BAB 35🍾

5.9K 407 28
                                    



RIAZ yang sedang memberus gigi didalam bilik air tersengih membaca mesej yang dihantar oleh Izzul kepadanya. Tergelak dia melihat gambar yang dihantar Izzul iaitu gambar Idlan yang sedang menahan sakit diatas jalan raya.

I mean.. sempat pula ek dia tangkap gambar waktu tu.

Elvira melangkah ke bilik air dengan dahi berkerut. Tangan menggaru lehernya dengan mata sepet yang menandakan dia baru sahaja bangun dari lenanya. Rambut pula kusut masai. Aihh ini anak..

"Bae.." rengek Elvira perlahan lalu dipeluk erat tubuh suaminya dari belakang. Tersentak kejap Riaz. Mata memandang pantulan cermin. Tersenyum dia melihat isterinya yang sedang menempel dengannya ketika ini.

"Morning sayang.." Elvira senyum. Dicium sekilas tubuh belakang suaminya. "Morning bae.." Riaz membilas mulutnya lalu dipusingkan tubuh menghadap Elvira.

Ditarik Elvira masuk ke dalam dakapannya lalu dipeluk erat kepala sang isteri. Dicium lama rambut kusut masai Elvira.

Elvira memeluk erat tubuh suaminya dengan senyuman. Sesekali hidungnya menghidu bauan shower dari tubuh suaminya. Sudahlah tidak berbaju, hanya melilit tuala di pinggang.

Rawrrr.. Elvira suka..

"Wanginya you bae.. i masih busuk lagi.." Riaz senyum. Diusap kepala isterinya.

"Tak busuk pun.. bau katil aku." Elvira senyum. Didongak kepala memandang suaminya. Riaz pula menyisir rambut si isteri.

"Semalam you bercakap telefon dengan siapa? I tak sempat nak tanya sebab tertidur." Riaz senyum. "Nanti aku cerita pada kau. Now, pergi mandi dan turun sarapan dengan aku nanti."

Elvira mencebik. "Nanti tu bila? Mesti you buat-buat lupa nanti kan?" Riaz tergelak. Dicuit hidung Elvira.

"Aku janji aku cerita pada kau. Aku akan ceritakan pada kau tentang kawan-kawan aku, dan orang terdekat aku. Kebetulan aku nak ajak kau dating hari ni. Nak ikut tak?"

Elvira sengih lalu mengangguk. "Nak.. kejap i mandi.." Elvira melepaskan pelukan mereka berdua. Riaz mengangguk sahaja. Elvira kemam bibir.

"Bae.." panggil Elvira meleret sambil jemari nakalnya meliar ke dada suaminya. Riaz mengecilkan mata melihat sikap manja isterinya.

Elvira kulum senyum. "Lepas ni kalau you nak mandi, tunggu i tau.. i nak berendam dengan you dalam bathtub.." Riaz meneguk liur mendengar itu. Dia berdehem lalu menggaru telinga.

"Aaa tengok la dulu."

"No no.. kita suami isteri. You dah tak boleh mengelak dari i. Dulu you boleh lari, sekarang i tak izinkan." Elvira terus memeluk erat tubuh Riaz sambil mendongak memandang suaminya.

Riaz senyum kekok lalu mengangguk. "Okey sayang.. nanti aku tunggu kau."

"Hehe.. thank you.. err i nak minta satu permintaan, tapi kalau you rasa i mengada, you boleh tolak."

Riaz menjungkit kening. Tangan mengusap pipi isterinya. "What?"

Elvira senyum mengada. "Kalau.. you isikan air ke dalam bathtub boleh? Isi sekali body bombs bau lavender tu.. can you?"

Riaz senyum. Dicium sekilas dahi Elvira. Tahu bahawa Elvira ingin mengeratkan lagi hubungan serta kasih sayang mereka berdua kerana itulah Elvira sentiasa ingin menempel dengannya.

"Okay. Jom." Riaz merangkul bahu Elvira dari tepi lalu melangkah masuk ke dalam bilik air. Elvira mengekek ketawa bahagia apabila Riaz melayannya. Fikirnya lelaki itu akan marah atau rimas, namun kelihatan Riaz melayannya dengan baik dan lemah lembut.

Hehehe suami siapa la tu?

*:・゚*:・゚✧

RIAZ menuruni tangga bersama Elvira disisi. Elvira pula tersenyum lebar tatkala Riaz menggenggam erat tangannya ketika ini.

Hehe sweet betul Riaz ni.. padahal dalam rumah je kot. Tu pun nak berpimpin..

Berkerut dahi Riaz melihat Dato Rayhan yang sedang elok sahaja merokok di dapur. Riaz berdecit lalu memusingkan tubuh menghadap isterinya.

Ditekup kedua pipi Elvira lalu diusap perlahan. Elvira pula terkedip-kedip namun dia tetap senyum pada suaminya.

Riaz senyum. "Duk sini jap.. aku nak jumpa papa." Berkerut dahi Elvira. "Eh? Bukan ke kita breakfast sini ke?"

Riaz menggeleng. "Aku bawa kau makan dekat luar nanti. Tunggu aku jap." Riaz mencium lama dahi Elvira. Elvira senyum lalu mengangguk. Digosok lembut tangan kekar suaminya.

Riaz melepaskan ciuman. Dia mencuit hidung Elvira sebelum kaki mengorak langkah ke arah Dato Rayhan. Elvira memuncung kejap lalu menghela nafas perlahan. Dia berpeluk tubuh dan perhatikan sahaja Riaz yang sedang mendekati Dato Rayhan.

"Kalau papa rasa nak mati cepat, tolong jangan libatkan Riaz dengan isteri Riaz." Dato Rayhan tersentak mendengar suara mendatar anaknya. Automatik dia berpaling ke belakang. Berkerut dahinya melihat Riaz yang sedang mencerlungnya sambil berpeluk tubuh.

Dato Rayhan mengeluh. Ditarik rokok di bibir lalu dibuang putung rokok di luar tingkap.

Riaz menjungkit kening. "Apa lagi cara agar Riaz boleh halang papa, hm? Apa lagi cara agar papa sedar bahawa disebabkan perokok seperti papa, orang lain yang terima padahnya!"

Terhinjut bahu Elvira yang sedang menunggu suaminya di ruang tamu tatkala jerkahan Riaz kedengaran. Dia mengemam bibir kejap sebelum kaki mengorak langkah ke dapur. Dia bersembunyi di sebalik dinding lalu perhatikan sahaja Riaz dan Dato Rayhan yang sedang bergaduh ketika ini.

Dato Rayhan gelak sinis. "Setakat bau asap sikit, takkan buat isteri Riaz tu mati la.."

Riaz mengangguk. "Bagus. Kekalkan fikiran begitu. Papa masih tak serik lagi ke? Kehilangan orang yang papa paling sayang? Dan sekarang Riaz tak benarkan papa lakukan hal itu pada isteri Riaz kerana Riaz sayang dia sepenuh hati Riaz. Riaz taknak pisang berbuah dua kali!"

Terpejam mata Elvira. Pertama kali dia melihat riak tegang Riaz. Memang la sebelum ini Riaz pernah menjerkahnya namun riak wajahnya tidak setegang sekarang..

Dato Rayhan berdecit. Dipicit kepalanya. Setiap kali bertentang mata dengan Riaz, pasti mereka akan bergaduh begini.

"Riaz merayu pada papa, jangan pernah hisap rokok depan isteri Riaz. Riaz taknak terjadi apa-apa pada dia. Riaz nak jaga isteri Riaz sehingga akhir hayat Riaz. Riaz tak sanggup dia tinggalkan Riaz hanya kerana perokok tegar seperti papa."

Elvira senyum terharu mendengar Riaz mempertahankannya. Namun akal masih ligat berfikir, 'pisang berbuah dua kali'? Apa maksud Riaz? Dia masih tidak faham dengan perkataan yang Riaz lontarkan tadi..

"Sayang?" Terhinjut bahu Elvira tatkala ada satu suara garau menerjah gegendang telinganya. Automatik mata memandang Riaz yang sudah berada dihadapannya.

Elvira kemam bibir. Dipandang Riaz dan Dato Rayhan silih berganti. "Ermm i.. i dahaga tadi.. sebab tu la.. i.."

Riaz mengangguk. Disisip jemari mereka berdua. "Jom, kita makan dekat luar. Terbantut niat aku nak makan dekat sini sebab seseorang." Riaz menjeling bapanya dengan hujung mata sebelum dia mengorak langkah pergi dari situ.

Elvira kemam bibir. Sempat dia mengerling sekilas ke arah bapa mertuanya sebelum dia mengikut langkah suaminya.

Ingin sekali dia bertanya pada Riaz, namun dia rasa ini bukanlah masa yang sesuai kerana Riaz sedang dilanda amarah.

TBC🤍
Bawak bertendang abe Riaz..

VOTE AND COMMENT❤️

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now