Bab 27

21.6K 632 26
                                    

Kaki melangkah ke arah bilik mesyuarat

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Kaki melangkah ke arah bilik mesyuarat. Hari ini akan diadakan mesyuarat untuk memantau perkembangan projek bersama The Legacy Group. Tengku Adriel juga akan turut serta menghadiri mesyuarat pada hari itu. Aira berasa gementar kerana dia sebagai akauntan juga akan membentangkan kewangan selama projek dijalankan.

Masuk saja dibilik mesyuarat semua orang sudah tiba. Aira mengambil salah satu tempat kosong disitu. Beberapa minit kemudian, Tengku Adriel melangkah masuk diikuti dengan Ashraf iaitu PA nya. Walaupun hanya menunjukkan riak beku, namun wajah kacak itu tetap menggugat hati wanita. Dia hanya mengenakan suit kerjanya bewarna blue black sepadan pula dengan outfit Aira iaitu baju kebarung blue black.

Selepas 2 jam, Aira menghembuskan nafas lega apabila sudah tamat. Walaupun masih baru dalam The Legacy, Aira nampak usaha suaminya itu untuk menjayakan projek ini kerana jika projek ini berjaya, secara tak langsung Tengku Adriel akan dinaikkan pangkat menjadi CEO menggantikan Tengku Azzam.

"Itu saja untuk hari ini, everyone can dismiss. Tengku macam mana? Nak join kami lunch atau nak balik office terus?" soal Encik Kamal dengan ramahnya. Tengku Adriel mengerling ke arah jam tangan yang menunjukkan pukul 12 tengahari.

"Its okey Encik Kamal. I have lunch date with my beloved wife." jawab Tengku Adriel seraya memandang ke atah Aira. Manakala Aira pula terpinga-pinga apabila semua mata di bilik itu turut memandangnya. Jari diangkat menghala ke dirinya.

"Saya ke?" Dah datang dah bendul dia. Rasanya setakat ini Tengku Adriel ada seorang saja isteri.

"Yes you are. Setakat ni you seorang saja lah isteri I, I belum rasa nak tambah lagi. Kalau ada nanti I inform you, okay?" balas Tengku Adriel dengan wajah beku tapi handsome!

"uwuuu"

"Sweet betul la Tengku ni dengan wife"

"Untungnya Aira, saya pun nak juga suami macam ni!"

Rata-rata yang pekerja turut memuji pasangan itu. Manakala Aira pula perlahan-lahan berjalan ke arah suaminya dengan muka dilindung dengan tapak tangan. Malu weh! Yang laki aku ni pun time macam ni la bersweet bagai. Huh!

Sebaik saja Aira menghampirinya, tangannya terus meraih tapak tangan Aira yang berada disisinya. "Anything just update my PA. So, excuse us. " usai meminta diri, mereka melangkah tapi Tengku Adriel menghentikan langkahnya. "Oh before i forget Encik Kamal, hari ini I nak pinjam wife I jadi dia akan apply emergency leave (EL)." Mata Aira terbeliak mendengar kata-kata suaminya.

"Eh? Kenapa pula aba... Tengku?" hampir saja tersasul memanggil gelaran suaminya, nasib baik dia cepat cover. Tidak menjawab soalannya, Tengku Adriel menarik tangan isterinya keluar dari bilik mesyuarat itu.

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang