BAB 27🍾

5K 422 62
                                    




KELIHATAN ada sebuah kereta alphard berwarna hitam berhenti dihadapan rumah Puan Danisha. Idlan yang sedang mengintai dari tingkap biliknya mula berpeluh melihat itu apatah lagi kelihatan ada beberapa lelaki tegap berbaju hitam keluar dari kereta tersebut.

Idlan sudah bersembunyi awal-awal lagi kerana dia tidak mahu bersua muka dengan lelaki yang disebut Raiz tadi. Dia masih menanti gerangan yang keluar dari kereta mewah itu.

Izzul keluar dari keretanya. Rokok di bibir ditarik kejap lalu dihembus perlahan asap rokok tersebut. Mata disebalik kaca mata hitam perhatikan sahaja rumah besar dihadapannya ketika ini. Bibir mengoyak senyuman sinis.

Manakala Idlan sudah berpeluh. Dia amat mengenali jejaka itu setelah melihat ada bekas parut di kening kiri milik Izzul. Dia amat yakin itu merupakan Izzul Farizqi..

Izzul menghembus asap rokok lalu mendongak memandang ke atas. Terbit senyuman senget di bibir apabila ternampak seorang lelaki sedang mengintainya di sebalik langsir.

Izzul mengangkat tangan menyapa lelaki tersebut. Automatik Idlan menutup langsir bilik lalu terduduk di atas lantai. Tangan menyentuh dadanya yang kian berdegup. Dia memandang Puan Danisha yang baru selesai mandi.

Berkerut dahi Puan Danisha melihat suaminya. "Kenapa you ni? Berpeluh je?" Idlan berdehem. "Ada kawan Riaz datang nak ambil motor dia.. you.. tolong beri kunci motor pada dia, boleh? I rasa tak sihat badan.."

Puan Danisha mengangguk. "Okey then.. kejap i beri kunci pada dia.." Ujar Puan Danisha sebelum dia keluar dari bilik mereka berdua. Idlan menghela nafas perlahan. Diintai sedikit tingkapnya namun dia sedikit lega melihat tiada lagi susuk tubuh Izzul yang bermaksud Izzul sudah masuk ke dalam pagar.

"Assalamualaikum aunty.." ucap Izzul dengan senyuman ketika Puan Danisha keluar dari rumah. Puan Danisha meneguk liur melihat beberapa jejaka bertubuh tegap dihadapannya ketika ini. I mean, nak ambil motor je kan? Kenapa kena datang beramai-ramai bagai?

"Waalaikumsalam.. kawan Riaz ye?" Izzul senyum lalu mengangguk. "Betul aunty.. saya nak ambil motor dia.. tapi sebelum tu.. saya rasa nak terkucil sekarang.. boleh tak saya pinjam tandas kejap?" tanya Izzul yang sedang mengepit tangannya ke celah paha dengan dahi berkerut.

Puan Danisha senyum tipis lalu mengangguk. "Silakan.. tandas ada di dapur.."

"Err maaf aunty andai saya mencelah.. tapi boleh tak saya pinjam tandas aunty kejap?" tanya salah seorang lelaki di sebelah Izzul. Puan Danisha menjungkit kening.

"Ohh jadi dua-dua nak ke tandas la ni?"

Izzul dan lelaki itu mengangguk. "Ya.. ada tandas yang lain tak?" Puan Danisha mengangguk. "Ada di tingkat atas.. meh aunty tunjukkan.. awak boleh pergi ke tandas dapur.." ucap Puan Danisha kepada lelaki tadi sebelum dia menaiki tangga rumah.

Izzul senyum pada pekerjanya sebelum dia turut mengikuti langkah Puan Danisha. Dia sudah merancang hal ini dengan pekerjanya tadi untuk mengenakan Idlan yang sedang berada di tingkat atas.

Izzul senyum pada Puan Danisha. "Minta maaf menyusahkan.." Puan Danisha menggeleng. "Ehh tak apa.. tandas ada dalam bilik ni.. masuklah dulu. Aunty nak pergi ambil kunci motor kejap.."

Izzul senyum lalu mengangguk. Diperhatikan langkah Puan Danisha yang semakin menjauh. Tangan dimasukkan ke dalam poket sambil berjalan ke arah satu bilik. Izzul senyum senget. Dia mendekati bilik itu lalu memulas tombol pintu.

"Gotcha.. tak berkunci." gumamnya sinis lalu mula masuk ke dalam bilik.

Idlan yang sedang duduk di katil menoleh ke pintu. "You dah--" terbeliak matanya melihat seorang jejaka yang masuk ke dalam biliknya. Automatik Idlan bangun dari duduknya dengan nafas yang tidak teratur.

"Oopss.. sorry.. tersalah bilik.. but, hello there? Miss me?" tanya Izzul dengan senyuman sinis. Idlan menggeleng.

"Apa yang kau buat ni Izzul? Keluar dari bilik aku!" Izzul tergelak kuat. Dia melangkah menghampiri Idlan dengan langkah gah. "Chill.. aku cuma nak menyapa kau je.. dari tadi aku nampak kau perhatikan aku.. kau nak tegur aku tapi kau malu kan? So, biar aku je yang tegur kau dulu.."

Idlan menggeleng. Kaki semakin mengundur melihat riak sinis Izzul. Izzul senyum.

"Hei.. tenang la. Kau tak buat salah pun. Kenapa nak gelabah bagai ni?" Idlan mencerlung Izzul yang sedang memandangnya sinis.

"Aku tak cari pasal pun dengan kau Izzul.. kenapa tiba-tiba datang sini untuk serang aku?"

Izzul tergelak. Dia mengangkat tangan paras bahu. "Serang? Ada nampak senjata ke dekat tangan aku?" Idlan mencerlung Izzul sebelum matanya terkalih ke pinggang Izzul.

Izzul menjungkit kening. Dia menunduk lalu gelak. "Oh yang ni eh? Yang ni pistol mainan je.. don't worry." ujar Izzul lalu dikeluarkan pistol dari pinggangnya. Dia terus mengacu pada Idlan. Terbeliak mata Idlan melihat itu.

"Apa kau buat ni Izzul?" Izzul tergelak. "Masih lagi sama seperti dulu.. pengecut. Acu pistol sikit terus gelabah. Nampak berani lawan perempuan, tapi bila berhadapan aku, kau tak ubah seperti tikus yang melarikan diri dari kucing."

Izzul memasukkan kembali pistol ke poketnya lalu mencerlung Idlan. "Dengar sini Idlan Faizi.. kalau kau nak hidup aman seperti sebelum ini, aku haramkan kau sentuh awek kawan aku. Kau bernasib baik Riaz tak arah aku untuk bunuh kau.. kalau dia arahkan aku, dengan senang hatinya aku masukkan kau ke dalam sangkar aku. Ingat, sekali kau sentuh orang terapat aku, say bye-bye pada nyawa kau."

Izzul mengenyit mata sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu. Diam membisu Idlan ketika ini. Tangan dikepal erat dengan amarah dalam dirinya. Dia memejam mata kejap. Senyuman sinis terukir di bibir.

"Terlalu cepat untuk aku mengalah.. dah lama aku inginkan Elvira.. hampir setahun lebih aku cuba sentuh dia.. aku tak akan mengalah dengan samseng seperti kau, Izzul.. dan of course pada Riaz juga.. aku takkan benarkan kau sentuh hak aku sesuka hati.."

Ujar Idlan dengan sengihan. Ditarik nafas dan hembus perlahan. "Sebelum kau milik Elvira, aku akan pastikan aku dapat sentuh dia dulu.. aku nak tengok sama ada Riaz boleh terima atau tak perempuan yang sudah ditebuk oleh lelaki lain.. just wait and see. Elvira dalam genggaman aku.."

Tekad Idlan dalam dirinya.

"Eh? Kenapa keluar dari bilik ni?"

"Hehe maaf aunty. Marahkan kaki saya ni melencong ke arah lain. Haip, biashe dia ni." Marah Izzul sambil memukul kakinya.

TBC🤍
Jodoh saya ni..

VOTE AND COMMENT❤️

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now