BAB 5🍾

4.2K 384 36
                                    




RIAZ menuruni tangga rumah sambil memakai jam di pergelangan tangan. Sesekali dia mengemaskan sedikit topi yang dipakai di atas kepalanya. Matanya mengerling bapanya yang sedang minum kopi di dapur.

"Morning papa.." ucapnya sebelum menyalami tangan Dato Rayhan. Dato Rayhan senyum tipis pada anaknya. "Morning.."

Riaz mengangkat wajahnya dengan dahi berkerut. Hidungnya menghidu bauan yang terbit dari tangan berurat bapanya.

"Kenapa bau rokok? Papa merokok lagi ke?" Dato Rayhan mengeluh perlahan. "Papa baru je merokok hari ni, Riaz. Papa tak boleh tak merokok. Badan jadi lemau."

Riaz mengangguk. "Merokok lagi? Lepas ni nak bunuh siapa pula? Nak bunuh Riaz?"

Dato Rayhan menghela nafas perlahan. Tahu sangat bahawa Riaz masih tidak boleh melupakan apa yang terjadi pada Puan Riyana iaitu arwah ibu Riaz.

"Riaz kena faham.. papa kena bekerja keras. Jadi papa kena ada tenaga. Badan papa dah sebati dengan rokok. Bila papa tak merokok, automatik badan papa lemau dan cepat penat.."

"Untuk apa pa? Untuk apa bekerja keras tu? Untuk kemewahan? Papa, harta yang sekarang pun dah lebih dari cukup. Sekarang ni Riaz cuma nak papa rehat je. Sus--"

"Kalau macam tu, papa nak Riaz ambil alih tugas papa di syarikat. Barulah papa boleh rehat dengan tenang. Can you?"

Terkunci mulut Riaz apabila mendengar permintaan bapanya. Riaz menghela nafas perlahan.

"Itu bukan bidang Riaz, pa. Bidang Riaz adalah kafe.. Bukan syarikat."

Dato Rayhan mengangguk. "Jadi Riaz kena la faham situasi papa. Papa pemilik syarikat, manakala Riaz pemilik kafe. Tugas Riaz sama sahaja dengan tugas papa iaitu bekerja keras demi orang bawah kan? Jadi semestinya Riaz faham kenapa papa jadi begini."

Riaz mengetap bibir kejap. "Riaz faham tentang tu. Riaz takkan marah kalau papa nak berusaha keras untuk kerja papa. Tapi Riaz cuma halang papa merokok sahaja.. susah ke nak ikut cakap Riaz kali ni?"

Dato Rayhan mengangguk. "I will try.."

Riaz senyum. Diambil sekeping roti di atas meja. "Itulah janji yang papa lontarkan setiap kali Riaz marah papa. Dan ada papa kotakan janji tu ke?" tanya Riaz sinis sebelum dia melangkah keluar dari dapur.

Dato Rayhan menghela nafas perlahan. Diletak roti ke atas meja dengan keluhan. Terus hilang deria makan setelah berkelahi dengan anaknya sebentar tadi.

*:・゚✧*:・゚✧

Riaz menghentikan motorgp dihadapan kafe. Berkerut halus dahinya apabila kelihatan kereta BMW berwarna emerald berada di depan kafenya. Dia menongkat motornya sambil perhatikan sahaja gerangan yang sedang membuka pintu kereta.

Terjungkit keningnya melihat ada seorang gadis bertumit tinggi yang berskirt paras bawah lutut dihadapannya. Nafas dihela perlahan tatkala dia mengenali wajah gadis itu selepas gadis itu menanggalkan kaca mata hitamnya.

Elvira senyum lebar pada Riaz. Kaki melangkah menghampiri Riaz. Riaz berdecit. Siot.

Dada aku nak pecah la bila tengok dia ni!

"Hye you.." ucap Elvira sambil menggigit bibir bawahnya. Riaz mengeluh. Diseluk tangan ke dalam poket lalu diambil mask muka. Dipakaikan mask muka ke mukanya sebelum dia melepaskan topi keledar dari kepalanya.

Dikemaskan sedikit rambutnya sebelum dia memakai topi. Elvira perhatikan tubuh Riaz dari atas ke bawah. Tersenyum dia melihat pakaian Riaz yang serba hitam. Disertakan pula memakai jaket kulit berwarna hitam.

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now