BAB 50🍾

5.3K 408 6
                                    



ELVIRA memasuki rumahnya setelah pulang dari tempat kerjanya. Diregangkan sedikit lehernya sebelum dia menutup kembali pintu rumah. Kaki mengorak langkah mendekati sofa lalu diletak beg serta coat ke sofa.

"Dah balik?" Elvira menoleh ke arah suara itu. Tersenyum dia melihat suaminya yang sedang melangkah mendekatinya.

"Bae! Awal balik?!" Jerit Elvira lalu dia melompat kecil didalam pelukan Riaz. Riaz tergelak lalu memeluk erat tubuh isterinya. Dicium lama leher isterinya dengan mata terpejam.

Elvira senyum lalu melonggarkan pelukan mereka berdua. Dia memandang suaminya dengan kepala senget.

Riaz senyum lalu dicium lama bibir isterinya. Terpejam mata Elvira seketika.

"Thank you so much for everything sayang.." bisik Riaz selepas melepaskan ciuman. Berkerut dahi Elvira. "Hm? Terima kasih untuk apa?"

Riaz senyum lalu dicium bertalu-talu wajah sang isteri. Mengekek Elvira ketawa tatkala kumis Riaz menyentuh wajahnya.

"Bae.. stopp.. i busuk la baru balik kerja ni.."

Riaz senyum. "Tetap wangi di hidung aku." Gumamnya perlahan sebelum dia kembali mencium seluruh wajah Elvira. Elvira senyum sahaja. Tangan kekal meramas rambut sang suami.

Riaz melepaskan ciuman lalu menggeselkan hidung mereka berdua. Dilekapkan dahinya ke dahi Elvira sebelum dicelik mata merenung mata Elvira.

Elvira senyum dihadapan Riaz. "Why? Kenapa bae tengok i macam tu?"

Riaz senyum tipis. "Terima kasih kerana pujuk papa untuk berhenti merokok." Terbeliak mata Elvira. "You knew?"

Riaz gelak. "Mestilah.. apa guna aku upah bodyguard jika aku tak gunakan mereka sebaiknya?" Riaz menjungkit kening ke arah Elvira. Elvira mengecilkan mata.

"You suruh bodyguard rakam percakapan i ke apa, ni?" Riaz senyum lalu mengangguk. "Yes i am." Elvira tergelak lalu menggeleng.

"I cuma pujuk je bae.. tapi i tak yakin papa ikut atau tak.. you jangan letak harapan sangat.."

Riaz senyum. "Tapi papa termakan dengan pujukan kau.. bibik call aku. Dan kau nak tahu apa yang dia beritahu aku?"

Terjungkit kening Elvira. "What?" Riaz mengusap pipi isterinya. "Dia beritahu aku, papa suruh dia buang semua rokok yang ada di rumah tanpa meninggalkan sisa. Awalnya bibik terkejut juga, tapi bila dia tanya sekali lagi, papa kata dia nak amalkan gaya hidup sihat. Dan yang paling terkejut, papa suruh dia bancuh teh herba ginseng.. itu kau yang bagi kan?"

Terbeliak mata Elvira mendengar itu. Dia menekup mulut tidak percaya. "Really? Papa do that?" Riaz mengangguk. Elvira tidak boleh menahan senyuman bahagianya.

"I yang bagi dia herba tu.. tak sangka papa terus minum selepas bertemu i.. oh my god.. i terkejut gila.. jadi papa buang semua rokok dia?"

"Ya sayang.. itu yang bibik kata. Dan bibik nampak usaha papa untuk berubah ke arah kebaikan."

Elvira senyum bahagia mendengar itu. "Alhamdulillah.." ucapnya sebelum dia memeluk erat tubuh suaminya. Riaz senyum. Dicium lama kepala sang isteri.

"Thank you sayang.. kau memang pandai memujuk.. aku dah lama pujuk papa tapi langsung tak jalan.. tapi selepas je menantu dia pujuk, dia terus ikut permintaan menantu dia.. terima kasih tolong papa aku."

Elvira senyum. Digoyangkan tubuh mereka berdua. "I cuma usaha je bae.. i tak mengharapkan sangat sebab i kenal orang seperti papa.. bila dah ketagih akan sesuatu, pasti susah untuk berubah.. sebab i pun sama.. ketagih kafein sehingga langsung tak boleh berenggang dengan cappuccino.."

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now