BAB 6🍾

4.3K 397 90
                                    




AIREEN, Hanis dan Faris bergelak ketawa ketika mereka tiba di tempat kerja mereka. Berkerut dahi Hanis melihat ada sebuah kereta mewah dihadapan kafe Riaz. Faris perhatikan sahaja kereta itu.

"Kereta siapa tu? Awal pula pelanggan datang hari ni?" tanya Faris perlahan. Manakala Aireen cuba mengingati dimanakah dia ternampak kereta tersebut. Dia menjetik jari dengan mata membulat besar tatkala dia teringat pemilik kereta itu.

"Haa aku baru ingat. Bmw warna emerald ni tak silap aku kereta milik instafemes Elvira tu.. tengok plat dia E1V1R4 tu.." ucap Aireen seraya menunjukkan nombor plat pada rakan-rakan sekerjanya.

Hanis mengepal tangan mendengar itu. Dia mengetap bibir. Mendidih hatinya ketika ini apabila terbayangkan Elvira dan Riaz berduaan di dalam kafe ketika ini. Hanis meluru melangkah memasuki kafe Riaz.

Terbeliak mata Faris dan Aireen melihat itu. "Alamak..bau-bau cemburu.." gumam Faris sebelum dia mengorak langkah mengikuti Hanis. Aireen mengeluh.

"Habislah.. peperangan bermula." gumamnya perlahan sebelum dia turut melangkah mengikuti langkah rakan-rakannya tadi.

Hanis mengerutkan dahi melihat Elvira yang sedang menangkap gambar air cappuccino yang berada di atas meja di kaunter Riaz. Kelihatan Riaz pula perhatikan sahaja Elvira yang fokus menangkap gambar minuman yang sudah siap dihidangkan.

Hanis mendengus. Dia mendekati Elvira lalu ditayangkan senyuman palsu pada gadis itu.

"Maaf cik. Sekarang jam baru sahaja menunjukkan pukul 9.30 pagi. Kami belum buka kafe kami. Kenapa cik sesuka hati sahaja masuk ke dalam kafe ini sekarang?" tanya Hanis mendatar.

Aireen dan Faris perhatikan sahaja cinta tiga segi yang berlaku dihadapannya ketika ini. Dipandang Hanis dan Elvira silih berganti.

Elvira yang sedang fokus pada penggambarannya menjungkit kening. "What? Cara you tanya tu macam i ni seludup masuk kafe you pula. Padahal boss you yang benarkan i masuk tadi.."

Tercengang Hanis mendengar itu. Dia gelak sinis lalu menggeleng tidak percaya. "Saya tak--"

"Betul. Aku yang benarkan dia masuk tadi." jawab Riaz lalu dia mengemaskan tempat dapur airnya. Hanis mengetap bibir. Belum pernah lagi Riaz membawa masuk mana-mana perempuan ke dalam kafe.

Berduaan pula tu di pagi hari.. biar betul Riaz ni?

"Tapi kenapa dia? Boss kenal dia kan? Saya taknak dia memburukkan kedai kita pula nanti.."

Berkerut dahi Elvira mendengar itu. Automatik mata terkalih ke arah Hanis. "Excuse me? Memburukkan? Apa you fikir i ni jahat sangat ke sehingga i nak burukkan kafe Riaz?"

Riaz berdecit mendengar pergaduhan dihadapannya ketika ini. Digaru telinganya dengan riak tidak suka.

Hanis menjungkit bahu. "Saya tak tahu hal tu. Yang saya tahu influencer seperti awak ni pasti akan memburukkan mana-mana kedai untuk menaikkan nama diri sendiri. Betul kan?"

Elvira berdiri tegak lalu berpeluk tubuh dihadapan Hanis. "Jangan samakan i dengan orang lain. I cuba untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk datang ke kafe Riaz. Ubah cara pemikiran you tu girl. Tak sepatutnya you fikir semua orang sama.."

Hanis senyum senget. "Dengan orang lain mungkin saya percaya. Tapi awak? Saya tak percaya. Begitu banyak cerita sensasi dari awak sehingga saya terfikir bahawa awak ni perempuan yang ada maruah atau tidak? Kerana cara awak seperti mencemar maruah demi nama popular."

"Hanis!" jerkah Riaz apabila dia merasakan Hanis sudah berlebihan. "Fuck off!" marah Elvira lalu diambil air cappuccino itu lalu disimbah ke wajah Hanis.

Terbeliak mata Aireen, Faris dan Riaz melihat itu. Hanis berdesis tatkala air panas itu menerpa wajahnya. "Aww!" jerit Hanis sambil mengibas wajahnya.

"Elvira! Apa kena dengan kau ni?!" jerkah Riaz pada Elvira. Sempat dia menjeling Aireen agar Aireen membawa masuk Hanis ke dalam. Aireen mengangguk lalu dibawa rakan sekerjanya masuk ke dapur diikuti Faris.

Riaz mendengus lalu berpeluk tubuh dihadapan Elvira. Elvira masih bernafas tercungap-cungap ketika ini.

"Kau fikir kau siapa, Elvira? Konon-konon kau orang kaya, femes, jadi kau boleh kurang ajar pada pekerja bawahan aku seperti tu?"

"Dia yang kurang ajar pada i dulu!"

"Aku tahu! Tapi perlu ke kau simbah air panas pada dia??! Kenapa kau perlu gunakan kekerasan seperti itu?! Dan yang paling aku tak terima, kau bazirkan air yang aku buat untuk kau! Kau fikir mudah ke buat air sempurna macam tu?!"

Terpejam kejap mata Elvira apabila dijerkah begitu. Dia membalas cerlungan tajam pada Riaz. "Dia yang kurang ajar pada i. Kenapa you tak marah dia je?! Kenapa you letak 100% kesalahan pada i?!"

"Dia pekerja aku. Pandai-pandai la aku uruskan pekerja aku sendiri. Aku marah kau kerana kau tak reti hargai apa yang orang lakukan pada kau. Mungkin semua ini adalah perkara simple bagi kau, tapi bagi aku ia sangat bermakna untuk diri aku. Belajar hargai orang kalau kau nak orang hargai kau.."

Berkaca mata Elvira mendengar itu. "You tak adil, Riaz. You marah i sebab i sakiti pekerja you dengan fizikal. Tapi dia? Dia sakiti i dengan mental! Kenapa you tak marah dia sekali?!"

"Sebab aku tak kenal kau! Aku lebih kenal pekerja aku berbanding kau! Kalau kau tak reti nak hormati orang, lebih baik kau blah! Aku layan kau elok-elok kerana aku kesian tengok kau yang asyik cari perhatian dari aku! Blah!"

Terhinjut bahu Elvira mendengar jerkahan itu. Dia mencerlung Raiz. Dikeluarkan duit dari poketnya lalu dilempar ke atas meja. Terpejam kejap mata Riaz.

Elvira menjeling Riaz. "Thanks for spend your time with me this morning. I minta maaf jika kedatangan i buat you rimas." Elvira terus melangkah pergi setelah mengatakan itu.

Riaz mengeluh kasar. Diraup wajahnya lalu dia mencekak pinggang. Didongak kejap kepala ke atas sebelum matanya menjeling kereta milik Elvira yang sudah hilang dari pandangannya.

Riaz berdecit. "HANIS!" terhinjut bahu Hanis yang berdiri di tepi dapur tatkala bosnya memanggilnya dengan suara yang agak tegang. Hanis berlari mendekati Riaz yang sedang memejam mata.

"Ya..boss.." jawabnya takut-takut. Menunduk sahaja dia sekarang.

"Lancar kau berkata-kata pada orang.. kau fikir kau siapa nak judge orang sesuka hati macam tu? Ada aku ajar kau layan pelanggan macam tu ke?"

Hanis meneguk liur mendengar itu. "Saya cuma.. tak percayakan dia.."

Riaz mengangguk. "Jadi adakah itu tiket kau boleh mengherdik dan mengeji dia sesuka hati kau?" Hanis meneguk liur kesat. Terkedip-kedip matanya tatkala dimarahi Riaz.

Riaz menjeling apabila Hanis hanya berdiam diri. "Diam? Tadi lancar sangat kau bercakap dengan dia. Dan sekarang boleh pula kau diam macam orang bisu depan aku? Kenapa? Sebab aku boss kau? Sebab tu kau takut menjawab dengan aku kan?"

Hanis menunduk akur sahaja. Dia tidak berani membalas renungan Riaz. "Kau bernasib baik aku tak marah kau depan dia sebab aku nak jaga air muka pekerja aku sendiri. Sekali lagi aku nampak perkara ni berlaku, siap kau. Pandai-pandai la aku ajar kau apa itu erti hormat orang...

....aku masih mempunyai hati nurani tidak memecat kau. Kalau boss lain, aku yakin mereka akan terus buang kau kerana sikap kurang ajar kau ni.."

Terkulat-kulat Hania ketika ini. Riaz mendengus. Diambil duit yang diberi Elvira kepadanya tadi lalu dilempar duit itu ke muka Hanis.

"Pergi beli baju baru.. jangan comot depan pelanggan aku. Aku tak suka.." ujar Riaz sebelum dia melangkah memasuki dapurnya. Hanis mengemam bibir. Rasa amarah makin berkobar-kobar dalam dirinya.

Fikirnya Riaz menyokongnya. Namun silap telahannya apabila Riaz juga turut memarahinya..

TBC🤍
Disaster Riaz.. disaster

VOTE AND COMMENT❤️

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now