Bab 30

20.6K 620 12
                                    

Keesokannya, Aira bangun solat subuh seperti biasa namun dia tertidur semula lepas subuh kerana badannya terasa lemau

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Keesokannya, Aira bangun solat subuh seperti biasa namun dia tertidur semula lepas subuh kerana badannya terasa lemau.

Aira tersedar apabila tidurnya serasa lama. Jam didinding dikerling dan matanya terbuntang melihat angka jam 9.30 pagi. Dia dah lewat!

Baru hendak bangun dari katil, ada satu tangan yang menahan badannya.

"Where are you going, sayang?" Tanya Tengku Adriel yang juga baru tersedar disebabkan ada pergerakan kecil disebelahnya.

Aira memandang pelik suaminya yang masih memejam mata. "Pergi kerjalah. Abang tak kerja ke harini?" soal Aira namun tiba tiba dia terasa perit di tekaknya.

Mata Tengku Adriel terbuka luas sebaik mendengar jawapan isterinya. Tangan isterinya ditarik berbaring disebelahnya semula.

"Abang! Terkejut Aira." dah kenapa suaminya ni. Dah malas nak kerja tu malas seorang dah la. Tak payah nak ajak dia sekali!

Tidak menghiraukan jeritan Aira, tapak tangan Tengku Adriel menekap di dahi dah leher Aira. Manakala Aira pula terpinga-pinga.

"Sayang demam ni. Badan sayang panas lagi ni."

"Huh?" Patutlah dia rasa tak sedap badan dari lepas subuh tadi. Ingatkan lepas mandi okay la tu.

"Abang tak pergi kerja hari ni?"

"Tak. Abang off day nak jaga sayang. Sayang isteri abang dan abang pun tak nak la susahkan mama. Rest more, princess." Aira terkebil-kebil memandang Tengku Adriel yang menepuk perlahan sisi pinggannya.

Tengku Adriel yang menyedari dirinya diperhatikan lantas membuka mata sehingga pandangannya bertaut dengan mata cantik Aira.

"Sayang lapar ke?"

Aira menggeleng perlahan namun tiba-tiba..

KRIUKK..

Tengku Adriel tersenyum melihat Aira yang memejam matanya dan bibir bawah digigit. Dah lapar tapi tak nak mengaku!

"B-bukan Aira la abang..." kata Aira perlahan. Eyy malunya! Masa ini la perut nak bunyi pun haihh.

"Hm? Kalau bukan Aira, perut siapa pula yang bunyi? Mungkin jiran sebelah agaknya." soal Tengku Adriel dengan senyuman nakal. Sengaja ingin mengusik isterinya yang sudah kemerahan wajahnya.

"M-mana la Aira tahu" Aira melarikan pandangannya ke arah lain.

"Oh.. betul la perut abang yang bunyi sebab abang lapar la sayang. Abang turun bawah makan kejap ya. Sayang tak lapar lagi kan? So, sayang duduk baik-baik tau." kata Tengku Adriel serentak dia bangun dari katil. Dahi Aira dicium sekilas sebelum kaki melangkah keluar dari bilik.

Manakala Aira pula terpinga-pinga. Tapi.. perut dia yang lapar. Semalam dia makan sikit saja sebab tak ada selera. Aira memuncung mulutnya, sampai hati Tengku Adriel tak ajak dia makan sekali. Aira nak merajuk!

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن