Bab 58

12.7K 454 51
                                    

Bibir tersenyum puas sebaik saja melihat gambar yang dihantarnya siang tadi

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

Bibir tersenyum puas sebaik saja melihat gambar yang dihantarnya siang tadi. Dengan keadaan Aira, pasti tengah huru hara pasangan itu.

"Hey babe." sapa seorang lelaki lantas memeluk pinggangnya. Sebelah lagi tangan melarikan jari ke atas peha gebunya yang terdedah.

Gadis itu hanya membalas senyuman kepada si lelaki.

"So, macam mana dengan plan you tu?"

"Of course I did it. Diorang berdua perlu bayar atas segala penderitaan I, kalau bukan sebab mereka, mama I takkan mati kena bunuh dengan orang tua tak guna tu dan I takkan ada di sini." kata gadis itu sambil menggenggam gelas berisi wine di tangannya. Matanya penuh dengan dendam terhadap pasangan itu.

"You memang takkan stop kan Nia?" Soal lelaki itu kepada Nia atau lebih dikenali sebagai Dania Syafiqah. Ya, kakak tiri Aira. Dalam masa dua bulan saja hidupnya berubah dan punca kepada semua masalah ini adalah Tengku Adriel Iskandar dan adik tirinya Aira.

"Nope, Sampai I rasa puas nak seksa hidup diorang." jawab Dania mendatar.

Dua bulan lepas...

Disebabkan perkahwinan Dato Imran dan Aira dibatalkan, Dato Imran meminta Puan Leha untuk membayar keseluruhan jumlah hutang termasuk bunga sekaligus kepadanya iaitu sebanyak RM150,000 dalam masa seminggu.

Puan Leha buntu kerana dia hanya ada duit RM100,000 yang diberikan Tengku Adriel. Kalau dia bagi semua duit tu pada Dato Imran, dia dah tak ada apa yang tinggal. Anaknya Dania juga baru diberhentikan kerja kerana performancenya tidak memuaskan. Dan Aira pula... nombornya telah disekat. Ni tak lain mesti kerja budak Adriel tu!

Harini merupakan hari terakhir tempoh yang diberikan Dato Imran.

Puan Leha mengetuk pintu bilik Dania berkali-kali. Buka saja pintu, teserlah wajah busuk Dania yang baru bangun tidur.

"Ada apa ma?" Soal Dania sambil menguap. Tangan menenyeh air liur basi di tepi bibir.

"Kemas baju sekarang. Kita pergi dari sini." Arah Puan Leha kepada anaknya.

Segar terus mata Dania. "Ha?? Nak pergi mana pulak?"

"Pergi jelah mana-mana. Yang penting kita kena lari sebelum Dato Imran dapat tahu!"

"Hm yelah..." jawab Dania malas. Dia baru tengah syok mimpi.

Selepas membawa turun bagasinya, dia menunggu anaknya pula. Beberapa minit kemudian, Dania muncul membawa dua beg bagasi.

"Kita nak pergi mana ni ma?" Soal Dania sambil membetulkan rambutnya yang beralun.

"Kita akan pergi ke London. Kat sana nanti kita bina hidup baru. Yang pasti dekat Malaysia kita dah tak selamat sekarang!"

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Kde žijí příběhy. Začni objevovat