BAB 30🍾

5.4K 434 40
                                    




"SEE you tomorrow.." ucap Elvira kepada pekerjanya sebelum dia melangkah keluar dari syarikatnya. Dikeluarkan telefon dari begnya lalu ditaip mesej pada seseorang.

Dengan kata lain, bakal suaminya.

Riaz telah bertemu Puan Danisha dan meminta untuk mengahwini Elvira. Dan Puan Danisha tidak memberi keizinan namun Elvira berkeras kali ini.

Dia ada berkata bahawa dia ingin kebahagiaan bersama Riaz kerana dia tidak bahagia bersama Puan Danisha. Dan pada akhirnya, Puan Danisha bersetuju sahaja kerana Elvira berkeras kepala padanya.

Idlan? Terkejut bukan kepalang. Dicerlung Riaz habis-habisan namun jejaka itu hanya menayangkan riak selamba sahaja.

FROM : Bae💋
-Ada dekat mana?

Elvira senyum. Disisir kejap rambut yang menghalang pandangannya.

TO : Bae💋
-Baru keluar syarikat.. miss you..

FROM : Bae💋
-Come, aku ada di kafe ni. Tunggu kau.

Elvira sengih. Hehe walaupun Riaz tidak romantis dari segi perkataan, namun lelaki itu seringkali mengambil berat tentangnya. Selalu bertanya dia berada dimana agar keselamatan terjamin.

Sedang-sedang Elvira menaip mesej sambil berjalan, dahinya sedikit berkerut mendengar derapan tapak kaki dari belakang. Elvira menjeling ke belakang dengan hujung mata.

Dia berhenti melangkah. Dan derapan tapak kaki itu langsung tidak kedengaran. Apabila dia mula melangkah, derapan kaki berbunyi lagi.

Elvira mula berpeluh. Tangannya mula terketar. Dia melangkah laju namun makin laju dia berjalan, makin hampir derapan tapak kaki kedengaran.

Dia memandang ke belakang. Terbeliak matanya melihat ada dua orang lelaki muda yang sedang mengejarnya.

"Ya Allah.." bisiknya dengan nafas tercungap. Dia terus menekan-nekan nombor telefonnya seseorang lalu dilekapkan telefon ke telinga.

'Hello sayang..'

"Bae.. tolong i." Pinta Elvira dengan nafas laju. Sesekali dia memandang ke belakang, dan ya lelaki-lelaki itu masih mengejarnya.

'Why? Kenapa ni?'

"I.. ada lelaki kejar i sekarang.. ada dua lelaki muda.. muka dia bengis.. help me bae.. i takut gila sekarang.."

'Okay sayang, kau berlari sepantas yang boleh. Send pada aku live location kau. Aku akan datang secepat yang mungkin.'

"Baik bae.." ucap Elvira sebelum dia menutup panggilan. Dibuka whatsapp lalu dihantar lokasi keberadaannya kepada Riaz.

Sedang-sedang dia berlari, matanya terbeliak luas apabila merasakan ada orang melelar kasar lengannya.

"Lepas!"

"Mana kau nak lari haa? Hahahahahah." Gelak salah seorang dari mereka. Elvira menggeleng. Dahinya mula berpeluh apabila kedua lelaki itu memegang kemas lengannya.

"Lepaskan i lah!"

"Lepas? Tapi boss kami suruh rogol kau dulu sebelum bebaskan kau. Apa kata..." lelaki itu menjilat bibirnya. Mata menerokai tubuh badan Elvira dari atas ke bawah.

Elvira menggeleng. Kedua lelaki itu gelak kuat lalu menolak tubuh Elvira sehingga Elvira jatuh ke atas tanah.

Elvira beria menggeleng. Dia ingin melarikan diri namun kakinya ditarik oleh mereka.

"Hahahahah makan besar la kita hari ni.." ucap mereka lalu menanggalkan tali pinggang mereka. Elvira menggeleng dengan air mata. Dia mengeresot ke belakang dengan riak takut.

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Onde histórias criam vida. Descubra agora