BAB 16🍾

4.7K 455 73
                                    



JIKA sebelum ini telinga Riaz yang memerah kerana malu dengan Elvira, sekarang pipi Elvira pula yang membahang merah tatkala direnung begini oleh Riaz.

Sudahlah wajah Riaz disinari cahaya lampu ketika ini, renungannya pula memberi makna yang dalam namun Elvira tidak tahu apakah makna renungan yang diberi Riaz ketika ini.

"Dah? Kau dah tenang dah?" Suara garau itu menyentak Elvira yang sedang mengelamun. Dia meneguk liur lalu mengangguk. Riaz mengangguk.

Dijarakkan diri dari Elvira lalu dikeluarkan telefon dari poketnya. Mata merenung Elvira yang masih menatapnya tanpa terkelip.

Riaz menekan telefonnya sebelum dia meletakkan telefon ke atas meja. Automatik mata Elvira berpaling ke arah telefon Riaz.

Terbeliak matanya melihat ada satu gambar bayi yang sedang tidur di katil bayi. Comel, putih dan cantik sahaja anak itu yang sedang nyenyak tidur dengan tangan dikepal erat.

"Awww so cute.. siapa ni?" Tanya Elvira lalu mengambil telefon Riaz. Dibelek gambar itu dengan senyuman. Diusap pipi putih memerah itu dengan mata bersinar.

Riaz senyum. Dihenyak punggung di kerusinya semula.

"Anak kawan aku.. baru dilahirkan tengahari tadi.. itulah punca aku datang lewat ke kafe. Ini anak kedua dia.. anak pertama dia lelaki, aku yang kena jaga anak lelaki dia waktu dia dan suami dia uruskan hal anak mereka berdua..

...sepatutnya aku tak sesibuk macam tadi. Tapi disebabkan kawan aku yang lain berkahwin di hari yang sama, aku jadi sibuk sikit lah.. aku kena jaga Thaqeef sebab ahli keluarga dia sibuk dengan majlis kahwin dan sambut anak baru.."

Elvira mengangguk dengan senyuman. "Mesti Thaqeef yang you sebut tu rapat dengan you kan?" Riaz senyum. "Yes, sangat rapat. Sebenarnya Thaqeef rapat dengan semua orang.. dia banyak bercakap. Mulut murai."

Entah mengapa namun ringan sahaja mulut Riaz untuk menceritakan tentang dirinya pada Elvira. Padahal selama ini dia susah menceritakan tentang dirinya pada sesiapa.

Mungkin.. dia sudah selesa dengan Elvira?

Elvira tergelak mendengar itu. "She so pretty.. what's her name?" Elvira menekan gambar yang lain. Tersenyum dia melihat anak kecil itu elok sahaja menggenggam jari telunjuk Riaz.

Comel sahaja tangan kecil itu genggam jari besar Riaz.. sudahlah amat ketara perbezaan warna kulit di antara Riaz dan bayi itu.

"Faiqa Tasneem binti Taufiq Zuhair.." Elvira mengangguk. "So pretty.. sesuai dengan dia.." puji Elvira yang masih senyum.

Riaz senyum. "Kau suka budak?"

"Of course i am.. budak-budak ni comel dan lucu.. i suka tengok diorang.." puji Elvira sebelum dia menekan gambar sebelumnya.

Namun memudar senyumannya melihat gambar yang ada di gallery Riaz ketika ini. Dia kemam bibir menahan senyuman lebar.

Kenapa?

Kerana Riaz menangkap gambarnya dalam diam!

Gambar yang dia lihat sekarang adalah gambar sewaktu dia membancuh air cappuccino bersama Riaz. Entah bila masa lelaki itu menangkap gambar dalam diam..

Banyak pula tu..

"Cute.." puji Elvira perlahan. Lebih kepada memuji Riaz yang diam-diam menangkap gambarnya. Nakal juga ek Riaz ni hehe. Nampak beku je..

Riaz perhatikan Elvira. "Dan kalau kau nak tahu, aku dah dalam perjalanan balik ke rumah daddy aku tadi.. tapi aku pusing balik dan terus memandu ke kafe selepas Faris kata yang kau tunggu aku di kafe."

Elvira panggung kepala mendengar itu. Terkedip-kedip matanya dihadapan Riaz. Elvira senyum.

"You risaukan i?"

Riaz berdehem. Digaru kejap telinganya yang sudah memerah.

"Kau perempuan. Memang la aku risau."

Elvira senyum lebar. Tak apa.. dia tak kisah kalau Riaz taknak mengaku. Sebab dah terbukti bahawa Riaz amat mengambil berat tentang dirinya!

"Dah? Dah puas tengok gambar baby tu? Taknak beri balik ke telefon pada aku?" Tanya Riaz yang sedang menghulur tangan kepada Elvira.

Elvira sengih. Diberikan telefon itu kepada Riaz. "Comel la Faiqa ni.. i teringin nak jumpa dia. Mesti mama dia pun cantik kan?"

Riaz senyum lalu mengangguk. "Yeah.. cantik.. aku pernah jatuh cinta pada Fara dulu."

Memudar senyuman Elvira mendengar itu. Serasa ada satu batu menghempap dadanya ketika ini tatkala Riaz meluah rasa itu padanya.

Riaz mengeluh perlahan. "Dah lama kot aku ada perasaan pada dia.. tapi tu lah.. nak buat macam mana kan? Dia kata dia selesa berkawan dengan aku.. dia tak selesa bercinta dengan aku. Masa dia diceraikan pun, hati dia masih milik bekas suami dia. Jadi, aku tak ada chance."

Elvira kemam bibir. Dia menunduk. Dimain gelas air dihadapannya.

Hancur juga hati ni bila crush bercerita yang dia pernah mencintai perempuan lain kan? Entahlah.. walaupun dia tahu itu kisah silam Riaz, namun dia tetap juga cemburu.

Agak-agaknya Riaz minat perempuan yang macam mana ya? Macam.. Fara ke? Yang dia sebut tadi?

"Hey.." Riaz menjentik hari dihadapan Elvira. Tersentak kejap Elvira. Dia senyum dihadapan Riaz. "Huh?"

Riaz gelak perlahan. "Makan la. Sejuk nanti tak sedap." Riaz memuncung ke spaghetti milik Elvira. Elvira senyum lalu mengangguk.

Dipaksa dirinya untuk menelan makanan itu walaupun deria rasanya menjadi pahit sekarang.

Riaz perhatikan sahaja Elvira yang sedang menikmati hidangannya. "Sedap?"

Elvira mengangguk. "Sedap.. pandai you masak..i bagi 5 bintang." Puji Elvira ceria untuk menghilangkan rasa perit dihati.

Riaz senyum lebar mendengar itu. Ditongkat tangannya dia meja sambil merenung Elvira.

"Aku nak tanya sikit Elvira.." Elvira menjungkit kening. "What?"

"Keluarga kau tak marah ke kau tak balik rumah ni?" Terhenti kunyahan Elvira mendengar soalan itu. Dia menjungkit bahu.

"They don't care about me. Lagi pula memang i nak jarakkan diri i dari mereka. I tak suka duduk di rumah menghadap mereka."

Terkedip-kedip mata Riaz. Faham la dia 'mereka' yang dimaksudkan itu adalah bapa tiri Elvira. Mustahil Elvira membenci ibu kandung sendiri kan?

"Faham.. nanti aku hantar kau balik.." Elvira tergelak. "Riaz, i datang sini dengan kereta.. kenapa pula you nak hantar i balik ni?"

"Aku tahu. I mean, aku follow dari belakang. Risau pula kau memandu seorang diri malam-malam ni."

Elvira senyum. "Up to you. Thank you because be gentleman to me.. you lebih gentleman berbanding biawak hidup dekat rumah i tu."

Riaz senyum kelat. Amat ketara ayat 'biawak hidup' itu merupakan lelaki yang malas bekerja.

"Ermmm Elvira.."

"Gosh. Just call me El. You pun kawan i juga. Elvira tu panjang sangat."

Riaz mengangguk. "Okay then El. Aku nak tanya something."

"What?"

Riaz kemam bibir kejap. "Kau.. kata kau cintakan aku kan?" Terhenti kunyahan Elvira. Automatik mata membalas renungan Riaz. Terkedip-kedip matanya ketika ini.

Elvira senyum lalu mengangguk. "Yes."

Riaz senyum. "Tapi boleh ke kau terima diri aku yang serba kekurangan ni?"

Elvira menjungkit bahu. "I suka you sebab diri you. Bukan kerana kelebihan you. Jadi kalau you ada kekurangan sekalipun, i tetap akan terima segalanya."

Riaz senyum. Sedikit sebanyak dia hargai dengan penerimaan Elvira.

"Kalau macam tu, esok follow aku."

Berkerut dahi Elvira. "Ke mana?"

Riaz senyum. "Jumpa keluarga aku."

TBC🤍
Ehh? Lajuu

VOTE AND COMMENT❤️

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now