BAB 7🍾

4.3K 425 81
                                    




ELVIRA mengunyah spaghetti dengan riak mendung. Dia baru sahaja selesai membersihkan dirinya sebentar tadi. Oleh kerana dia terlalu banyak menangis tadi, sekarang dia sudah tiada tenaga dalam segala hal.

Dia menangis dibawah pancuran air hujan. Sungguh sakit hatinya apabila Riaz memarahinya didepan umum. Malu la dia apabila dilayan begitu. Tidak pernah lagi orang memarahinya sehingga ke tahap begitu.

Dan sekarang dia amat lapar namun dia tidak mempunyai selera makan. Dia memaksa dirinya untuk makan kerana dia sangat lemah ketika ini.

"El? Tak pergi kerja ke hari ni?" tanya Puan Danisha yang menuruni tangga bersama suami disisi. Elvira menjeling Idlan yang sedang senyum nakal ke arahnya.

Elvira berdecit. "Nanti El pergi. Tak kuasa El nak duduk rumah berduaan dengan anak ikan mummy tu.."

Berkerut dahi Puan Danisha mendengar itu. "Again? You nak cari gaduh dengan mummy lagi ke, El?" mereka seringkali bergaduh perkara yang sama. Oleh kerana Elvira tidak menerima Idlan sebagai bapa tirinya, hampir setiap hari mereka bergaduh perkara yang sama.

Puan Danisha menggeleng melihat anaknya yang mencebik. Dia menggamit suami mudanya merapatinya. "Come biy.. kita makan. Takyah layan la anak i tu.. setiap hari asyik cari pasal dengan you.."

Elvira menayangkan riak ingin muntah mendengar itu. Biy? What the...geli siot.

Idlan senyum tipis pada isterinya lalu duduk di tepi Puan Danisha. Tangan menggenggam tangan isterinya lalu dicium sekilas tangan itu. Elvira masih setia menunjukkan riak jijik dihadapan ibu dan 'bapanya' itu.

"Euww.." gumamnya perlahan namun didengari Puan Danisha dan Idlan. Idlan senyum pada Puan Danisha.

"Tak apa.. dia tengah membesar sekarang.. jadi i faham je sikap memberontak dia.."

Elvira gelak sinis. "Beza you dengan i 4 tahun je Idlan. Tak payah nak acah-acah tua depan i. Geli tahu geli?"

"El.. kenapa kurang ajar sangat ni?" tanya Puan Danisha kepada anaknya dengan riak berkerut. Elvira menolak isian pipinya dengan lidah mendengar itu. Perkataan itu.. pernah didengarinya..

'Kau fikir kau siapa, Elvira? Konon-konon kau orang kaya, femes, jadi kau boleh kurang ajar pada pekerja bawahan aku seperti tu?'

Terpejam kejap matanya tatkala suara Riaz terngiang-ngiang dalam fikirannya. Elvira mengeluh perlahan lalu dia bangun dari duduknya. Idlan dan Puan Danisha perhatikan sahaja Elvira yang sedang menjeling mereka.

"Enjoy your food. I nak keluar. Semak je duk dekat sini lama-lama.." Elvira mengambil beg galas serta laptopnya sebelum dia mengorak langkah keluar dari rumahnya.

Idlan senyum senget. Diperhatikan sahaja Elvira yang keluar dari rumah mereka.

I smell jealousy.. gumam Idlan dalam hatinya.

*:・゚✧*:・゚✧

ELVIRA menghela nafas perlahan. Dia sedang mengedit video yang diambilnya di kafe Riaz tadi. Dia mengedit video ditemani bulan dan bintang di malam hari. Tersenyum dia melihat gambar Riaz yang sempat ditangkap tadi.

Walaupun Elvira langsung tidak nampak wajah Riaz, namun dia yakin Riaz amat kacak dari segi wajah. Badannya sahaja sudah sedap dipandang, apatah lagi wajah kan? Hehehe.

Elvira bertungkus lumus menyiapkan video agar video itu menjadi sempurna dan aesthetic. Dia ingin memuat naik video itu ke laman sosialnya seperti Instagram, Tiktok, Telegram dan Facebook.

Tujuannya hanya satu.. ingin menaikkan nama kafe Riaz. Walaupun dia masih terasa hati dengan jerkahan Riaz, namun dia tetap juga ingin membantu Riaz dengan cara mempromosikan kafe Riaz di seluruh pelusuk dunia.

"RR Cafe is the best cafe ever.. cara layanan mereka such a good service and makanan dan minuman mereka juga sangat superb. I really love watching their barista do their job. So perfect and elegant like me.." ujar Elvira sambil menaip dengan senyuman.

Haruslah menyempat puji diri sendiri.. hehehe.

"And of course, harga mereka amat berpatutan dengan service yang diberikan. Kafe mereka sangat bersih dan mewah dengan dekorasi yang simple tapi menarik.. i really love this cafe so much. I'm promise i akan selalu singgah kafe ini sebelum i pergi bekerja..."

Elvira meletakkan location kafe Riaz sebelum dia menekan butang send ke seluruh laman sosialnya. Elvira senyum. Ditongkat dagunya sambil perhatikan sahaja video yang di editnya tadi.

"Semoga murah rezeki you Riaz.." doanya dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

*:・゚✧*:・゚✧

TERKEJUT bukan kepalang Riaz ketika ini apabila kafenya dipenuhi pelanggan dengan tiba-tiba pagi ini. Kebiasaannya situasi agak lengang di pagi hari kerana kafe ini hanya dipenuhi orang sewaktu makan tengahari sahaja.

Namun sekarang? Pelanggan berpusu-pusu sehingga meja tidak cukup! Terpaksa Faris meletakkan meja di luar kafe agar pelanggan yang lain mempunyai tempat duduk masing-masing.

Sekarang para pekerja Riaz amat sibuk mengambil pesanan dan melakukan pesanan yang dipesan oleh pelanggan. Riaz? Tidak henti membancuh air ketika ini. Tangannya seumpama robot yang melakukan kerja dengan laju tanpa henti.

Sungguh dia tidak sangka pelanggan akan datang seramai ini padahal hari ini bukanlah hujung minggu. Setelah diperhatikan, para pelanggan kebanyakan dari anak-anak muda yang berumur 20an.

Akal masih berfikir, mengapa perkara ini terjadi dengan tiba-tiba? Setahunya dia tidak membuat apa-apa iklan tentang kafenya kerana dia tidak sempat memaparkan iklan di laman sosial.

Bukannya dia tidak bersyukur, namun dia sedikit musykil dengan semua ini..

Riaz setia membancuh air namun telinganya cuba mendengar apa yang dibicara oleh sekumpulan gadis dihadapannya.

"Memang cantiklah kafe ni.. nampak mewah dan interesting.. betul lah Elvira cakap tu.. bauan kopi pun menusuk kalbu.."

Berkerut halus dahi Riaz mendengar itu. "Elvira?" bisiknya sendirian.

"Ermmm sedapnya air mocha ni.. puas hati betul. Tak sia-sia aku percayakan Elvira.. dia betul-betul tak tipu la weh.." ucap lelaki yang sedang menikmati minuman yang dibancuh Riaz.

Riaz senyum lebar apabila pelanggannya amat berpuas hati dengan hidangannya. Namun dia agak celaru sekarang apabila para pelanggan menyebut nama Elvira.

"Boss, order baru." ucap Faris kepada Riaz. Diberikan kertas kepada Riaz. "Err Ris, nanti kalau kau dah tak sibuk, aku nak kau buka instagram dan taip nama Evenia.."

Berkerut dahi Faris. "Tapi kenapa?"

"Just follow my instruction." Faris mengangguk mendengar arahan bosnya. "Baik bos.." ucap Faris sebelum dia berlari ke arah pelanggan yang baru masuk ke dalam kafe.

Riaz mengelamun kejap. Otak masih berfikir apa yang dilakukan Elvira sehingga pelanggan datang ke sini tanpa henti?

Elvira yang sedang memarkir kereta dihadapan kafe Riaz memerhatikan sahaja kafe Riaz dari jauh. Tersungging senyuman di bibir melihat betapa ramainya pelanggan yang datang sehingga tempat parking juga sudah penuh.

Elvira mengangguk puas hati sebelum dia memusingkan stereng keluar dari kafe Riaz. Buat masa ini dia tidak mahu mengganggu Riaz kerana dia yakin Riaz sangat sibuk ketika ini.

TBC🤍
Protect Elvira at all cost🥹

VOTE AND COMMENT❤️

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now