Bab 23

18.3K 662 2
                                    

Tengku Hanisah sedang ralit menanam bunga di halaman rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Hanisah sedang ralit menanam bunga di halaman rumah. Dia sangat sukakan bunga, disebabkan itu Tengku Azzam mengupah designer untuk buat satu laman bunga di kawasan lapang rumahnya itu. Apa sahaja untuk isteri kesayangannya itu. Tiba-tiba Tengku Hanisah mendengar namanya dipanggil.

"Puan Tengku, tadi ada orang bagi ni dekat Pak Mat. Katanya untuk Puan Tengku. Pak Mat tanya dari siapa tapi dia terus pergi macam tu saja." ujar Pak Mat sambil tangan menghulurkan satu dokumen.

Tengku Hanisah mengambil dokumen itu. Dibeleknya depan dan belakang, tapi tak ada nama dan alamat yang tertera. Dia pula rasa tak sedap hati.

"Yelah. Terima kasih ya Pak Mat."

"Sama-sama puan."

Tengku Hanisah terus masuk ke rumah. Dia duduk di sofa ruang tamu. Curiousity kill the cat. Tanpa membuang masa, dia terus membuka dokumen itu. Terbuntang matanya apabila membaca surat yang ditulis oleh seseorang itu. Tangan pula terketar-ketar mengambil beberapa keping gambar Adriel dan Aira yang nampak mesra.

Tak mungkin. Kejadian 5 tahun lepas terimbas semula dikotak fikirannya. Tak mungkin menantunya itu...

PANG!!

Buat pertama kalinya penampar sulung Tengku Azzam hinggap dipipi anaknya itu. Selama ini ditatang Tengku Adriel dengan kasih sayang, ilmu agama yang cukup. Tapi tergamak si anak menconteng arang dimukanya.

Tengku Hanisah yang terkejut terus meluru ke arah Tengku Adriel saat melihat anak kesayangannya ditampar. "Abang! Apa abang buat ni?"

"Awak bela sangat anak awak ini, sampai dia berani rosakkan anak orang! Allah, apa lagi yang tak cukup Riel? Papa hantar Riel ke kolej untuk belajar bukan malukan kami." Tengku Azzam meraup mukanya, kesal dengan sikap anaknya itu.

"Riel, pandang mama sayang. Betul ke apa yang papa cakap tu? Just tell us the truth. Mama sentiasa percayakan anak mama." Tengku Hanisah memandang sayu pipi anaknya yang sudah merah berbekas tamparan si bapa.

Sepanjang dia hidup, sikit pun tak pernah menjentik inikan lagi memukul anaknya kerana dari kecil Tengku Adriel seorang anak yang baik dan sentiasa mendengar kata.

"Mama... Riel tak buat macam tu. Riel masih tahu hukum agama." Air mata Tengku Adriel laju mengalir dipipinya. Sekuat mana pun dia cuba bertahan, dirinya pasti akan kalah dengan air mata syurganya itu. Melihat Tengku Hanisah yang menangis sayu, hatinya dicengkam rasa sebak. Terasa dia gagal sebagai seorang anak. Gagal menjaga perasaan orang tuanya.

"Siapa perempuan tu?" Mata Tengku Azzam mencerlung tajam ke arah anaknya. Gerun!

Tengku Adriel menelan air liur yang terasa kesat di kerongkong. Mulutnya seperti digam. Tak mungkin dia mahu libatkan Aira walaupun dah terang- terang Aira yang menuduh Tengku Adriel memperkosa dirinya.

"Don't make me repeat my question, Tengku Adriel Iskandar!" kata Tengku Azzam dengan suara kerasnya apabila melihat si anak hanya berdiam diri. Merah padam mukanya dek kerana marahkan Tengku Adriel.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now