BAB 12🍾

4.5K 410 82
                                    




ELVIRA menghulurkan telefonnya kepada Riaz. Terjungkit kening Riaz. Elvira senyum. "Put your number phone in my contact.. senang i nak berbual dengan you.."

Riaz mengerdip mata lambat. "Nombor telefon aku privacy aku. Aku takkan berikan nombor telefon aku pada sesiapa yang tak penting bagi aku." Elvira mencebik. "I ni tak penting ke bagi you?"

Riaz menggaru kening. Aihh. Nak kata tak penting, tapi bila Elvira tiada depan mata, dia pula yang gelabah. Maknanya.. Elvira ni penting ke baginya?

Elvira masih menanti Riaz mengambil telefonnya. Dia masih merenung mata koko milik Riaz. Nak tenung wajah, Riaz selalu memakai mask. Hmmm.

"Nah, it's okay. I tak paksa. Kalau you taknak beri, alamatnya susah la i nak tanya pada you tentang bancuhan cappuccino i. I ingat nak buat di rumah waktu cuti tapi nevermind.." baru sahaja Elvira ingin memasukkan telefon ke dalam beg, namun Riaz menghalang.

"Bagi aku.. aku masukkan nombor aku." Elvira senyum. Diberikan telefon kepada Riaz. Riaz mengambil telefon itu lalu ditaip nombornya dan di save didalam telefon Elvira. Kemudian dia menelefon nombor itu.

Tak aci la Elvira je yang ada nombor dia kan? Dia pun nak save juga nombor Elvira. Heheheh dasar Riaz gedik..

"Done.. tapi jangan kacau aku waktu siang. Aku tak on telefon waktu bekerja.." Elvira mengangguk. Diambil telefon dari tangan Riaz. "Tapi kalau ada emergency, i boleh je kan call you?"

Berkerut dahi Riaz. Emergency? Apakah..

Namun Riaz tetap juga mengangguk. "Sure you can.." Elvira senyum lebar mendengar itu. Disimpan telefon ke dalam beg lalu dia menyisir rambutnya.

"By the way, thank you for teaching me how to make cappuccino.. walaupun i dah pandai buat, i tetap juga akan cari you sebab i dah jatuh cinta dengan you."

Berkerut dahi Riaz. "Huh?" Elvira tergelak. Jari diletak di bibir. "Ooopss.. sorry, i mean, i jatuh cinta dengan air tangan you.." Riaz mengangguk. Namun dia tidak dapat menyembunyikan senyumannya mendengar itu.

Berdebar juga hati ni apabila Elvira meluah rasa seperti itu tadi.

Elvira menghela nafas perlahan lalu melangkah menghampiri Riaz. Didongak kepala merenung mata Riaz. Riaz pula membalas renungan redup Elvira.

"But Riaz.. tentang i jatuh cinta pada you tu, i.. tak tipu. I betul-betul dah tersuka pada diri you.." bisik Elvira dengan senyuman menggoda. Riaz meneguk liur mendengar itu. Naik turun halkumnya ketika ini apatah lagi wajahnya dan wajah Elvira amat rapat.

Fuhh.. bukan calang-calang Elvira ni.. berani sungguh meluah cinta pada Riaz. Belum pernah lagi Riaz bertemu perempuan yang berani seperti ini.

"Mengarut kau ni.. kau baru je kenal aku beberapa hari lepas. Takkan dah jatuh cinta pada aku sedangkan kau tak kenal aku?"

Elvira senyum. "Well, orang kata untuk mencintai seseorang, hanya memakan masa satu saat sahaja.. memang la i baru je kenal you, tapi tak salahkan kalau i nak rapat dengan you? I mean, i nak kita berdua jadi teman, tapi mesra.."

Riaz menggeleng. "Kau dan aku tak serasi. Kau sukakan keramaian, famous dan hidup bebas. Tapi aku tak. Aku introvert.. aku suka suasana yang sunyi sepi.. lagi pula cara hidup kita lain. Kau kaya, sedangkan aku? Hanya lah orang biasa yang tak sempurna.."

Elvira mengangguk dengan senyuman tipis. "But we can try, right? Kalau you tak suka cara hidup i, i akan ubah demi you."

"No, jangan ubah diri untuk memuaskan hati orang lain. Aku nak kau jadi diri kau. Jangan sesekali ubah demi orang lain.. jadilah diri sendiri."

Elvira senyum lebar mendengar apa yang dituturkn Riaz ketika ini.

"Okay then... you nak cuba tak jatuh cinta dengan i?"

Riaz mengemam bibir kejap. Dia berdehem lalu menggaru telinganya. "Nanti aku beritahu balik. Sekarang kau balik la dulu. Kesian kau penat bancuh air tadi."

Elvira mengangguk. "Okay.. bye Riaz. See you tomorrow.. " Elvira mengenyit mata pada Riaz sebelum dia mengorak langkah keluar dari kafe Riaz. Riaz menarik nafas dan hembus perlahan. Diurut dadanya yang berdebar kencang ketika ini.

Elvira membuka suis keretanya. Dia menoleh ke kirinya. Terjungkit keningnya melihat ada Hanis di situ.

"Jarakkan diri awak dari boss saya." arah Hanis mendatar. Elvira menjungkit kening.

"Who are you? You mak dia ke? You kekasih dia ke? Or.. you wife dia?" tanya Elvira sinis. Hanis mengetap bibir mendengar itu. Dia menghampiri Elvira lalu berpeluk tubuh.

"Saya pekerja dia. Dan saya taknak boss saya terpalit dalam isu tak senonoh dalam isu cik kelak."

Elvira tergelak. "See? You bukan sesiapa bagi dia. You hanya pekerja, so be matured and profesional in your work. Selagi Riaz belum berkahwin dengan orang lain, selagi itu lah i ada chance untuk mengambil hati dia."

Hanis mencerlung Elvira yang sedang berpeluk tubuh dihadapannya. Elvira melayangkan flying kiss pada Hanis.

"Got to go, pretty. Buat kerja rajin-rajin. Jangan sampai baju bau kopi pula nanti seperti tiga hari lepas." ucap Elvira sinis sebelum dia memasuki kereta mewahnya. Hanis mendengus lalu meraup kasar wajahnya ke belakang.

Dia masih tidak puas hati dengan sikap Elvira. Baginya Elvira pencabar baru untuk dia mengambil hati Riaz.

"Aku yang jumpa dia dulu.. aku takkan beri Riaz pada kau.." gumam Hanis dengan mata penuh dendam.

Riaz yang memerhati Hanis dan Elvira dari dalam kafe hanya mengeluh. Sengaja dia perhatikan mereka berdua kerana dia risau jika peperangan antara dua gadis itu tercetus lagi seperti sebelum ini.

"Apa yang aku perlu buat pada kau Elvira.. kau buat jantung aku hampir luruh dengan kata-kata serta pandangan menggoda kau pada aku.." gumam Riaz dengan helaan nafas berat.

Susah! Mahunya Riaz masuk hospital kerana godaan Elvira. Elvira ni bagus. Walaupun dia gedik dan seksi, namun dia langsung tidak menyentuh Riaz sesuka hati.

Mungkin kerana dia yakin Riaz tidak suka disentuh sembarangan kerana Riaz beku dan dingin orangnya. Kerana itulah dia berhati-hati agar tidak dijerkah Riaz.

Cukuplah sekali kena jerkah. Dah taubat dah..

TBC🤍
Riaz lek je. Hanis yang gelabah biawak.

VOTE AND COMMENT❤️

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now