BAB 49🍾

5K 449 49
                                    



BERKERUT dahi Aireen yang sedang mengelap meja makan tatkala rakan sekerjanya memasuki kafe dengan dahi berpeluh.

"Kau kenapa ni Hanis? Baru lepas rentas desa?" Pertanyaan Aireen menggamit Riaz dan Faris menoleh ke arahnya.

Hanis meneguk liur kejap lalu paksa senyum. Digeleng kepalanya. "Tak.. tak ada lah.. aku.. aku penat berlari tadi."

Ucapnya sebelum dia tergesa-gesa melangkah masuk ke dapur. Berkerut dahi Aireen.

"Dia kan pandu kereta? Asal nak berlari pula?" Bisiknya sendirian.

Riaz kembali melakukan kerjanya. Sesekali dia dia mengeluh perlahan. Aireen yang perasan akan itu terus melangkah mendekati kawannya itu.

"Kenapa dengan kau ni, Riaz? Dari tadi lagi aku tengok macam risaukan sesuatu." Riaz mengangkat kepala memandang Aireen. Tak semena keluhan dilepaskan.

"Esok birthday Elvira.." Aireen mengerdip mata lambat. Dia mengangguk. "Okey.. lepas tu apa masalahnya? Sambut je la.."

Riaz mengeluh. "Masalahnya sekarang, aku tak pandai buat surprise.. aku tak reti la benda macam ni.. aku yakin mesti Elvira suka kejutan.. tapi aku tak reti nak buat."

Aireen terkekeh ketawa mendengar itu. "Lah.. pasal tu je? Kalut la kau ni.. bawa la dia ke restoran mewah.. ataupun, kau bawa dia pergi makan di depan pantai sana.. upah orang sediakan meja romantik.. aku yakin Elvira suka perkara macam tu."

Riaz mengeluh. "Aku risau dia tak suka dengan kejutan aku.. aku taknak dia kecewa." Aireen senyum lalu menggeleng.

"Jangan fikir macam tu. Aku ni perempuan tau? Aku yakin sangat Elvira suka kejutan kau.. sedangkan aku pun suka, apatah lagi Elvira? Kan?"

Riaz mengangguk perlahan. "Aku cuba.. tapi aku masih teragak-agak.." Aireen tergelak lalu menggeleng.

"Hadiah dia? Kau dah beli?" Riaz menggeleng. "Belum." Aireen menjulingkan mata.

"Beli la sekarang.. buat persiapan.. untuk tempah tempat romantis sepatutnya kau tempah lebih awal dari tarikh nak sambut tu.."

Riaz menggigit bibir kejap. "Okey.. aku pergi sekarang la." Aireen mengangguk. Diperhatikan sahaja Riaz yang sedang mengemas.

"By the way, dari mana kau tahu esok birthday Elvira? Sebab tak silap aku Elvira tak pernah update gambar dia meraikan hari jadinya di instagram."

Riaz mengerdip mata lambat. Benar, Elvira tidak pernah memuat naik gambarnya menyambut hari jadi. Dia pun tidak faham mengapa itu terjadi. Padahal influencer seperti Elvira kebiasaannya akan teruja menyambut hari lahir dan berkongsi gambar dengan peminat.

"Aku ada search dekat google tentang tarikh lahir dia." Aireen mengangguk faham. Sweet juga Riaz ni. Dalam diam, mengambil tahu hal isteri..

"Faris, teman aku shopping jap."

Terjungkit kening Faris. "Shopping? Shopping apa?"

"Kemeja dan seluar slack." Ucap Riaz sebelum dia keluar dari dapurnya. Berkerut dahi Aireen. "Kemeja? Seluar slack? Nak beri hadiah macam tu ke dekat Elvira?" Bisiknya sendirian.

Faris mengerdip mata kejap sebelum dia mengikuti langkah Riaz. "Tunggu boss!"

Aireen memuncung lalu menjungkit bahu. Dia menyidai kain lap meja di tempat sidaian sebelum kaki melangkah ke dapur.

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now