BAB 1🍾

16K 525 43
                                    



APRON diambil lalu dipakaikan ke tubuh sasanya. Mask penutup mulut dipakai ke wajah kacaknya. Mata pula hanya fokus pada mesin espresso serta cawan demitosse dan cawan kopi yang terletak elok diatas meja.

Tak diendah para pelanggan yang berpusu-pusu datang ke kafenya waktu ini. Kebiasaannya kafenya akan dipenuhi orang waktu makan tengahari, waktu petang dan waktu malam.

Ramai pelanggan yang akan datang ke sini untuk memesan pelbagai makanan yang telah disenaraikan oleh pemilik kafe tersebut.

Contohnya di pagi hari mereka akan menyediakan makanan ringan seperti roti bakar, croissant, croffle dan lain-lain lagi.

Waktu tengahari, petang dan malam pula mereka akan menyediakan makanan yang mengenyangkan seperti spaghetti, chicken chop, mushroom soup, dan lain-lain lagi.

Telinga Riaz menangkap suara-suara para pelanggan yang sedang berbual serta bergelak ketawa di hadapannya namun fokusnya hanya pada bahan bancuhannya sahaja.

Pekerjanya sudah mengambil bahagian dalam mengambil pesanan serta menghantar pesanan pada setiap pelanggan yang datang.

Riaz hanya mengambil tiga orang sahaja bekerja disini iaitu Aireen, Hanis dan Faris. Fara? Sudah lama dia berhenti bekerja kerana dia fokus pada keluarga kecilnya sahaja.

Lagi pula suaminya yang mengarah dia untuk berehat dirumah sahaja. Kasihan juga wanita itu sering bekerja keras dari dulu sehingga sekarang.

Taufiq mampu memberikan kemewahan pada Fara. Jadi Fara hanya akur dengan arahan Taufiq walaupun mereka pernah bermasam muka kerana hal ini.

Riaz merenggangkan otot badannya sebentar sebelum dia memulakan sesi bancuhannya. Dia memerlukan fokus yang terperinci untuk melakukan sesuatu perkara agar dia tidak tersilap dalam kerjanya.

Dia utamakan kesempurnaan dalam bancuhan. Dia tidak mahu ada desas-desus mengatakan bahawa dia melakukan kerja acuh tidak acuh.

Riaz merupakan pemilik kafe serta barista kafe itu. Sudah semestinyalah dia akan menjaga nama baiknya sebaik mungkin kerana tidak mahu perniagaannya merosot hanya kerana kesilapan kecilnya.

Maklumlah, sekarang dunia viral. Tak kena sikit, terus viralkan. Padahal boleh sahaja menegur secara bertentang mata..

Riaz menjeling dengan ekor matanya tatkala ada sekumpulan gadis yang sedang merenungnya dengan tawa gediknya. Boleh dikatakan pelanggan yang datang ke kafenya kebanyakan dari golongan perempuan kerana Riaz mempunyai paras rupa yang kacak serta badan yang tegap.

Walaupun Riaz sentiasa memakai mask sewaktu dia melakukan kerjanya, namun panahan mata kokonya mampu membuatkan para gadis tergugat dengannya.

Kebiasaannya Riaz tidak menunjukkan wajah di hadapan pelanggannya. Dia hanya menanggalkan mask itu sewaktu di dapur sahaja. Apabila dia berada di kaunter, dia akan kekal memakai mask.

Bukan malu, cuma dia taknak terlalu menonjol. Risau ada gadis yang histeria pula melihat wajah kacaknya itu..

Riaz memasukkan air ke dalam dandang mesin espereso lalu dimasukkan 2 sudu besar serbuk kopi ke dalam portafilter.

Sekarang dia sedang membancuh air cappuccino yang diminta oleh salah seorang pelanggannya.

Riaz mengecilkan mata memerhati serbuk kopi tersebut. Dimampatkan serbuk kopi dengan pemampat. Dilakukan sebanyak 2 hingga 3 kali bagi memastikan serbuk kopi tersebut dimampat dengan sempurna.

Riaz melakukan ia dengan cermat sehingga penghabisan. Dia menghiasi espereso dengan susu berbuih sejurus selepas berbuih. Seusai dia menyelesaikan tugasnya, dia terus meletakkan secawan kopi itu ke atas meja lalu ditekan loceng agar pekerjanya mengambil bahagian menghantar pesanan.

Faris mengambil dulang air itu lalu dia melangkah ke arah satu meja yang diduduki oleh seorang gadis yang memakai kaca mata hitam itu.

"Cappuccino cik." Ujar Faris lalu diletakkan air itu ke atas meja. "Excuse me, boleh tak you suruh dia hantarkan untuk i?" Tanya gadis itu seraya jari telunjuk menunding ke arah Riaz yang sedang membancuh minuman lain.

Berkerut dahi Faris. Dia terus berpaling ke arah Riaz. "Ohh.. dia barista cik. Tugas dia bancuh air, yang hantar pesanan ni saya.."

Gadis itu memutarkan biji matanya. Diturunkan kaca mata hitamnya. Ditilik lelaki berbadan kurus itu sambil mengunyah gula-gula getah.

"Tapi kalau customer meminta permintaan, dia harus tunaikan, kan? So, suruh dia hantarkan pesanan ni."

Faris menggaru telinganya. Terkesima juga dia melihat mata berwarna koko gadis ini. Dah macam.. mata Riaz.. adik Riaz ke?

Amboi. Mata sama terus cop adik. Kenapa tak tanya golongan darah terus..

"Err..." Faris masih berfikir sama ada dia ingin bertanya hal ini pada Riaz atau tidak kerana Riaz memang agak serius ketika melakukan kerjanya. Mahu dia jerkah aku nanti, macam mana?

Riaz tu baik sahaja. Boss yang memahami. Tapi sewaktu dia bekerja, dia memang agak tegas dan akan memarahi sesiapa yang melakukan kesalahan.

Dia.. inginkan kesempurnaan.

"Sekejap cik. Saya tanya dia." Ujar Faris tatkala melihat cerlungan gadis itu. Dia bingkas mengangkat semula dulang tadi lalu dia melangkah ke arah Riaz.

Riaz menjeling Faris dengan hujung mata. Tangan masih membancuh air kopi yang dipesan pelanggan tadi.

"Kenapa Faris? Aku silap buat pesanan ke?" Tanya Riaz pada Faris namun mata fokus dengan bancuhannya.

"Tak, boss.. cuma.. cik tu nak boss yang hantarkan pesanan pada dia.." berkerut dahi Riaz.

"Asal? Apa beza aku hantar dengan kau hantar?" Tanya Riaz mendatar. Faris meneguk liur mendengar itu.

Riaz berhenti dari membancuh. Dia mencerlung Faris. "Kau cabul dia ke?" Marahnya dengan tegas. Beria Faris menggeleng.

"Ehh mana ada boss.. tak ada kerja saya nak cabul orang depan awam ni.. kalau saya nak, saya buat diam-diam boss.." seloroh Faris dengan sengihan.

Riaz menggeleng. "Aku tak ada masa nak hantar. Kau pergi hantar sekarang sebelum air tu sejuk. Nanti sejuk jadi tak sedap."

Faris mengangguk. Akur sahaja. Dah kalau Riaz menggunakan intonasi mendatar tu, Faris faham-faham sahajalah bahawa Riaz sedang serius ketika ini.

"Baik.." Faris mengangkat semula dulang lalu dia melangkah menghampiri gadis berbaju merah tadi.

"Cik.. boss saya sibuk. Dia tak boleh hantar." Berkerut dahi gadis itu. Dia mendengus kasar. Diambil begnya lalu dia berdiri dari duduknya.

"Tak boleh harap!" Marah gadis itu lalu dia melanggar bahu Faris sebelum dia melangkah ke kaunter. Atau secara spesifiknya, ke arah Riaz.

Tercengang Faris mendengar itu. Terkedip-kedip matanya apabila dimarahi pelanggan tanpa sebab.

Gadis itu mengetuk meja dengan kuku panjangnya. Riaz mengerutkan dahi tatkala bauan minyak wangi perempuan semerbak menusuk ke dalam rongga hidungnya.

"Excuse me?" Tegur suara lembut itu pada Riaz. Dan dan je suara berubah lembut. Tadi bukan main memetir pada Faris.

Riaz memejam mata kejap. "Ya cik? Ada apa-apa masalah ke?" Tanya Riaz pada gadis itu namun mata fokus pada kerjanya.

Gadis itu berdehem. Rambut diselitkan ke belakang telinga sambil merenung jejaka kacak di hadapannya. Walaupun tidak nampak muka, namun kening, rambut serta mata Riaz telah memancarkan bahawa lelaki itu sangat kacak dari segi raut wajah.

"Are you barista here? And.. owner cafe?" Riaz berdecit perlahan. Dia tidak suka melayan perkara begini.

"Yes." Jawabnya malas-malas.

Gadis itu senyum lebar. Tangan kanan dihulurkan pada Riaz. Riaz menjeling tangan putih yang berada di depan matanya.

"My name is Elvira Dania.. you can call me Elvira.."

TBC🤍
Dah jumpa dah aunty Evening☀️ uncle Riaz.

VOTE AND COMMENT❤️

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now