BAB 17🍾

4.4K 412 51
                                    



ELVIRA melempar beg ke atas lantai lalu dia terus menghempas badan ke katil dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

Kaki dihayunkan dengan perasaan gembira apabila Riaz ingin membawanya bertemu keluarganya.

"Wuuu lajunya Riaz buat kerja.. eh wait.. jumpa family? It's mean, dia terima aku ke apa ni?" Monolog Elvira seorang diri dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

Dia menjerit gembira disebalik tekupan bantalnya. Sesekali digulingkan badan ke kiri dan kanan dengan riak bahagia.

Tersengih sahaja dirinya ketika ini apabila mendapat tahu bahawa Riaz serius dengannya.

"Eh kejap.. biar betul Riaz ni? Kalau dia nak bawa aku jumpa family dia, aku kena pakai baju tertutup la kan? Haaa kena cari baju!"

Elvira bangun dari baringnya lalu berlari-lari anak ke almari bajunya. Dibuka almari itu lalu menilik pakaian yang ingin dipakai.

Diambil satu persatu pakaian itu lalu diperagakan dihadapan cermin.

"Arghh! Kenapa aku berdebar sangat ni?! Macam mana nak cari baju yang sesuai kalau aku teruja macam ni?! Eiiii Riaz ni kan!"

Marahnya dengan senyuman. Dihentak kaki tanda geram.

Berdebar, takut, cemas, risau, gembira, semua ada!

Bayangkan crush ingin pertemukan kita dengan bakal mertua?! Tak ke berdebar kita ni?!

Dah pecah jantung!

"Ee yang ni macam terdedah. No no.. kalau tengok cara Riaz, aku yakin mesti ibubapa dia baik-baik.. aku kena jadi munafik esok ni.."

Kesudahnya malam itu Elvira langsung tidak tidur kerana dia asyik peragakan baju yang ingin dipakai esok. Terlalu teruja sehingga tak tidur.

Lepas tu kalau esok mata jadi panda, mula la meracau tak tentu hala..

*:・゚*:・゚✧

RIAZ termenung di balkoni biliknya. Mata tertancap ke arah jalan raya yang sibuk dihadapannya ketika ini. Tangan ditongkat ke meja. Kuku digigit kejap.

Riaz mendengus kasar lalu menyebak rambutnya ke belakang. Dia bersandar kasar ke kerusinya dengan mata terpejam.

"Idlan Faizi.. aku ingat kau.." gumamnya perlahan lalu dia mencelik mata. Amarahnya makin membuak-buak setelah dia menyebut nama itu.

Tangan dikepal kuat. Urat di dahi mula kelihatan. Rahang diketap kuat.

Dia.. tidak pernah lupa lelaki tak guna itu..

FLASHBACK BEBERAPA JAM LEPAS

Riaz menghentikan kereta dihadapan rumah Elvira tatkala mereka berdua sudah tiba disini. Dia mengekori kereta Elvira dari belakang kerana dia bimbang jika Elvira memandu seorang diri di malam hari begini.

Riaz keluar dari keretanya lalu melangkah menghampiri Elvira yang sedang menghampirinya.

"Thank you a lot Riaz sebab teman i sehingga ke rumah.."

Riaz senyum lalu mengangguk. Diperhati rumah mewah dihadapannya ketika ini.

"Rumah kau?" Elvira menggeleng. "Rumah mummy i.." Riaz gelak. "Sama la tu.."

Elvira mencebik. "Tak sama.. ni rumah mummy i dengan anak ikan dia. I ni menumpang je.."

Riaz senyum kelat mendengar itu. Digaru kejap keningnya. Dia bukannya pandai berkata-kata. Rasa canggung la pula bila berduaan dengan Elvira di malam hari begini.

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now