Bab 4

17.2K 628 7
                                    

Selepas 3 bulan

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

Selepas 3 bulan...

Fuhh, Aira melepaskan keluhan lega sebaik saja projek Resort D Luviana tamat dan berjalan dengan lancar. Selama 3 bulan dia bertungkus lumus dalam menjayakan projek tersebut, all of her effort was paid off.

Semua staff yang berada dalam bilik meeting turut menghembuskan nafas lega sebaik saja Encik Kamal iaitu pengurus besar Hotel memberitahu Resort bakal beroperasi tidak lama lagi.

"Attention everyone, I also have good news for all of you." Ujar Encik Kamal. Semua staff memandang ketua mereka dengan perasan tidak sabar untuk tahu berita gembira tersebut.

Encik Kamal menarik nafas dalam sebelum memulakan bicara.

"Last month, team kita ada submit proposal dengan syarikat The Legacy Group. Awak semua tahu kan The Legacy Group merupakan syarikat terbaik nombor 1 di negara kita and guess what, semalam PA kepada Tengku Azzam Iskandar iaitu pemilik The Legacy call saya dan inform yang proposal kita sedang direview oleh Tengku sendiri." ujar Encik Kamal dengan wajah yang ceria ketika berkongsi berita dengan teamnya.

Jeda. Semua terkedu sehingga tiada langsung yang mengeluarkan kata-kata.

Speechless!

Semua orang tahu The Legacy memegang carta No 1 dalam industri di Malaysia. Banyak syarikat kecil cuba menghantar proposal untuk bekerjsama dengan syarikat tersebut. Disebabkan permintaan yang banyak, The Legacy terpaksa limitkan penapisan kepada syarikat-syarikat tersebut.

Dan sekarang, Hotel D Luviana antara syarikat yang terpilih. Jika nasib mereka baik dan proposal tersebut memuaskan Tengku Azzam, secara tidak langsung syarikat mereka akan bekerjasama dengan The Legacy.

"Wahhh... kalau proposal kita diterima, makan besar la kita ya." ujar Encik Syafiq yang merupakan ketua bahagian pemasaran.

Aira pula hanya tersenyum kelat. Baru saja selesai satu projek, lahhh dapat pula tender baru. Hm punah harapannya nak berehat sambil menonton drama korea.

Byebye Lee Jong Suk ku...

Byebye Lee Jong Suk ku

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.
ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Место, где живут истории. Откройте их для себя