BAB 41🍾

6.6K 455 61
                                    



MERIAH suasana di dewan hotel ketika ini dengan kelangsungan majlis persandingan Riaz dan Elvira. Ramai yang dijemput hadir ke sini termasuklah rakan-rakan Elvira dan Riaz serta peminat Elvira.

Yang paling penat adalah Elvira kerana peminatnya sentiasa datang tanpa henti untuk menangkap gambar mereka bersama namun tidak pula Elvira mengeluh malah dia suka tatkala dirinya dihargai seperti ini.

Kelihatan juga Dato Rayhan dan Puan Danisha turut hadir ke sini walaupun mereka seumpama dipaksa datang ke sini.

Dato Rayhan senyum tipis pada Puan Danisha. "Apa khabar puan? Suami puan tak datang ke?" Puan Danisha yang sedang mengunyah makanan membalas senyuman Dato Rayhan.

"Tak. Dia tak sihat." Memang la tak sihat kerana Idlan ditahan di wad hospital. Dan Puan Danisha amat marah kepada Idlan ketika ini tatkala ada dua jejaka yang datang menghampirinya dan mengatakan bahawa Idlan telah meminjam duit ahlong kerana itulah dia dipukul sehingga hampir mati.

Puan Danisha pula percaya bulat-bulat padahal jejaka itu merupakan pekerja Izzul. Izzul sudah merancang segalanya dari awal. Dia bijak dalam menguruskan jenayah.

Dato Rayhan mengangguk. Agak kekok cara mereka berdua bercakap memandangkan inilah kali pertama mereka berdua berbual.

"Minum sayang.. mesti kau penat." Riaz menyuap air kepada isterinya. Elvira senyum lalu mencium sekilas bahu suaminya. "Thank you bae.." bisiknya sebelum dia menghirup air yang disuap suaminya.

Riaz senyum melihat betapa rakusnya isterinya menghirup air itu. Riaz melepaskan bibir gelas dari bibir isterinya lalu dilap bibir basah Elvira.

Elvira kulum senyum. "Kenapa lap dengan tangan? Lap la dengan bibir.." bisiknya perlahan. Riaz tergelak. "Dekat rumah nanti."

Elvira senyum. "By the way, kita terus balik rumah you ke nanti?" Riaz mengangguk. "Yes."

Elvira memuncung kejap. "Is that okay for you? Papa? You nak tinggal macam tu je?"

Riaz mengeluh. "Kita dah berkahwin sayang.. memang sepatutnya kita pindah rumah selepas kahwin. Orang kata tak elok sebumbung dengan ibubapa atau ibubapa mertua. Banyak yang buruk dari yang baik.."

Elvira menghela nafas perlahan lalu mengangguk. "Okay then.. don't mad at me.. i'm scared.." rengek Elvira lalu melentokkan dagu ke dada Riaz. Riaz senyum lebar.

"Orang tengok ni.. malu la.." bisik Riaz lalu dicium sekilas kening Elvira. Elvira sengih busuk sahaja dihadapan Riaz.

"Eeeii uncle Riaz tak aluuu shium depan orang.." terkalih pandangan Riaz dan Elvira ke arah suara kecil itu.

"Shhh Thaqeef.. jangan cakap macam tu." Bisik Fara kepada anak sulongnya. Riaz tergelak melihat rakan-rakannya yang sudah berada dihadapannya ketika ini.

"Taufiq.. dah lama sampai?" Taufiq tergelak. "Ya. Kami dah lama sampai. Saja je nak tengok kemesraan kau berdua depan umum.." Riaz menjulingkan mata mendengar itu. Mereka yang berada disitu tergelak sahaja.

Riaz menggenggam tangan isterinya lalu turun dari pelamin. Elvira pula hanya senyum pada mereka yang berada disitu.

"Hye sweety girl.." tegur Elvira kepada Aireen sebelum dia memeluk tubuh Aireen. Terbeliak mata Aireen namun dia tetap juga membalas pelukan Elvira.

"Err hye Elvira.." Elvira senyum. "Just call me El.." Aireen mengangguk. Pertama kali Elvira memeluknya begini.. malu juga apabila dipeluk strangers kan?

Elvira melepaskan pelukan lalu dia menoleh ke sebelah Aireen. Fara senyum. "Saya Fara.. kawan Riaz.." Elvira mengangguk dengan senyuman. Dia menoleh ke arah suaminya.

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now