BAB 48🍾

5.4K 439 21
                                    



"SAYANG? Kau buat apa tu?" Terhinjut bahu Elvira. Alamak. Riaz.. nampak ke aku baca mesej dia? Riaz.. tak suka jika menyentuh privacynya.. macam mana ni?

Elvira menoleh ke arah suaminya yang sedang membawa roti bakar dan air susu panas. Elvira senyum lalu menggeleng.

"Tak ada apa.." Riaz senyum lalu diletakkan dulang diatas meja. Dia duduk di kerusi dihadapan Elvira lalu diambil kedua tangan isterinya itu.

Digenggam kemas tangan itu lalu dia mencium lama tangan lembut itu dengan mata menatap ke mata Elvira.

Elvira senyum lebar melihat sikap romantis suaminya. "Dah tak marah aku?" Tanya Riaz dengan nada berbisik selepas dia melepaskan ciuman.

Elvira senyum lalu menggeleng. Tangan membalas genggaman suaminya. "Tak marah dah.. i tak sanggup marah you lama-lama. I rindu."

Riaz tergelak lalu mencium sekilas hidung isterinya. "Meh aku suap.." Riaz mencubit roti bakar tadi dengan tangan kanannya manakala tangan kirinya menggenggam tangan kanan Elvira.

Elvira menganga lalu menyambut suapan suaminya. Dia mengunyah sambil tersenyum melihat suaminya yang memerhatinya tanpa lepas.

"Beautiful.. tengah kunyah pun cantik.." Elvira tergelak. Ditampar perlahan dada suaminya. Riaz senyum.

"Rambut kusut pun nampak comel.." Elvira kemam bibir. "Bae, i tak boleh telan tau makanan ni kalau you asyik puji i je.." Riaz tergelak. "Ea? Kalau telan yang ni, boleh tak?"

Tanya Riaz sebelum dia menghampiri wajah mereka berdua lalu diragut nafas isterinya. Terpejam mata Elvira. Bibir membalas ciuman suaminya. Riaz menarik pinggang isterinya merapatinya lalu dia mencium rakus isterinya.

Riaz menjilat kejap bibir Elvira sebelum dia melepaskan ciuman hangat mereka. Dia terus bangun dari duduknya lalu menarik tangan Elvira.

"Ehh.. nak ke mana?"

Riaz senyum. "Bilik." Elvira mengemam bibir. "Tapi roti dan air susu tak habis lagi.."

Riaz mengangguk. Diambil roti tadi lalu disumbat ke dalam mulutnya. Terbeliak mata Elvira melihat itu.

"Roti dah habis. Sekarang minum susu cepat." Elvira mengangguk akur. Diambil gelas diatas meja lalu dia terus menghirup air susu suam buatan suaminya. Diletakkan gelas diatas meja sambil tangan mengesat bibirnya.

Riaz mendekati Elvira lalu terus mencempung isterinya. "Argh!" Jerit Elvira sebelum dikalungkan tangan ke leher Riaz.

Riaz senyum senget lalu dia melangkah menaiki anak tangga. Elvira senyum sipu dengan sikap Riaz.

Ish.. kenapa makin lama makin howt.. tak keruan Elvira dibuatnya..

*:・゚✧*:・゚✧

ELVIRA melangkah keluar dari syarikatnya sambil meregangkan otot. Kepala ditoleh ke kanannya lalu diangguk kepala kepada bodyguardnya.

Dua lelaki berbaju hitam itu melangkah mendekati Elvira. "Err sekejap, i nak mesej suami i jap nak beritahu nak ke kafe dia." Ucap Elvira seraya menaip skrin telefonnya.

"Baik puan." Jawab mereka serentak. Elvira menggaru kepalanya kejap. "Ouh, by the way, alang-alang you berdua ada di sini kan, boleh tak i nak minta tolong you angkat produk i disana tu? Letak dekat pintu. Nanti pekerja i angkut."

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now