BAB 59🍾

6.5K 438 13
                                    



MATA melilau mencari seseorang yang dia rindui. Sudah hampir 10 minit tidak bertemu, dan sekarang bibirnya menguntum senyuman melihat orang yang dia cari berada dihadapannya.

Riaz mendekati Elvira yang sedang mencuci pinggan di rumah Dato Ghaffar iaitu atok kepada Taufiq. Taufiq memang menetap disini sepanjang Fara berpantang kerana disini ramai orang yang menjaga Fara termasuk ibu serta ibu saudara Fara.

"Sayang.." panggil Riaz seraya memeluk badan Elvira dari belakang. Terhinjut bahu Elvira. Kepala ditoleh ke belakang melihat gerangan manakah yang memeluknya dengan tiba-tiba.

Elvira senyum pada suaminya. "Bae.."

"Hmm kenapa cuci pinggan ni? Kan aku dah cakap, ada bibik rumah ni.." Elvira senyum. Dia kembali memandang ke hadapan. Sesekali dia menunduk memandang tangan kekar yang melilit tubuhnya.

Tidak pernah lagi Riaz berkelakuan begini. Dah kenapa tiba-tiba romantis di dapur ni?

"Tak apa.. sikit je ni. Tak elok la kalau i tinggalkan bekas i macam tu je.. orang kata lepas makan pandai-pandai la basuh.." Riaz senyum lalu mengangguk. Dia berdehem kejap sebelum dagu dilabuhkan ke bahu isterinya. Pelukan makin dieratkan sehingga Elvira dapat merasai lekuk tubuh suaminya.

"Kau.. suka lelaki romantik ke?" Bisik Riaz di ceruk leher Elvira. Sesekali dia mencium lembut leher putih isterinya. Elvira menggigit bibir bawah.

"Ermm semua perempuan suka lelaki romantik.. why?" Tanya Elvira seraya menjentak tangan menghilangkan sisa air di tangan sebelum dia mengusap tangan Riaz yang bertapak di perutnya.

Riaz senyum. "Kau suka lelaki romantik seperti Fahrin? Yang mencium isteri dia setiap masa.. yang mengungkapkan kata cinta setiap masa.. kau suka lelaki seperti tu ke?"

Elvira senyum. Faham la dia bahawa Riaz tergugat dengan kelakukan Fahrin terhadap Aireen tadi.

Elvira memusingkan tubuhnya menghadap Riaz lalu mengalungkan tangan ke leher Riaz. Riaz merenung isterinya dengan riak serius.

Elvira berdehem. "I.. tak kisah pasal tu. I tahu you tak pandai bercakap romantik dengan i.. i tahu you agak kekok dalam hal tu, but it's okay.. you pun dah cukup romantis bagi i.. cara you jaga i.. cara you pujuk i.. cara you ungkap kasih sayang you pada i.. dah cukup romantik bagi i.." bisik Elvira dengan senyuman.

Riaz senyum. Tangan naik mengusap pipi lembut Elvira. "Betul? Kalau kau nak aku ubah diri aku, aku sanggup demi kau.."

Elvira mengerutkan hidungnya lalu menggeleng. "No no no.. jangan.. i taknak. I still nak suami i macam ni. I taknak you ubah diri you. I sayang dan cintakan you seadanya. Dan bagi i, you dah cukup romantis untuk i.. tak perlu ubah diri seperti orang lain. I suka sikap you yang sekarang. Alright, bae?"

Elvira meramas lembut rambut Riaz. Riaz tergelak lalu mengangguk. "Okey.. aku takkan ubah diri aku. Dah kalau kau kata kau suka aku yang ini, apa boleh buat? Aku dah memang menarik di mata kau dari awal kan?"

Seloroh Riaz lalu dicuit hidung Elvira. Menyeringai kejap Elvira. "Ishh.. perasan.." Riaz tergelak melihat Elvira menjeling manja padanya.

Riaz menjilat bibirnya kejap sambil membalas renungan Elvira. "Kau suka budak.. nanti aku bagi anak untuk kau."

Elvira tergelak. "You nak anak sekarang ke bae?" Bisik Elvira perlahan. Riaz berdehem. Diusap lembut bibir isterinya.

"Jangan kejarkan hal tu.. just enjoy the flow. Kita masih lagi mood honeymoon.. jangan paksa diri kau sangat, nanti kau tertekan. Okey?"

Elvira senyum lalu mengangguk. "Okey bae.. kita buat perlahan-lahan, tapi kena buat kerap." Riaz mengecilkan mata melihat reaksi nakal isterinya. Diangguk kepalanya.

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now