BAB 40🍾

6.6K 436 42
                                    



RIAZ masuk ke dalam rumahnya. Kelihatan isterinya sudah pulang ke rumah kerana kereta isterinya elok sahaja diparkir diluar rumah.

Dato Rayhan yang menunggu anaknya di dapur bangun dari duduknya tatkala anaknya masuk ke dalam rumah.

"Ini la yang Riaz nak kan?" Riaz yang menaiki tangga menghentikan langkahnya. Dia menoleh ke arah bapanya lalu menjungkit kening.

"Papa?" Tanya Riaz lalu dia turun dari tangga dan melangkah menghampiri Dato Rayhan. Elvira yang berada di dalam bilik keluar dari biliknya tatkala mendengar suara suaminya. Dia terus mengintai suaminya dari tingkat atas.

"Inilah sebab mengapa papa tak beri keizinan Riaz berkahwin dengan perempuan tu! Dia mencemarkan nama baik keluarga kita!"

Riaz gelak sinis. "Celah mana mencemarkan ni? Muatnaik gambar genggam tangan dengan suami dia pun dikira mencemarkan ke?"

Dato Rayhan mengetap rahang. Dicerlung anaknya yang sedang merenungnya. "Bukan itu masalahnya. Masalahnya sekarang, gambar yang tersebar sewaktu Riaz berada di pantai tu. Dan sekarang semua rakan bisnes papa tahu bahawa anak papa dah berkahwin! Mereka hantar gambar itu pada papa dan bertanya pada papa adakah itu Riaz! Kerana mereka kenal tubuh Riaz dari belakang!"

Riaz memicit dahinya mendengar jeritan Dato Rayhan. Dia mendekati papanya. "Jangan jerit. Isteri Riaz ada di tingkat atas." Bisik Riaz perlahan.

Dato Rayhan gelak sinis. "Peduli apa papa, hm? Baguslah dia dengar! Sepatutnya Riaz sudah aware dari awal bahawa berkahwin dengan influencer merupakan risiko! Dan sekarang Riaz harus lalui semua risiko itu! Nak keluar bersama pun ada mata-mata yang memandang! Ini ke kehidupan yang Riaz nak?! Tak tenang?! Selalu ada yang ikut dan tangkap gambar?!"

Terpejam mata Elvira mendengar itu. Rasa bersalah makin meruap-ruap dalam dirinya tatkala dia dijadikan topik utama.

Riaz merupakan anak dato. Anak yang dikenali ramai. Dan lelaki itu mempunyai kehidupan yang aman dan tenang sebelum bertemunya. Tapi sekarang? Kehidupan Riaz sudah berbeza. Lelaki itu sering diperhati dari jauh hanya kerana dia suami Elvira.

Riaz mengangguk. "Riaz tahu. Dan Riaz mampu menanggung semua risiko ini kerana Riaz yang pilih jalan ini."

Dato Rayhan berdecit. "Kehidupan Riaz takkan sama dengan sebelum ini! Riaz nak ke hidup Riaz diperhatikan hanya kerana isteri famous Riaz tu?!"

Riaz mencerlung Dato Rayhan. "Jangan melampau papa. Jangan pernah salahkan dia 100%. Bukannya dia yang paksa kami berkahwin. Riaz yang nak sehidup semati dengan dia! Jangan pernah salahkan dia jika perkara begini terjadi pada Riaz."

Elvira mengemam bibir. Dia rasa bersalah apabila Riaz sering bergaduh dengan Dato Rayhan kerananya.

Dato Rayhan menggeleng. "Entah apa yang dia beri makan pada Riaz sehingga Riaz terjatuh dalam hidup dia! Riaz suka ke bila nama Riaz disebut dalam gosip hangat seperti ni?!"

"Cara papa salahkan Elvira seperti dia buat kesalahan pula! Gambar yang viral tu merupakan gambar Riaz tahu? Itu gambar kami berdua! Gambar dia bercinta dengan suami dia! Bukannya dia berduaan dengan lelaki lain pun! Riaz masih tak nampak kesalahan dia sekarang!"

Dato Rayhan menyebak kasar rambutnya ke belakang. "Riaz tak nampak kesalahan dia kerana cinta itu buta! Masih belum terlambat jika Riaz nak lepaskan diri dari semua ini. Wajah Riaz tak kelihatan di laman sosial dan mereka masih tidak mengenali Riaz. Masih tak terlambat jika Riaz bercerai dengan Elvira dan hidup aman seperti sebelum ini!"

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now