BAB 64🍾

4.7K 405 17
                                    



BANGGG!

Terbeliak mata Riaz tatkala peluru menyasar ke jantungnya. Automatik dia menyentuh dadanya lalu kakinya lemah longlai sehingga dia terjelumpuk ke atas tanah.

"Riaz!"

"Bae!"

Jerit Elvira dan Izzul serentak tatkala melihat Riaz sudah terduduk diatas tanah. Elvira bergegas berlari menghampiri suaminya tanpa mengendahkan sesiapa.

Air mata makin laju membasahi pipi. Kepala digeleng berulang kali melihat situasi yang berlaku di depan matanya ketika ini.

Izzul mengetap rahang. Nafas makin tidak teratur. Dia mengangkat pistolnya lalu menembak tubuh Idlan bertalu-talu.

Terpejam mata Elvira mendengar itu. Namun dia tetap juga berlari mendekati suaminya. Elvira terjelumpuk jatuh dihadapan suaminya tatkala melihat tubuh suaminya yang dipenuhi darah.

"Bae..." panggil Elvira dengan suara serak. Diangkat kepala Riaz lalu diletakkan ke atas pahanya. Tangan menekup kedua pipi Riaz.

"Bae please.. please jangan buat i macam ni.. jangan pejam mata you.." bisik Elvira lalu dicium lama dahi suaminya. Riaz senyum tipis. Dia masih lagi menahan kesakitan ketika ini.

Tangan mengusap pipi isterinya. Elvira melepaskan ciuman lalu kembali memandang sang suami.

"Tak apa.. bae okey.." jawab Riaz dengan suara tersekat.

Elvira menggeleng laju dengan air mata. "No.. you're not okay.. you tak okey.. Izzul! Cepat bawa Riaz ke hospital cepat! Selamatkan suami i please!! Please Izzul!"

Jerit Elvira dengan esakan. Riaz terbatuk seketika. Diusap lembut pipi basah isterinya. Riaz senyum.

"Jangan menangis.. bae taknak isteri bae menangis. Bae taknak akhiri kehidupan bae dengan kesedihan sayang."

Elvira menggeleng laju. "No.. jangan cakap macam tu.. you bertahan eh? I janji.. i janji i jaga you nanti.. please bertahan. Jangan tinggal i. Kalau you sayang i, jangan tinggal i sendirian. I akan gila kalau you tinggalkan i.."

Riaz senyum tipis. Terharu juga tatkala isterinya mengatakan itu. Amat ketara disitu betapa Elvira menyayanginya setulus hati sehingga tidak sanggup berpisah dengannya.

Sama ada berpisah hidup, atau berpisah mati.

"Tapi sayang.. jantung bae.. dah kena tembak.. hati bae.. pedih.."

Makin menitis air mata Elvira mendengar itu. Ditekup dada Riaz agar darah tidak mengalir.

"Kalau hati you pedih, hati i juga akan pedih bae. Kalau hati you ditembak, hati i pun akan terasa sakit.."

Riaz mengeluh mendengar itu. Tangan kiri mengusap kepala isterinya. Kelihatan wajah Elvira sudah lencun dengan air mata. Pasti wanita itu amat terkesan dengan kesakitan yang dihidapinya sekarang.

"SIAL! Anak jahannam! Jantan neraka! Orang yang kau tembak tu kawan aku la sial!" Jerit Izzul seiring melepaskan tembakan bertalu-talu ke tubuh Idlan.

Kelihatan tubuh Idlan sudah dipenuhi darah. Dan Idlan hampir tidak bernyawa dek tembakan bertubi-tubi daripada Izzul.

Mata Izzul mula memerah. Air mata sudah bertakung di matanya. Bayangkan ada orang tembak kawan baik kita dihadapan mata kita sendiri..

Apa yang Izzul rasa?

Ya, sakit. Sakit yang teramat dalam. Hanya Riaz sahaja yang ingin berkawan dengannya. Hanya Riaz sahaja yang sentiasa ada dengannya waktu dia susah atau senang.

Riaz adalah keluarganya. Kehidupan Izzul tidak sama dengan kehidupan orang lain. Kehidupannya penuh kesunyian dan kesakitan.

Tapi selepas hadirnya Riaz dalam hidupnya, kehidupannya makin membaik. Riaz tidak pernah mengutuk atau menikam belakangnya. Lelaki itu hanyalah menasihati sahaja tanpa menghina.

Dan sekarang.. kesabaran Izzul sudah hilang.. dia tidak pernah membunuh, dia hanya menyiksa sahaja. Namun demi rakan baiknya, dia sanggup menjadi pembunuh untuk kali pertamanya.

"Aku doa kau masuk neraka la sial. Kau memang jantan paling tak guna! Kau tembak orang terdekat aku! Kau memang mengundang maut!"

Jerit Izzul lalu dia menembak kepala Idlan sehingga lelaki itu tidak bernyawa. Terpejam mata Elvira melihat itu. Bahunya mula terhinjut-hinjut melihat aksi berani mati Izzul didepan matanya sendiri.

Riaz berdecit melihat itu. Dia tidak mahu Izzul menjadi pembunuh kerananya..

"Izzul.." panggil Riaz yang sudah tidak berdaya. Izzul menoleh ke arah Riaz dengan nafas tercungap.

"Aku akan balas dendam untuk kau Riaz.." berkerut dahi Riaz mendengar itu. Izzul menjeling Idlan sebelum dia menekan nombor telefon seseorang dalam telefonnya.

Nafas dihela perlahan tatkala panggilannya dijawab. "Rio, Kai, masuk ke dalam sekarang."

Ucapnya sebelum dia menutup panggilan. Riaz dan Elvira hanya perhatikan sahaja apa yang Izzul ingin lakukan. Mereka masih tidak faham apa yang Izzul kemukakan tadi.

Balas dendam? Idlan dah mati. Apa yang tinggal lagi?

"Bos!" Jerit Kai dan Rio yang berlari ke arah Izzul. Izzul menjeling Kai.

"Kau, tolong aku heret jantan ni masuk ke dalam gaung.."

Riaz menghela nafas tatkala dia memahami 'balas dendam' Izzul itu.

Kai mengangguk. "Baik bos." Kai dan Izzul mengheret Idlan menghampiri gaung. Sempat Izzul berpaling ke arah Riaz.

"Riaz. Selepas sahaja aku lempar dia ke dalam gaung, aku harap kau hilangkan rasa bersalah kau atas kematian Zana. Aku taknak hidup kau diselubungi rasa bersalah. Aku buat ni untuk kau. Aku balas dendam untuk kau. Kematian Zana bukan kerana kau, tapi kerana jantan ni. Hadam betul-betul."

Mata Riaz makin layu. Dianggukkan sahaja apa yang dikatakan Izzul tadi.

Izzul mengangguk pada Kai. Mereka menarik nafas kejap lalu dihembus sebelum dilempar mayat Idlan ke dalam gaung.

Riaz yang melihat itu menghembus nafas lega. Dia memejam mata erat.

'Zana.. aku dah balas dendam pada pelaku kau.. aku harap kau tenang disana.. hanya ini yang aku mampu lakukan untuk tebus kesalahan kau..'

Ucap Riaz dalam hatinya. Riaz mula batuk. Dadanya makin pedih dan berdenyut laju. Elvira yang melihat itu mula berdebar tatkala melihat peluh mula merencik di pelipis suaminya.

"Izzul! Tolong Riaz!"

Izzul mengangguk. "Rio, aku nak kau bawa harimau aku datang ke sini dan makan barua tu tanpa meninggalkan kesan. Aku taknak polis jumpa mayat dia."

Rio mengangguk. "Okey Izzul. Kau jangan risau hal tu. Sekarang kau dan Kai pergi la hantar Riaz ke hospital sebelum keadaan makin merosot."

Izzul mengangguk. "Jom Kai." Kai dan Izzul menghampiri Riaz lalu memapah lelaki itu perlahan-lahan. Kelihatan bibir Riaz mula pucat.

Elvira makin teresak melihat keadaan suaminya yang hampir tidak bernyawa.

"Jom El." Ucap Izzul sebelum dia memapah Riaz bersama Kai.

Rio yang melihat itu hanya mengeluh. Dia berpeluk tubuh dihadapan gaung itu sambil merenung mayat Idlan yang sudah berada di dalam sana.

Terbit senyuman senget di bibir. "Aku tak salahkan kau kalau kau jadi jahat. Sebab dalam dunia ni perlukan kejahatan agar kau boleh mengelak dari ditipu manusia yang bertopengkan syaitan. Tapi sekarang kau silap cari pasal Idlan.. orang yang kau cari pasal tu adalah orang penting boss aku. Dia sanggup membunuh demi orang yang dia sayang.."

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now