Bab 48

14.4K 565 13
                                    

Perlahan-lahan Tengku Adriel menguak pintu wad VVIP itu dan kakinya melangkah masuk kedalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Perlahan-lahan Tengku Adriel menguak pintu wad VVIP itu dan kakinya melangkah masuk kedalam. Tiba-tiba terasa longlai lututnya apabila terpandang sekujur tubuh yang sedang terlantar di atas katil hospital.

Dia memberanikan diri melangkah menghampiri katil isterinya. Luluh hatinya melihat keadaan isterinya yang berselirat dengan wayar-wayar.

Allahuakbar... Bibirnya juga diketap rapat.

"Assalamualaikum isteri abang." ucap Tengku Adriel sebelum melabuhkan ciuman didahi isterinya.

"It must be hurt, right?" Tengku Adriel melabuhkan duduknya di atas kerusi bersebelahan katil Aira. Tangannya meraih tangan Aira yang disambung dengan IV drips.

"Abang minta maaf sayang sebab abang terlambat. Abang gagal lindungi isteri abang, maafkan abang sebab sayang terpaksa lalui semua ini." air matanya laju mengalir. Tangan Aira yang berada di genggamannya dibawa ke bibir dan dikucup lembut.

Kemudian tangan Tengku Adriel mengusap pula bahagian kaki Aira. Nak pecah jantungnya apabila doktor memberitahu tentang keadaan kaki Aira.

"Macam mana dengan isteri saya, doktor?" Soal Tengku Adriel sebaik saja dia sampai dihadapan pintu bilik pembedahan itu. Selepas mendapat panggilan daripada Tengku Azzam tadi, cepat-cepat dia berlari keluar dari surau.

"Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar tapi..." Doktor yang dikenali sebagai Doktor Faris menghentikan kata-katanya kerana tidak sanggup melihat wajah kecewa seorang suami. Tapi dia sebagai doktor haruslah profesional dalam setiap kerja yang dilakukan.

"Selepas dah buat pembedahan, kami dapati ada sedikit komplikasi pada keretakan di tulang kaki Puan Aira dan berkemungkinan Puan Aira akan lumpuh untuk sementara waktu." sambungnya lagi.

DUG!

Tengku Adriel terkedu saat mendengar kenyataan dari doktor Faris. Bibirnya bergetar dan suaranya seolah-olah tersekat di kerongkong.

"L-lumpuh?" Tengku Adriel pandang doktor tidak percaya. Melihat doktor yang mengangguk sekilas, dia pandang pula kedua orang tuanya meminta kepastikan. This could not be...

Manakala Tengku Azzam dan Tengku Hanisah membalas pandangan anak mereka dengan sayu sebelum perlahan-lahan turut menjatuhkan kepala. Sebelum Tengku Adriel sampai, doktor telah memaklumkan hal ini kepada mereka.

"Berapa lama isteri saya akan lumpuh?"

"Ikut keadaan pesakit. Kalau Puan Aira rajin dan semangat untuk teruskan rawatan fisioterapi, mungkin dalam masa dua bulan dan boleh berjalan seperti biasa. Tapi untuk pesakit macam Puan Aira, peranan suami penting dalam mengawal emosi dia sebab kita tak tahu apa yang Puan Aira rasa didalam. Tambah pula macam mana reaksinya bila tahu kandungannya tak dapat diselamatkan. Nasihat saya sebagai doktor, Tengku kena selalu pantau Puan Aira apabila berkaitan dengan emosi. Selalu positifkan minda dia dan beri kata-kata semangat untuknya supaya semua rawatan berjalan dengar lancar." Terang Doktor Faris dengan panjang lebar.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now