BAB 39🍾

5.6K 397 31
                                    



"ARGHHHHH!" Bergema ruangan rumah kosong yang terbiar di hutan itu dengan suara jeritan seorang lelaki yang ditumbuk serta disepak bertalu-talu-talu.

Kelihatan seorang lelaki berumur 30an yang sudah lemah longlai diikat di satu kerusi kayu.

Lelaki yang baru sahaja memukul rahang lelaki tadi meregangkan kekura tangannya. Dia senyum senget melihat ada darah yang keluar dari mulut lelaki itu.

"Itu balasannya sebab kau menghantar gambar yang tak elok pada isteri aku." Marah lelaki itu lalu dia menyepak kuat celah kangkang Idlan.

"Urghhh!" Jerit Idlan dengan riak berkerut tatkala 'mahkota' lelakinya disepak kasar oleh Riaz.

Riaz mencerlung Idlan dengan nafas laju. "Itu balasan kerana kau menghantar hadiah yang bukan-bukan pada isteri aku."

Idlan mencerlung Riaz dengan nafas tercungap-cungap. Riaz menghampiri Idlan lalu menampar kuat pipi Idlan. Bergema ruangan itu dengan tamparan hebat dari tangan kekar Riaz.

"Ermmphhh!" Jerit Idlan lagi. Izzul yang sedari tadi memandang rakannya yang seumpama dirasuk menjungkit kening lalu mengangguk puas hati melihat lelaki yang paling dia benci itu dipukul bertalu-talu.

Terkejut juga dia tadi tatkala Riaz menelefonnya untuk mengheret Idlan ke sini dan bersua muka dengan lelaki itu. Kemungkinan Riaz tidak boleh menahan amarahnya sehingga lelaki itu tidak henti memukul Idlan.

Riaz meregangkan otot lehernya lalu dia menyepak pipi Idlan sehingga Idlan terjatuh ke atas lantai dengan kerusinya.

Idlan mula batuk sehingga mengeluarkan darah. Riaz cuba menyusun nafas sambil mencerlung Idlan. Sesekali dia mengesat peluh di dahinya.

"Itu balasan kerana kau ugut isteri aku untuk rogol dia." Marah Riaz dengan suara celah gigi. Terbeliak mata Izzul.

"Rogol? Celaka lahanat ni. Kau fikir batang kau besar sangat ke nak rogol anak orang?! Hah?!" Jerit Izzul lalu menyepak kuat perut Idlan.

"URGHH!" Desis Idlan lagi. Riaz mendengus lalu menyebak kasar rambutnya ke belakang. Dia mencekak pinggang lalu meludah liur ke atas lantai.

"Kau dengar sini Idlan, aku tak pernah kotori tangan aku semata-mata untuk pukul lelaki kotor seperti kau. Sedangkan sewaktu sepupu aku mati angkara kau pun aku tak pernah sentuh kau kerana aku beri kau peluang kedua sehingga aku hanya menyumbat kau ke dalam penjara. Tapi sekarang kau dah melampau, man. Kau cuba sentuh perempuan aku. Dan aku takkan benarkan itu terjadi selagi aku bernafas di muka bumi ini. Malah kalau aku mati sekalipun, aku berjanji bahawa aku akan mengganggu kehidupan kau selamanya."

Idlan bernafas tercungap-cungap. Dia hanya mampu mendengar sahaja kerana dia sudah tiada tenaga selepas dipukul Riaz.

Tak sangka pula pukulan Riaz hampir membuatnya mati. Fikirnya Izzul sahaja yang mempunyai pukulan maut, rupa-rupanya Riaz lebih berbahaya..

Riaz mengetap rahang. "Eyy aku tak puas hati betul la dengan jantan ni. Nak je aku matikan kau terus!" Jerit Riaz lalu ingin memukul Idlan.

"Woo wooo rilek rilek.." pujuk Izzul lalu dihalang rakannya itu. Riaz mendengus. "Rilek? Setelah apa yang dia lakukan pada isteri aku, kau suruh aku rilek?"

Izzul mengeluh. "Jangan ikut emosi kau sangat Riaz. Jangan disebabkan lelaki bodoh ni, kau jadi penjenayah. Dan jangan disebabkan dia, kau disumbat ke dalam penjara. Fikir isteri kau sikit. Macam mana dia nak hidup kalau suami dia masuk penjara kerana lahanat tak guna ni? Kau nak ke disebabkan lelaki bodoh ni, hidup kau tak bahagia?"

Riaz menarik nafas dan hembus perlahan. Disepak kuat kerusi Idlan lalu dipicit batang hidungnya. Izzul berpeluk tubuh memandang rakan baiknya.

Dia menoleh ke arah Idlan yang hampir mati. "Macam mana dengan jantan ni? Kau nak aku masukkan dia dalam sangkar aku ke?"

Riaz mengetap bibir. Dia menoleh ke arah Izzul. "Tak perlu. Aku rasa dia dah cukup tersiksa dengan pukulan maut aku. Lepaskan dia kali ni. Biar dia bergaduh teruk dengan bini dia tu sebab luka bergaduh."

Izzul gelak sinis lalu mengangguk. Dia memandang Idlan yang masih menyusun nafas.

"Sedap dapat pukulan Riaz, hm? Riaz ni anak didik aku tau? Kau jangan berani sentuh bini dia lagi." Riaz menjeling rakannya.

Ada sebab mengapa dia pandai memukul. Semua itu kerana Izzul. Dia harus berterima kasih pada lelaki itu kerana mengajarnya ilmu pertahankan diri.

Riaz mencerlung Idlan. "Dengar sini bapa mertua tiri aku, ini adalah amaran terakhir. Sekali lagi kau jentik isteri aku, aku takkan teragak-agak bunuh kau. Malah lebih teruk yang aku lakukan nanti. Faham?"

Idlan mencerlung Riaz. Izzul berdecit. Dia menampar kuat pipi Idlan. "Urghhh!"

"Faham ke tidak ni lahanat tua?! Tak reti nak jawab ke soalan kawan aku?"

Idlan mendengus lalu mengangguk perlahan. Izzul senyum sinis melihat itu.

"Pandai-pandai la kau lempar jantan ni, Izzul. Kau kan pandai dalam hal ni, kan?"

Izzul senyum senget lalu mengangguk. "Of course. Don't worry about that. Aku ramai pekerja. Pandai-pandai la aku buat nanti."

Riaz senyum lalu mengangguk. Dipicit bahunya yang lenguh. Riaz mengeluh.

"Lenguh bahu la.. nak suruh bini picit la nanti." Izzul menjeling melihat senyuman senget Riaz. Ceh, dia je ada bini. Haa memang dia je pun!

Izzul menyeluk tangan ke dalam poket lalu dikeluarkan telefonnya tatkala telefon itu bergetar. Terjungkit keningnya melihat ada satu berita hangat.

"Wow.. baru je setengah hari aku tak buka telefon, bukan main meledak lagi berita tentang bini kau." Berkerut dahi Riaz. "Bini aku? Tentang apa?"

Izzul menjeling Riaz. "Really Riaz? Kau masih Riaz yang sama ke? Masih Riaz yang tak ambil peduli tentang laman sosial?"

Riaz mendengus. "Aku tak suka gossip. Tapi kalau tentang bini aku, aku berminat."

Izzul tergelak. "Ada dua berita tentang bini kau. Pertama, kecoh di laman sosial yang bini kau spend time dengan kekasih gelap di tepi pantai, dan orang itu adalah kau. Tapi tak nampak muka kau kerana kau membelakangi kamera."

Riaz mendengus. "Nak bercinta sikit pun tak boleh kalau ada paparazzi ni."

Izzul tergelak. "Dan berita kedua adalah.. isteri kau mengumumkan pada umum yang dia sudah berkahwin dengan lelaki yang ada dalam gambarnya itu. Dan.. dia ada petik nama kau.. Riaz Ridhuan."

Terkedip-kedip mata Riaz. Dia mengeluh lalu mengangguk. "Awal betul dia umum.."

Izzul menjungkit bahu. "Untuk tutupkan fitnah kan?" Riaz mengeluh. "Aku nak balik dulu. Kau uruskan monyet busuk ni. Dan..."

Riaz menghampiri Izzul lalu mendekatkan bibirnya ke telinga Izzul. "Aku akan cari bukti gangguan seksual Idlan kepada isteri aku serta masalah lain."

Berkerut dahi Izzul mendengar bisikan itu. "Untuk apa? Lempar terus la dalam mulut harimau. Kenapa beria cari bukti?"

Riaz berdecit. Dijarakkan dirinya dari Izzul. "Peraturan tetap peraturan. Negara ni ada peraturan. Nak taknak aku kena masukkan dia ke dalam lokap juga."

Izzul mencebik. "Peraturan konon.. kau pukul dia sehingga hampir mati, tak ikut peraturan pula?" Riaz tergelak.

"Anggap je la ni latihan untuk dia pertahankan diri." Ujar Riaz lalu menepuk bahu rakannya sebelum dia melangkah keluar dari rumah usang itu.

Izzul berdecit. "Eh! Kalau macam tu, tangkap je la aku ni! Tak aci la kau kata nak ikut peraturan tapi tak tangkap penjenayah seperti aku ni!"

Riaz tergelak mendengar jeritan itu. Dia mengangkat tangan tanda ingin berlalu pergi. Izzul tergelak lalu menggeleng. Dia menoleh ke arah Idlan yang sedang mencerlungnya.

"Apahal sial kau tengok aku macam tu? Kau bukan perempuan! Tak payah goda aku! Sial lah!" Jerit Izzul lalu menyepak kuat pipi Idlan. Dan sekali lagi Idlan jatuh terjelumpuk ke atas lantai.

TBC🤍
Bang Riaz tak rilek

VOTE AND COMMENT❤️

RIAZ : SPARKLING LOVE [OG]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz