BAB 18🍾

4.7K 425 57
                                    



TAK lekang senyuman di bibir Elvira ketika ini apabila dia sedang duduk satu kereta bersama Riaz. Sebenarnya dia datang dengan keretanya tadi, namun Riaz menyuruhnya parking kereta di kafenya.

Selepas itu Riaz mengajaknya menaiki kereta bersama. Katanya jimat minyak dan kurangkan pencemaran asap di atas jalan raya.

Ceh, cliche sangat si Riaz tu.

Elvira memerhati isian kereta Riaz. Sangat simple dan kemas! Tak seperti keretanya yang penuh dengan habuk-habuk dan plastik gula-gula.

Hoho betul la orang cakap, lelaki begitu menjaga keretanya manakala perempuan begitu menjaga biliknya.

Terbukti la sekarang..

Jemari runcing Elvira mula ligat menekan radio yang dijadikan sebagai perhiasan untuk Riaz. Entah apa fungsi radio dalam kereta sekarang ni kerana lelaki itu langsung tidak membukanya.

Riaz berdecit. "Duk diam-diam la.. aku tak suka bunyi bingit. Buka radio pun banyak iklan, lagu jarang keluar. Lebih baik tutup terus."

Elvira tergelak mendengar leteran Riaz. Dia mendongak memandang Riaz yang sedang memakai kaca mata hitam. Disertakan pula tshirt navy blue dan memakai jam tangan di tangan kiri.

Hehe so hensem!

"Ermm Riaz.. betul ke kita nak pergi rumah keluarga you ni?"

Riaz mengangguk. "Betul la. Kenapa?"

Elvira memuncung. Mata menganalisis pakaian Riaz dari atas ke bawah.

"Tapi kenapa you pakai casual?" Berkerut dahi Riaz. "Habis tu? Nak suruh aku pakai apa? Baju melayu?"

Elvira mencebik. "Kemeja? Atleast?"

Riaz tergelak. Dikerling Elvira sekilas. "Kau silap orang ni El. Aku ni bukan ahli korporat. Dalam almari aku tu penuh dengan tshirt dan baju melayu je. Kemeja? Satu pun tak ada."

"Alaa tapi kacak apa orang yang pakai kemeja? I suka tengok. Nampak kemas.. disertakan pula dengan seluar slack.."

Riaz menolak isian pipinya dengan lidah. "Kau suka lelaki macam tu ke?" Tanyanya dengan riak ingin tahu.

Elvira menarik nafas dan hembus perlahan. Dia mengangguk. "Yap, i suka.. nampak matang dan kacak. Tapi you pakai apa-apa pun i tetap suka. Pakai singlet lagi la i suka.."

Elvira senyum menggoda sambil menggigit bibir bawahnya dihadapan Riaz. Riaz berdehem mendengar itu.

"Singlet? Nauzubillah.." gumam Riaz sendirian. Elvira tergelak kuat mendengar itu. Digeleng kepalanya lalu dia memandang ke luar tingkap.

Riaz mengerling Elvira sekilas. Tangan dipanjangkan mengambil telefonnya lalu dibuka telefonnya itu.

Dia ada menaip sesuatu didalam telefonnya.

Notes About Evening☀️
-Hot cappuccino.
-Loving rekod video/tangkap gambar dan jadikan ia aesthetic.
-Kemeja ft seluar slack.
-Singlet.

Riaz berdehem kejap sebelum dia menyimpan kembali telefonnya. Dikerling sekilas Elvira. Takut juga jika gadis itu nampak kan?

Hoho.. jatuh ego aku.

Elvira senyum lebar menghirup angin di luar sana. Sengaja Riaz menurunkan tingkap kereta kerana dia ingin Elvira menikmati angin semulajadi.

Asyik aircond je.. lemau tubuh nanti.

"Err by the way El, aku nak tanya sesuatu." Elvira senyum. Dia menoleh ke arah Riaz.

"Riaz, kalau you nak tanya, you tanya je.. tak perlu la minta izin bagai.."

Riaz senyum lalu mengangguk. "Alright. Aku ada nampak ayah tiri kau dekat pintu semalam. Kau.. nampak macam rapat je dengan dia?"

Elvira menayangkan riak jijik. "Euww. Rapat? Yeks. Dia la lelaki yang i paling benci. Kalau i boleh jauhkan diri dari dia, dah lama i buat perkara tu."

Riaz mengangguk faham. Dia berdehem kejap.

"Nampak sangat kau tak terima dia jadi ayah tiri kau.."

Elvira mencebik. "Memang.. kalau dia tu umur sama dengan uncle Zafran atau uncle Zayeed, i boleh terima. Tapi 30? Euww..."

Riaz terkedip-kedip. Huh? Uncle Zafran? Uncle Zayeed? Siapa pula tu..

"Dah lama ke mummy kau berkahwin dengan dia?" Elvira memuncungkan bibir kejap.

"Ermm i think.. 1 years ago?" Riaz mengangguk faham. Tak silap dia, dia menyumbat lelaki itu ke dalam penjara 3 tahun lepas. Entah bagaimana pula Puan Danisha boleh berkenalan dengan lelaki itu sedangkan lelaki itu berada di dalam penjara..

Mungkin.. cinta lama berputik?

"Ouh.. baru lagi la.." Elvira mengangguk.

"Yes. Baru lagi, tapi i dah naik menyirap hidup sebumbung dengan dia."

Riaz tergelak. "Lama-lama nanti selesa la tu.." ujarnya sebelum dia masuk ke satu lorong. Elvira mendengus. Dia berpeluk tubuh.

"Never. Sampai bila-bila pun i takkan selesa dengan dia. I jijik la dengan dia."

Berkerut dahi Riaz. Semalam pun dia ada terdengar bahawa Elvira jijik pada Idlan.. hari ni pun Elvira mengatakan itu?

"Kenapa jijik? Dia.. ada buat perkara tak senonoh ke?"

Elvira meneguk liur mendengar itu. Dia berdehem lalu memerhati ke hadapan.

"Jauh lagi ke nak sampai?"

Riaz menolak isian pipi dengan lidah. "Aku tanya lain tadi, El. Jawab soalan aku dulu sebelum ubah topik."

Elvira meneguk liur mendengar suara tegas Riaz.

"I.. tak sabar nak jumpa keluarga you. Mesti mereka orang baik-baik seperti you kan?"

Riaz menggeleng. "That's not the answer that i want.."

Elvira senyum kelat. Haih degil betul Riaz ni! Macam dia!

"El?" Tanya Riaz lagi apabila Elvira diam membisu. Dia terus menoleh ke kirinya. Elvira memejam mata.

"I'm so sleepy.. Kejut i bila kita dah sampai nanti, okey?" Gumam Elvira lalu disandarkan kepala ke seat kereta.

Riaz mengeluh mendengar itu. Elvira sentiasa mengubah topik jika gadis itu tidak mahu melanjutkan perbualan.

Apa la yang perlu aku buat pada kau ni El..

TBC🤍
Eh apa ni sebut uncle bujang terlajak kita..

VOTE AND COMMENT❤️

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now