BAB 53🍾

4.7K 448 25
                                    



ELVIRA yang berada di kafe Riaz menjeling Hanis yang sedang melakukan kerja tanpa memandangnya. Terjungkit kening Elvira tatkala gadis itu tidak cari pasal dengannya.

Dah kenapa? Dah taubat eh?

"Sayang.. ambil." Ujar Riaz seraya memberikan air cappuccino kepada Elvira. Elvira menoleh ke arah suaminya lalu diambil air itu dari tangan Riaz.

"Thanks. Berapa?"

Riaz senyum. "Bayar dengan cinta."

"Wuuuuuuu..." usik Aireen dan Faris yang mendengar itu. Elvira senyum pada Riaz sambil memintal rambut. Hekhek. Sweet sangat ni abe..

Manakala Hanis hanya diam membisu. Dia langsung tidak memandang pasangan itu kerana dia berada dalam ketakutan ketika ini.

Riaz senyum lalu menggeleng. Dia menyambung melakukan tugasnya. Elvira memandang Aireen lalu memberi signal mata kepada wanita itu sebagai tanda bertanya mengapa Hanis bertingkah lain.

Namun Aireen hanya menjungkit bahu. Dia juga tidak tahu mengapa rakan sekerjanya hanya diam membisu sahaja kebelakangan ini..

Ting! Bunyi loceng pintu kedengaran.

"Hey cappuccino girl ada dekat sini?" Riaz dan Elvira berpaling ke arah suara itu. Elvira senyum lebar tatkala bapa mertuanya datang ke sini dengan berpakaian korporat. Riaz pula hanya memandang bapanya mendatar.

Dia masih dingin bersama bapanya kerana bapanya tidak menerima Elvira dulu..

"Papa.." bisik Elvira perlahan sebelum dia melangkah menghampiri Dato Rayhan. Dato Rayhan senyum lalu menggosok kepala Elvira.

"El dah lama ke sampai?" Elvira sengih lalu menggeleng. "Baru je sampai.. tak pernah-pernah papa lunch dekat sini? Kenapa tiba-tiba datang?"

Dato Rayhan mengecilkan mata pada Elvira. Elvira pula hanya sengih. Mereka sudah selesa antara satu sama lain kerana itulah mereka sering bergurau.

"Saja.. nak periksa menantu papa ketagih lagi tak dengan kafein? Rupa-rupanya masih ketagih.." Dato Rayhan memuncung ke arah gelas yang dipegang Elvira.

Elvira hanya sengih busuk dihadapan bapanya. Riaz berdehem. "Dah stop rokok belum?" Berkerut dahi Elvira mendengar soalan suaminya.

Dato Rayhan senyum. "Yes. Papa dah berhenti 100%. Terima kasih pada isteri Riaz kerana membantu papa. Dia menasihati papa dan memberikan kaedah untuk berhenti merokok pada papa. Tak macam orang tu, asyik marah tak henti."

Perli Dato Rayhan terhadap Riaz. Riaz senyum lalu menggeleng mendengar itu. Tahu la dia bahawa Dato Rayhan memerlinya. Dato Rayhan pula senyum melihat senyuman anaknya.

Dato Rayhan berdehem. Dikerling sekilas kereta putih yang elok diparkir dihadapan kafe anaknya.

"By the way.. cantik kereta bezza putih dekat sana tu, siapa punya?" Aireen memanjangkan leher memandang ke arah itu.

"Ooh.. tu Hanis punya.."

Berkerut dahi Dato Rayhan. "Hanis? Siapa?" Aireen senyum. Dirangkul bahu Hanis dari tepi. "Ni Hanis."

Automatik Dato Rayhan berpaling ke arah Hanis yang sedang memandangnya. Dato Rayhan senyum. Dia melangkah menghampiri Hanis.

"Hanis ya?" Hanis tergugup tatkala bapa Riaz menegurnya. "Ya, uncle.." Dato Rayhan mengangguk.

"Dah lama ke kerja disini?" Hanis menggigit bibir. Berdebar! Pertama kali bertentang mata dengan bapa crush..

"Dah lama uncle.."

Dato Rayhan mengangguk. Dimasukkan kedua tangan ke dalam poket seluarnya.

"Dah lama ke hidup?" Tanyanya mendatar. Berkerut dahi Riaz, Elvira, Faris dan Aireen mendengar itu. Manakala Hanis mengerdip mata lambat. Baginya soalan Dato Rayhan agak.. kasar.

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن