Bab 40

15.5K 571 20
                                    

Tengku Adriel menghela nafas kepenatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Adriel menghela nafas kepenatan. Bertungkus lumus dia dan sepupu-sepupu lelakinya menyusun meja dan kerusi untuk para tetamu esok. Badannya yang berpeluh menampakkan lagi tubuh tegapnya kerana dia hanya memakai T-shirt hitam saja. Tiba-tiba tekaknya terasa haus pula.

"Abang Is!"

Tengku Adriel terus mengalihkan pandangan ke arah suara itu. Kelihatan Tengku Dalily iaitu anak kepada Mak Su Lina berjalan menghampirinya. Di sebelah Tengku Dalily pula ada seorang perempuan berbaju kurung dan bertudung bawal sedang tersenyum manis kearahnya. Tengku Adriel hanya pandang sekilas sahaja.

"Abang Is, banyak lagi ke kerja nak buat?" Soal Tengku Dalily kepada abang sepupunya itu.

"Hm, tak banyak dah. Kenapa?" Dingin saja suaranya. Dia memang tak berapa mesra dengan anak-anak Mak Su Lina.

Tengku Dalily menjulingkan mata ke atas. Abang sepupunya yang sorang ni memang beku sikit kalau nak dibandingkan dengan yang lain.

"Oh ya, tengok la siapa yang Lily jumpa tadi." serentak itu ditarik tangan perempuan yang bertudung itu.

"Abang Is mesti kenal kan?" sambungnya lagi dengan kening terangkat. Manakala perempuan itu pula tersipu malu apabila berhadapan dengan Tengku Adriel yang kacak dah hot.

Tengku Adriel hanya mengerling sekilas sebelum mengalihkan pandangan ke arah lain. Tengku Dalily mendengus sebal melihat reaksi abang sepupunya yang bersahaja itu.

"Hello Abang Is, ini kan Kak Tasya anak Mak Cik Tipah jiran sebelah rumah Opah. Takkan la abang tak ingat kut." ujar Tengku Dalily. Tasya pula tersipu malu, tak sangka Is yang dia kenal masa zaman remaja mereka dulu dah membesar jadi seorang yang hebat. Kalau dulu lagi hatinya sudah terpaut dengan kekacakan Tengku Adriel, tapi sekarang dia sudah jatuh cinta tahap tergolek dengan lelaki ini. Tambahan pula, Tengku Adriel merupakan CEO The Legacy Group. Lagi membuatkan hatinya ingin memiliki lelaki hebat ini.

"Ya aku tahu. So, apa yang kau nak cakap sekarang ni?" bengang pula Tengku Adriel dengan perangai gedik Tengku Dalily itu.

Manakala Tengku Dalily tersenyum sumbing.

"Kak Tasya ni single available lagi tau. Dah la cantik, ayu, sopan dan kerja doktor lagi. Abang Is tak nak try ke?" Tanpa sedar, soalan Tengku Dalily itu menaikkan kemarahan Tengku Adriel. Tapi wajahnya tetap kekal tenang dan beku.

Tengku Adriel memandang Tasya sebelum mata tajamnya beralih kepada adik sepupunya itu. Hujung bibir ternaik sedikit mengukir senyuman sinis.

"Kau ni kalau aku cakap bodoh tapi belajar sampai universiti. Itulah, mak kau bayar yuran mahal-mahal suruh belajar tapi kau pergi bercinta, kan dah bodoh!"

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now