Bab 60

15K 630 24
                                    

"Tertukar? Doktor tersilap bagi ke macam mana?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tertukar? Doktor tersilap bagi ke macam mana?"

Tengku Zafran pandang sahabatnya dengan riak wajah tak percaya. Manakala Raja Mikael hanya diam selepas cuba menghadam cerita Tengku Adriel.

"Aku tak tahu. Aku dah call doktor yang rawat isteri aku tu tapi dia outstation dekat Johor 3 hari. Esok baru dia balik KL." Tengku Adriel meraup mukanya sambil menyandarkan badannya ke belakang sofa.

"Lepastu Aira macam mana sekarang?" Soal Raja Mikael pula.

"Itu yang aku tengah serabut sekarang. Doktor Cindy dah datang check Aira pagi tadi dan dia suggestkan bawa Aira ke hospital untuk rawatan lanjut sebelum terlambat. Tapi Aira mengamuk tak nak pergi hospital, dia jadi agresif betul bila dengar perkataan hospital."

"Apa susah, kau hentak jelah belakang kepala dia sampai pengsan. Lepastu bawa pergi hospital."

"Bodoh! tu bini aku. Kalau orang lain, dah lama aku buat!" Lantas Tengku Adriel mencampakkan bantal kecil ke arah Tengku Zafran. Idea tu tak boleh bijak sikit ke?

Manakala Tengku Zafran menyambut bantal itu dan tersengih sumbing.

"Kau kata sepatutnya Aira dah sembuh minggu lepas kan? Kalau doktor yang tersalah bagi, mesti dari awal Aira dah jadi macam sekarang." Kata Raja Mikael pula.

"Ada sesiapa yang datang rumah kau tak beberapa hari lepas?" soalnya lagi sambil memandang wajah Tengku Adriel. Dia cuba mengeluarkan segala kemungkinan yang ada.

Tengku Adriel kerut kening cuba memikirkan soalan rakannya itu.

"Dania..." Terlepas nama itu dari bibirnya.

"Dania? Dania mana pulak ni?" Tanya Tengku Zafran. Tapi dia rasa nama tu macam familiar.

"Kakak tiri Aira. Beberapa hari lepas dia ada datang rumah nak melawat Aira tapi aku tengah kerja masa dia datang. Malam tu Aira cerita kat aku yang Dania dah berubah dan start pakai tudung lepas mak dia meninggal sebab kemalangan." terang Tengku Adriel.

"What? Mak tiri jahat yang nak jual Aira tu ke? Dah meninggal?"

Tengku Adriel hanya mengangguk mengiyakan soalan Tengku Zafran itu.

"Kau tak rasa dia yang tukar ubat Aira?"

Jeda. Tengku Adriel terdiam lama selepas mendengar kata-kata Raja Mikael itu.

Akhirnya dia melepaskan nafas panjang sebelum meraup rambut.

"Aku dah pesan dekat Aira jangan terlalu percayakan dia. Tapi aku tak boleh nak tuduh sembarangan sebab aku tak jumpa dia lagi yang kononnya dah berubah tu."

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now