Bab 13

15.3K 583 6
                                    

Telefon berbunyi menandakan panggilan masuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Telefon berbunyi menandakan panggilan masuk. Tengku Adriel yang baru saja selesai mandi mengerling sekilas skrin telefonnya, melihat nama pemanggil terus dia mengangkat panggilan tersebut. Kaki melangkah ke balkoni biliknya.

"Tengku, saya dah dapat details maklumat tentang Dato Imran dengan lengkap. Tengku nak saya emailkan ke email Tengku"?

"No need. Bawa semua maklumat tu ke markas, dalam setengah jam macam tu aku sampai." ujar Tengku Adriel datar sambil memeluk tubuh. Terasa dingin malam meresap ke kulitnya kerana Tengku Adriel hanya memakai tuala yang dililit di pinggangnya sahaja.

"Noted Tengku."

Selepas mematikan panggilan, dia menghantar pesanan ringkas kepada Raja Mikael dan Tengku Zafran.

-Malam ni jumpa tempat biasa-

Kaki melangkah masuk ke bilik wardrobenya. Tengku Adriel hanya mengenakan pakaian ringkas iaitu jeans hitam dan hoodie hitam disarung ke tubuh tegapya.

Sampai saja di garaj rumahnya, bibirnya tersenyum senget memandang Ducati hitam miliknya. 'it's been a long time tak ride'.

Dia menaiki superbikenya, kepala disarung helmet lalu menghidupkan enjin.

𐙚˙⋆.˚ ᡣ𐭩

30 minit kemudian, Tengku Adriel sampai ke perkarangan rumah banglo yang terletak jauh dari kediaman manusia. Rumah ini dibeli oleh Tengku Adriel dan dijadikan markas untuk Tengku Adriel dan kawan-kawannya berbincang jika ada hal penting berkaitan keselamatan dan ancaman dari musuh. 

Mereka juga mempunyai ramai anak buah dan bodyguard yang telah dilatih dari segi fizikal dan penggunaan senjata. Tujuan Tengku Adriel dan kawan-kawannya menubuhkan markas ini tahun lepas adalah untuk melindungi keluarga mereka memandangkan mereka sudah memasuki dunia business yang kadang ada musuh dalam selimut atau campur tangan musuh syarikat.

Raja Mikael dan Tengku Zafran yang mengawasi tempat ini, manakala Tengku Adriel dan Lucas hanya memantau dari jauh di New York.

Di perkarangan banglo, kelihatan BMW X Series milik Tengku Zafran dan Yamaha YZF-R15 milik Raja Mikael. Tanpa membuang masa, Tengku Adriel melangkah ke pintu rumah itu. Nampak saja kelibatnya, dua pengawal yang berjaga di pintu lantas menunduk sedikit sebagai tanda hormat. Tengku Adriel hanya mengangguk sekilas dengan riak wajah yang beku.

"What's up bro!" ujar Tengku Aidil Zafran sebaik saja nampak kelibat rakannya itu. Sejak Tengku Adriel pulang ke Malaysia 2 minggu lepas, dia belum berkesempatan berjumpa dengan sahabatnya ini.

"I'm good" balas Tengku Adriel ringkas.

"So, ada hal apa kau panggil kitorang ke markas. Kau bukan tengah busy dengan hal syarikat ke Riel?" soal Raja Mikael sambil memandang ke arah Tengku Adriel.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now