Bab 64

17.6K 608 15
                                    

Selesai menunaikan solat isyak, Tengku Adriel menoleh ke arah Aira yang duduk di belakangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai menunaikan solat isyak, Tengku Adriel menoleh ke arah Aira yang duduk di belakangnya. Ragu ragu juga dia nak bagi Aira solat tanpa kerusi tadi tapi Aira sendiri yang berkeras nak solat macam biasa. Nak biasakan diri katanya.

Dia bergerak menghampiri isterinya. Tubuh Aira diangkat dan didudukkan diatas pehanya.

"Ada rasa sakit tak?" Soalnya risau sambil mengusap kaki Aira yang berlapik kain telekung. Namun hanya dibalas dengan gelengan Aira.

"Aira okey la abang. Sebelum ni pun, Aira dah 2-3 kali solat macam biasa."

Tengku Adriel kerut dahi. "Bilanya sayang solat macam biasa? selalu jemaah dengan abang elok je duduk atas kerusi."

"Hehe, masa abang pergi kerja." jawab Aira tersengih. Tengku Adriel mencubit geram hidung comel isterinya.

"Pandai eh sorok dari abang. Sejak bila sayang dah sembuh? Kenapa abang tak tahu?"

"Minggu lepas masa abang pergi oustation tu. Kan Aira pergi hospital dengan Sarah, lepastu doktor kata Aira dah banyak improvement then dia suruh Aira perlahan-lahan cuba bangun dan berjalan. Mula tu Aira takut tau, tapi sebab Aira nak sangat sembuh Aira beranikan diri juga sampai la Aira boleh bergerak 10 langkah tanpa pegang apa-apa. Hebat kat Aira?" Penuh teruja Aira bercerita kepada suaminya siap tunjuk muka berlagak lagi.

Terletus ketawa kecil dari bibir Tengku Adriel.

"Ya sayang, hebatnya isteri abang ni. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan sayang untuk sembuh. Dah cakap terima kasih belum dekat Allah?" Soal Tengku Adriel sambil mengusap lembut sisi pinggang Aira.

"Dah! Aira doa macam ni..." Aira membetulkan duduknya sebelum kedua tapak tangan diangkat menadah bacaan doa.

"Ya Allah, terima kasih bagi Aira sembuh. Lepasni Aira dah tak perlu susahkan suami Aira lagi. Dan terima kasih juga sebab bagi hadiah baby dalam perut Aira. Semoga Aira dan baby sentiasa sihat selalu. Aminnn."

Tengku Adriel terdiam mendengar doa Aira yang terakhir itu.

Baby...

Tangannya naik mengusap pula perut kempis isterinya. Bibirnya terukir senyuman manis.

"Terima kasih sayang sudi kandungkan zuriat abang. Abang janji abang akan jaga sayang dan baby dengan nyawa abang." Ucap Tengku Adriel lalu bibirnya mengucup dahi isterinya. Lama.

Terpejam mata Aira. Tiba-tiba air mata Aira menitis.

"Sayang, kenapa menangis ni?" Soal Tengku Adriel lembut sambil menyeka air mata Aira

"A-aira teringatkan anak pertama kita. Walaupun Aira dah mengandung lagi, t-tapi Aira tak pernah lupakan dia, penghuni pertama di rahim Aira." Jawab Aira dengan tersedu sedu.

"Allah adalah sebaik-baik perancang dan setiap perkara yang berlaku didunia ini ada hikmah disebaliknya. Boleh jadi Allah ambil baby sebab kita masih belum bersedia untuk pikul tanggungjawab sebagai ibubapa. Jadi sayang jangan la sedih sebab baby sekarang pun dah bahagia di syurga. Ikhlaskan ya?" Mungkin dia tak rasa apa yang Aira rasa kerana bukan dia yang kandungkan baby tapi sebagai suami dia takkan berhenti untuk membimbing isterinya ke jalan yng diredhai Allah.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now