Bab 55

12.4K 520 18
                                    

"Saya Dania, kakak tiri Aira

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Saya Dania, kakak tiri Aira. Maaf mengganggu, tapi boleh saya jumpa dengan Aira? Ada perkara penting yang ingin saya sampaikan." Ujar Dania dengan penuh sopan santun.

Tengku Azzam terdiam lama kerana terkejut dengan kedatangan gadis ini. Dia tak pernah berjumpa dengan keluarga Aira tapi lepas Aira menceritakan kebenaran 5 tahun lepas, dari situ dia dapat tahu yang Aira ada kakak tiri.

"Yang saya tahu menantu saya dah tak ada keluarga. Macam mana saya nak percaya kalau tiba-tiba ada perempuan yang datang mengaku sebagai adik beradik dia?" Tengku Azzam memeluk tubuh sambil mata memandang tajam Dania. Sengaja untuk menguji gadis ini.

Dengan keadaaan Aira sekarang, dia sangat berjaga-jaga kerana risau kalau ada yang nak mendekati menantunya itu dengan niat tak elok. Yang dia tahu, hanya Sarah saja sahabat Aira dan gadis itu juga sudah beberapa kali datang kerumahnya untuk melawat Aira.

Gulp. Dania telan liur sebelum bibirnya terukir senyuman kelat.

"Saya faham kalau Tengku tak percayakan saya. Tapi izinkan saya berjumpa dengan Aira, sebab saya yakin yang dia kenal saya." balas Dania dengan bersungguh-sungguh.

Akhirnya Tengku Azzam mengangguk sebagai tanda dia izinkan.

"Masuklah." ringkas arahannya.

Dania menghela nafas lega. Gerun juga dengan bapa mentua Aira ini, dia pun tak pasti apa yang dia buat ini betul ke tak. Tapi dia kenal Aira, dan Aira bukanlah seorang yang pendendam.

Masuk saja kedalam rumah, Dania terpaku apabila melihat ruang tamu yang mewah dan dua kali ganda lebih besar dari ruang tamu rumahnya.

Tengku Azzam meninggalkan dia di ruang tamu dan melangkah ke dapur untuk memanggil isterinya dan Aira.

"Siapa yang datang, abang?" soal Tengku Hanisah apabila nampak kelibat suaminya masuk dapur.

Tengku Azzam menoleh ke arah Aira yang duduk atas kerusi roda. "Ada orang datang nak jumpa Aira."

Aira kerut dahi. "Siapa papa?"

"Katanya kakak tiri Aira." jawab Tengku Azzam.

Aira terkedu. Sudah lama dia tak berjumpa dengan Makcik Leha dan Kak Dania. Kali terakhir berjumpa pun masa awal-awal kahwin dulu sebab dia dah Tengku Adriel nak melawat Mak Siti di rumah keluarganya.

"Jom lah jumpa dia. Tetamu datang kan, takkan kita nak biar dia sorang dekat ruang tamu." laju Tengku Hanisah mengeringkan tangannya. Dia juga sudah melupakan hal lalu, tak kisah la salah siapa yang penting anaknya sekarang dah bahagia dengan Aira.

Lagipun prinsip dia 'setiap tetamu yang datang bawa rezeki'. Tapi kali ini tak tahu lah bawa rezeki ke bawa bala.

Aira hanya mengangguk. Lantas Tengku Azzam menghampiri Aira lalu menolak kerusi roda Aira untuk ke ruang tamu.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now