BAB 26🍾

5.4K 485 107
                                    



"KAU tak berperikemanusiaan Elvira! Kau halau aku setelah aku dah cintakan kau! Untuk apa kau datang pada aku dan buatkan aku jatuh cinta pada kau kalau kau berniat nak halau aku macam ni?!"

ELVIRA menggeleng tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Baginya ini semua hanya halusinasi belaka. Kemungkinan dia terlalu penat menangis kerana itulah dia mendengar suara-suara di telinganya.

"Don't lie to me, Riaz. Jangan beri i harapan.."

Riaz menggeleng. Ingin sekali dia menyeka air mata di pipi Elvira, namun sedar akan hubungan mereka tiada ikatan, dibatalkan kembali niatnya.

"No, i'm not.. aku tak beri kau harapan.. dan aku tak pernah menipu dalam berkata-kata apatah lagi kata-kata itu datang dari lubuk hati aku.. aku betul-betul cintakan kau.. dah lama aku cintakan kau cuma kau yang tak sedar akan itu..

...aku tak pernah layan perempuan lain sebagaimana aku layan kau.. aku tak pernah ajar sesiapa buat air di dapur aku.. aku tak pernah mengambil tahu hal orang lain sepertimana aku mengambil tahu hal kau.. dan aku tak pernah risaukan sesiapa sebagaimana aku risaukan kau.. kau dah memang terpahat dalam hati aku, El..

...mungkin kau fikir hanya kau sahaja yang mencintai aku dalam hubungan kita ni.. tapi kau silap.. aku.. cintakan kau.. kita sama-sama cintakan antara satu sama lain tanpa sedar.."

Mengalir air mata Elvira mendengar itu. "But.. i bukan perempuan sebaik yang you sangka.. i.. bencikan diri i.."

"Sebab gambar kau tu? Eh pergi mampos la dengan gambar itu. Aku langsung tak percaya kau sebarkan aib kau sendiri. Aku yakin ada orang lain yang perdajal kau seperti ini. Aku lebih percayakan kau Elvira.."

Tersebik bibir Elvira. "Tapi kita baru je kenal beberapa minggu.. you--"

"Kau sendiri yang cakap pada aku, untuk jatuh cinta pada seseorang hanya mengambil masa selama satu saat sahaja. Begitu juga dengan perkenalan kita. Hanya mengambil masa satu saat sahaja untuk aku mengenali diri kau. Dan sekarang, aku yakin Elvira aku tak akan aibkan diri sendiri macam tu. Aku percayakan kau El.."

Elvira menangis dengan senyuman mendengar luahan Riaz. Diseka air mata di pipinya kejap. Riaz senyum melihat senyuman Elvira.

"Jom aku bawa kau ke hospital.. bahaya dibiarkan kaki kau berdarah macam tu. Nanti ada kuman membiak.."

Elvira mengangguk. Riaz berdehem kejap lalu menggaru kepalanya. "Err, aku.. dukung kau boleh? Anggap lah darurat.." Elvira senyum lalu mengangguk. Didepa tangan kepada Riaz. Riaz menggosok leher. Malu..

Pertama kali bersentuhan dengan Elvira.. kalau aku pengsan nanti macam mana?

Elvira tergelak melihat telinga memerah Riaz.. "Come on bae.. jangan la malu dengan i." terbeliak mata Riaz mendengar panggilan dari Elvira kepadanya.

"Bae?" Elvira kulum senyum lalu mengangguk. "Yes.. my bae.. you're my bae already.. kita sama-sama jatuh cinta.. it's mean, kita bercinta la kan?"

Riaz berdehem lalu mengangguk. Rasa kekok pula tiba-tiba aih.. Elvira ni pandai betul buat dia malu.. dari dulu sehingga sekarang gadis itu sering membuat jantungnya berdegup pantas.

"Jom.." ujar Riaz lalu perlahan-lahan dia mencempung Elvira. Elvira senyum lebar. Kedua tangannya memeluk erat leher Riaz. Riaz memejam mata kejap apabila bauan celah rambut Elvira menusuk ke dalam rongga hidungnya.

"IC kau mana?" Elvira memuncung ke meja. "Dalam laci tu.." Riaz mengangguk. Dia langsung tidak memandang Elvira kerana dia amat malu dengan kedudukan rapat mereka berdua. Elvira pula.. tak lekang senyuman di bibir merenung wajah Riaz yang amat rapat dengannya begini.

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now