K 567 0
                                    

Di waktu malam yang sunyi, Tengku Adriel duduk di balkoni biliknya sambil tangan memetik tali gitar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di waktu malam yang sunyi, Tengku Adriel duduk di balkoni biliknya sambil tangan memetik tali gitar. Fikirannya melayang memikirkan kenangan lalu. Kenangan yang dia takkan lupa walaupun sudah bertahun.

Tengku Adriel berjalan sendirian untuk mengambil angin di taman rekreasi berhampiran kolej. Selalunya dia akan terus pulang ke rumah atau study di library apabila tamat saja sesi kelas. Tengku Adriel tidak mempunyai kawan kerana dia lagi suka membuat hal sendiri. Walaupun bapanya merupakan antara penyumbang terbesar di kolej, namun tak ada siapa pun tahu akan hal itu. Kerana dia tidak mahu orang hanya berkawan dengannya kerana harta dan mengambil kesempatan keatasnya.

Ketika Tengku Adriel sedang berjalan, dia ternampak sosok seorang gadis sedang duduk di atas kerusi di tepi tasik sambil mata memandang jauh dihadapan.

'Cantiknya' desis hati Tengku Adriel.

Walaupun hanya nampak dari tepi, tapi wajah gadis itu terlalu memukau mata sehingga matanya terpaku ke wajah cantik itu. Shawl yang dililit di kepalanya kelihatan beralun ditiup angin. Tengku Adriel memegang dadanya yang mula berdebar. Perasaan apa ni?

Tengah ralit melihat gadis cantik itu, tiba-tiba Adriel terkejut apabila nampak satu titisan air mata hinggap di pipi mulus gadis itu.

'Dia... menangis?'

Gatal saja kakinya ingin melangkah menghampiri gadis itu namun dia takut gadis itu akan lari kerana takut padanya. Akhirnya dia hanya menemani gadis itu dari jauh.

Keesokannya, Tengku Adriel pergi lagi ke taman. Disebabkan dia tak tahu nama gadis itu dan course apa, dia mengambil keputusan untuk pergi semula ke tempat itu. Dia hanya nak cuba nasib saja, mana tahu harini ada keberanian untuk menegur. Tengku Adriel berjalan ke taman dengan hati yang gembira.

Dari jauh, dia ternampak gadis itu sedang berjalan ke arah yang sama dengannya. Dia sengaja memperlahankan langkah untuk membiarkan gadis itu berjalan dulu manakala dia hanya mengekori dari belakang. Ketika gadis itu hendak berjalan melintas jalan, tiba-tiba ada satu motosikal yang laju bergerak dan menghampiri gadis itu.

Tengku Adriel berasa cemas dan tanpa berfikir panjang, dia berlari ke arah gadis itu dan menolaknya sehingga terjatuh tepi jalan. Manakala gadis itu yang masih terkejut hanya terkaku.

"Are you okay?" soal Tengku Adriel sambil memandang tubuh gadis itu, risau jika ada minor injury kerana mereka berdua jatuh tersembam di atas jalan tar.

Soalan Tengku Adriel menyentakkan gadis itu. Matanya terus diangkat menghala ke arah suara itu. Bibirnya diketap dan perlahan-lahan kepalanya mengangguk menandakan dirinya tidak apa-apa.

Tengku Adriel menghela nafas lega. Rasa nak marah kerana masih ada manusia yang berani bawa motosikal dengan laju padahal dah jelas ini kawasan taman untuk beriadah. Ramai orang lebih suka berjalan kaki tambahan pula, ada yang membawa anak-anak kecil.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now