BAB 65🍾

4.4K 419 16
                                    



ELVIRA mengeluh melihat Izzul yang sedang memicit batang hidungnya di ruangan menunggu. Kelihatan jejaka itu masih lagi dengan pakaiannya tadi.

Iaitu kemeja putih disertakan darah kering milik Riaz. Amat ketara di wajah Izzul bahawa dia amat risaukan Riaz ketika ini sehingga lelaki itu langsung tidak berganjak dari tempat duduknya.

Riaz masih dirawat. Doktor ada mengatakan Riaz banyak kehilangan darah. Jika terlewat hantar ke hospital, kemungkinan Riaz tidak dapat diselamatkan.

Syukurlah Izzul memandu seperti orang gila tadi. Bergemar jalan raya dengan bunyian hon keretanya. Elvira pula hampir muntah berada satu kereta dengan Izzul.

Mana taknya? Dia punya pemanduan tu dah macam racing atas litar.. dah macam usain bolt versi kereta.

"Izzul.." panggil Elvira seraya memberikan roti kepada jejaka itu. Dah macam Izzul pula isteri Riaz sekarang. Elvira pula sudah lebih tenang berbanding tadi.

Baginya dia agak tenang selepas suaminya dirawat doktor. Selagi Riaz tidak dirawat, selagi itulah Elvira akan menangis tanpa henti seperti di rumah usang tadi.

Izzul panggung kepala memandang Elvira. Dia menggeleng perlahan. "Aku tak ada selera."

Elvira kemam bibir. Dihenyak punggung ditepi Izzul. Sesekali dia mengesat air mata kering di pipinya. Elvira mengeluh lalu menyandarkan badannya ke kerusi.

Sesekali matanya akan memandang wad emergency. Doktor masih lagi merawat Riaz ketika ini.

"Aku minta maaf sebab tak sempat selamatkan Riaz tadi.." Elvira menoleh ke arah Izzul yang sedang menunduk. Diperhatikan sahaja tangan Izzul yang dipenuhi darah kering Riaz.

"I tak pernah salahkan you.. i yakin suami i kuat. You setia tunggu dia dekat sini pun dah buat i rasa bersyukur. Setidaknya masih ramai lagi yang sayangkan suami i."

Izzul mengangguk. "Kau dah call papa Riaz?" Elvira mengangguk. "Ya.. i dah call papa dan mummy i.. mereka dalam perjalanan sekarang."

Izzul menghela nafas perlahan mendengar itu. Dipicit batang hidungnya dengan decitan.

Elvira senyum kelat pada Izzul. "Riaz perlukan seseorang untuk sokongan.. Riaz dah ada i, papa dan mummy.. jadi, you tak perlu la sakitkan diri you macam ni. You pun perlukan sokongan juga, Izzul."

Izzul gelak sinis. Dilap kejap peluh dingin di pelipisnya. "Aku okey.. aku akan tunggu Riaz sehingga dia sedar. Aku takkan balik selagi aku tak tahu keadaan Riaz."

Elvira mengangguk. "Ye. I tahu you ni setia kawan.. you rela tunggu Riaz sampaikan you lupa untuk isi perut you yang berkeroncong tu.. you sanggup tunggu dia sampai you tak fikirkan keadaan you. Mungkin you tak bimbangkan diri you, tapi you kena ingat, masih ada orang yang risaukan keadaan you sekarang."

Berkerut halus dahi Izzul mendengar itu. Dipanggung kepala membalas tatapan Elvira.

"Siapa? Rio? Kai?" Elvira senyum lalu menggeleng. "Stella."

Izzul berdecit mendengar nama itu. "Riaz ke yang cerita?" Elvira gelak perlahan. Dia masih lagi menahan dirinya dari melayan perasaan sedih.

Kalau boleh, dia tidak mahu menunjukkan kesedihannya dihadapan Riaz nanti. Jadi, dia harus cekalkan dirinya supaya Riaz tidak bimbang akan kesihatannya.

"I isteri dia, Izzul. Semua rahsia you ada di tangan i. You fikir Riaz tak cerita ke pada i yang you ada simpan perempuan dalam rumah you? And i guess she's very important to you, right?"

Izzul menolak isian pipinya dengan lidah mendengar itu. Elvira gelak perlahan.

"Balik la Izzul.. ada seseorang yang sedang tunggu you di rumah. Dulu boleh la you keluar lewat malam, balik awal pagi sebab tak ada sesiapa yang tunggu you. Tapi sekarang, ada someone special yang sedang tunggu you sehingga dia tak tidur walaupun dia penat sekarang."

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Where stories live. Discover now