BAB 63🍾

5.7K 402 23
                                    



"ELVIRA Dania binti Ezrikiel,"

Elvira menggeleng. "Sampai hati you bae.. sampai hati you buat i macam ni.. i lebih pilih mati la daripada berpisah macam ni!"

Riaz hanya perhatikan sahaja wajah Elvira yang sudah comot dengan air mata.

Riaz menjeling Izzul. Izzul menjungkit kening tatkala rakannya memberikan isyarat padanya. Tak semena bibir Izzul menguntum senyuman tatkala dia memahami arahan Riaz.

Izzul berdehem lalu mengangguk perlahan. Tangan disilang ke belakang lalu dibawa keluar semula pistol tadi. Ditarik picu pistol itu sambil menanti perbuatan Riaz.

Riaz memandang kembali isterinya yang sudah comot dengan air mata. Amat ketara diwajah itu menunjukkan bahawa wanita itu amat kecewa dengannya.

"Elvira Dania binti Ezrikiel, aku, Riaz Ridhuan bin Rayhan, takkan sesekali lepaskan kau. Hanya maut sahaja yang boleh memisahkan kita, dan aku akan pastikan tiada sesiapa boleh pisahkan kita berdua termasuk jantan tak guna tu!"

Terus mati senyuman Idlan mendengar itu. Manakala Elvira senyum dengan mata berkaca. Dia yakin suaminya tidak akan melakukan itu. Dia kenal suaminya.

"Tak guna!" Jerit Idlan lalu menarik picu pistolnya dan diacu ke kepala Elvira.

Banggg!!

Berdesis telinga Idlan tatkala tembakan dilepaskan oleh Izzul. Automatik pistol terlepas dari tangannya. Izzul senyum senget. Dia melepaskan tembakan peluru ke dinding rumah tersebut sehingga bergemar bunyian tembakan itu.

"Sayang!" Jerit Riaz pada isterinya. Elvira menolak kuat tubuh Idlan sebelum dia berlari ke arah suaminya. Idlan berdecit. Dia terus mengambil pistol yang berada diatas lantai namun belum sempat dia mengacu pistol pada Elvira, Izzul telah mengacu pistol padanya.

"Kau tembak kau mampus." Ugut Izzul dengan cerlungan. Idlan berdecit. Dia senyum senget melihat Elvira yang sudah selamat dalam dakapan Riaz.

"Fine." Idlan memasukkan pistol ke poketnya. Dia mendepa tangan pada Riaz lalu menggamit lelaki itu untuk datang ke arahnya.

"Riaz, aku cabar kau lawan aku. Dan kalau aku mati, aku akan lepaskan Elvira." Berkerut dahi Riaz mendengar itu. Manakala Izzul gelak sinis dengan gelengan.

"Come. Inilah peluang kau untuk balas dendam pada aku. Bukan ke kau bencikan aku ke? Aku lah penyebab kematian sepupu kesayangan kau."

Riaz mengetap rahang mendengar itu. Elvira mendongak memandang suaminya. Kelihatan suaminya agak marah tatkala Idlan menyebut nama sepupunya itu.

"Bae.. jangan.." bisik Elvira dengan esakan. Riaz memejam mata kejap. Dia menunduk memandang isterinya.

"Okey.. aku takkan ikut arahan dia. Kau jangan risau. Aku cuma nak kau selamat je." Bisik Riaz seraya mengelus kepala isterinya. Elvira mengangguk.

"Tch. Kau pengecut, Riaz. Sepupu kau tersiksa sebab aku. Aku rogol dia, aku campak dia ke dalam gaung. Tapi kau? Hidup senang lenang dengan isteri kau. Kau tak rasa bersalah ke pada Zana? Disebabkan kau lambat tiba la, dia dibunuh oleh aku. Dan sekarang kau nak lepas tangan, hm?"

Riaz mencerlung Idlan yang sedang senyum padanya. Dia agak tidak puas hati dengan kata-kata Idlan. Idlan seolah-olah sedang mengejeknya ketika ini.

Izzul menolak isian pipinya dengan lidah. "Kau pergi la Riaz. Aku jaga bini kau." Riaz menoleh ke arah Izzul lalu mengangguk. Manakala Elvira menggeleng kepala. Pelukan di tubuh Riaz makin dieeratkan.

"Jangan.. i taknak you sakit."

"Tak apa. Aku lelaki, anggap la aku lakukan semua ni sebab nak balas dendam pada dia sebab dia sentuh kau. Dia tampar kau, dia sakiti kau. Dan aku takkan lepas tangan tentang hal tu."

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant