BAB 43🍾

5.9K 439 18
                                    



ELVIRA melangkah keluar dari syarikatnya sekejap untuk pergi ke kafe Riaz. Maklumlah, sekarang waktu lunch. Nak bertemu suami tercintah lah.. lagi pula Riaz sudah berjanji ingin membawanya pergi beli-belah di pasaraya untuk membeli bahan masakan di rumah mereka berdua.

Sedang-sedang Elvira bermain telefonnya, kakinya terhenti tatkala dia terdengar langkah kaki seseorang dari belakang. Elvira meneguk liur.

Takkan lah.. perkara berulang terjadi lagi? Perkara yang paling Elvira trauma bakal terjadi sekali lagi?

Elvira mula melangkah perlahan. Makin berpeluh dia tatkala dia mendengar langkah seseorang. Dia melajukan langkahnya lalu dia memusingkan tubuh ke belakang.

Terbeliak matanya melihat ada dua orang lelaki yang memakai baju korporat berwarna hitam sedang mengekorinya. Namun tidak terlalu dekat kerana lelaki-lelaki itu sepertinya mengikutinya dari jarak jauh.

"Who are you?! Siapa yang hantar you untuk ekori i?!" Dua lelaki itu memandang antara satu sama lain lalu kembali memandang wanita dihadapannya.

"Maaf puan Elvira jika kami menakutkan puan. Tapi ini memang tugas kami untuk menjaga puan dari jarak jauh." Berkerut dahi Elvira. "What? Siapa yang arahkan?"

"Aku." Elvira menoleh ke arah seorang lelaki yang berkemeja hitam disertakan kaca mata hitam. Berkerut dahinya melihat gerangan itu.

Elvira meneguk liur. "Iz..Izzul?" Izzul senyum lalu mengangguk. Dia menghela nafas perlahan lalu menanggalkan kaca mata hitamnya lalu diberikan kepada pekerjanya

"Yes, Mrs Riaz.. aku yang arah mereka untuk jaga kau dari jarak jauh." Elvira mengerdip mata lambat.

"I beg your pardon? Untuk apa jaga i?" Izzul senyum. "Untuk keselamatan kau dari penjahat seperti aku." Terbeliak mata Elvira mendengar itu.

Izzul melangkah mendekati Elvira. Elvira perlahan-lahan mengundur.

"Aku tahu kau kenal siapa aku kerana aku yakin suami kau dah ceritakan semua tentang aku pada kau. Am i right?" Bisik Izzul dihadapan Elvira. Elvira meneguk liur. Takut melihat riak tegang Izzul.

Izzul tergelak lalu menghentikan langkahnya. "Mesti kau pelik, kenapa aku menjaga kau sedangkan aku ada banyak lagi kerja yang aku perlu lakukan, kan?"

Elvira mengangguk mengiyakan. Izzul mengeluh lalu memasukkan kedua tangan ke dalam poketnya. "Mungkin Riaz tak ceritakan satu perkara pada kau. Nevermind, aku akan bantu dia ceritakan hal sebenar pada kau."

Elvira meneguk liur. Dia masih menanti jawapan dari Izzul.

"Ayah tiri kau.. Idlan Faizi..." Elvira mengecilkan matanya. Izzul mengetap rahang. "...telah membunuh adik sepupu Riaz." Terbeliak mata Elvira mendengar itu. "Memb-bunuh? Se--sepupu?"

Izzul menarik nafas dan hembus perlahan. "Ya, sepupu Riaz, Zana. Dan untuk pengetahuan kau, Idlan bodoh tu telah merogol dan mencampak sepupu Riaz tu ke dalam gaung selepas dia puas meratah perempuan tu!"

Terhinjut bahu Elvira mendengar itu. Dia menggeleng perlahan dengan mata berkaca. Izzul memejam mata kejap. Kelihatan urat di dahi mula timbul.

"Jantan kaparat tu memang celaka. Aku kesian tengok betapa rapuhnya kawan baik aku kerana kehilangan ahli keluarga yang dia sayang.. dan itu semua kerana bapak tiri kau.. sehingga sekarang, aku dan Riaz masih berdendam pada dia."

Menitis air mata Elvira mendengar itu. "I.. i'm sorry for that.. i.. i tak tahu apa-apa tentang ayah tiri i.. tak sangka pula dia seorang.. perogol dan.. pembunuh.."

Izzul mengangguk. "Aku tak salahkan kau kerana kau tiada kaitan dalam hal ni. Cuma aku taknak hal lepas terjadi lagi kerana itu lah aku usaha semampu aku agar kau dilindungi dari jantan tak guna tu. Aku taknak terjadi apa-apa buruk pada kau kerana kau merupakan kesayangan Riaz.. aku tak sanggup melihat dia berduka lagi. Cukuplah sekali kawan baik aku hampir gila kerana soal itu."

Elvira mengangguk laju. Dia menyeka air mata di pipinya. "I.. i tak tahu dari mana mummy i bertemu Idlan.. kerana dulu mummy i tiba-tiba sahaja memberitahu i yang dia akan berkahwin tanpa persetujuan dari i."

Izzul mengangguk. "Kalau kau nak tahu, mummy kau lah yang mengikat jamin Idlan sehingga lelaki tak guna tu masih bebas sekarang. Aku takkan maafkan mummy kau Elvira. Aku tak berdendam pada kau, tapi aku berdendam pada Idlan dan Puan Danisha."

Elvira mengangguk. "As you should.. i tak halang kalau you berdendam pada mummy i.. but please Izzul.. i mohon.. jangan sakiti mummy i.. jangan buat apa-apa pada dia.. dia hanyalah boneka yang dipermainkan oleh Idlan.. you jangan sakiti mummy i. Please.."

Izzul mengeluh melihat Elvira yang menangis dihadapannya. Ni kalau Riaz tahu bini dia menangis sebab aku, mahu kena tinju nanti..

"Okey.. aku takkan sakiti dia. Kerana orang yang aku tuju adalah bapak tiri kau. Cuma aku tak puas hati mummy kau bebaskan lelaki pelacur tu hanya kerana dia cintakan lelaki itu. Aku harap mummy kau tak diapa-apakan olehnya. Kerana sekali dia membunuh, pasti.. dia akan membunuh lagi. Aku tahu, kerana aku pun ada perasaan tu. Aku suka menyiksa orang.. sehingga sekarang aku masih lagi suka menyiksa orang."

Elvira meneguk liur kesat. Dia mengangguk sahaja pada Izzul.

"Thank you Izzul kerana ceritakan pada i semua ni.. i yakin Riaz tak mampu ceritakan hal ini pada i kerana ia merupakan peristiwa yang paling sedih bagi dia."

Izzul mengeluh perlahan lalu mengangguk. "Yes. Sebab tu aku datang pada kau dan ceritakan segalanya pada kau.."

Elvira senyum mendengar itu. Sedikit sebanyak dia sudah tahu sesuatu tentang suaminya.

Izzul menggaru kening kejap. "Err El.. ada satu lagi rahsia yang kau tak tahu.." Elvira menjungkit kening. "Apa dia?"

"Riaz tak pernah pukul orang sehingga orang tu hampir mati." Elvira mengangguk.

Izzul mendekati Elvira. "Tapi.. dia hampir membunuh Idlan selepas korang berdua berkahwin selepas dia tahu Idlan melakukan perkara tak senonoh pada kau."

Terbeliak mata Elvira. "Apa?"

Izzul mengangguk. "Itulah pertama kali aku tengok Riaz menggila hanya kerana seseorang.. dulu sewaktu sepupu dia meninggal, paling teruk pun dia masukkan Idlan ke dalam penjara. Tapi.. bila kau terlibat dalam hal ini, Riaz hampir sahaja menjadi penjenayah demi melepaskan amarahnya kerana lelaki tak guna tu berani sentuh kau."

Elvira mengeluh mendengar itu. Dia menyeka kasar air mata di pipi dengan riak sebak.

"He's in love with you, Elvira. Dia cinta mati pada kau. Aku harap sangat kau jangan lukai hati dia. Dia sangat mencintai kau sehingga dia sanggup mengotori tangan dia memukul jantan tu.. kau adalah keutamaan dia.. tengok la sekarang betapa dia menjaga kau kerana dia risau apa-apa buruk berlaku pada kau."

Elvira makin sebak. Dia mengangguk mengiyakan. Walaupun Riaz sibuk melakukan kerja di kafe, namun lelaki itu seringkali bertanya padanya dimanakah keberadaan dia.. dan jejaka itu sentiasa bertanya sama ada dia ada peneman atau tidak di luar sana.

"I tak sanggup sakiti orang yang paling i sayang.. sekarang, hanya dia sahaja tempat i bergantung.. disaat orang lain tidak percaya pada i, dia seorang sahaja yang mempercayai i. Disaat orang lain mengherdik i, hanya dia sahaja yang sentiasa menjadi pelindung i. He's my life.. he's my everything.."

Izzul senyum lebar mendengar itu. Dia yakin semua perkataan yang terbit dari mulut Elvira merupakan perkataan yang terbit dari hatinya kerana mata Elvira menunjukkan segalanya.

Ia menunjukkan bahawa.. kata-kata Elvira adalah ikhlas dari sudut hatinya.

TBC🤍
Rahsia demi rahsia sudah diketahui.

VOTE AND COMMENT❤️

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now